56 | HAIZEL × HANNISYA 🦋

852 44 2
                                    

                 "HOII KORANG BUAT APA HA ?!" jerit seseorang mematikan perbuatan salah seorang daripada mereka yang hendak memijak seorang budak lelaki . Salah seorang daripada mereka mendekati budak perempuan yang berdiri di depannya. 

"Kau perempuan jangan masuk campur . Kalau tak sekali dengan kau , aku pukul nanti" kata budak lelaki dengan angkuh .

"Pukullah kalau kau berani . Ingat kita takut ke ?" gadis itu menjengilkan matanya .

"Oh lupa awak mana pernah berani . Nama pun gangster taik kucing" ejek gadis itu .

"Kurang ajar punya perempuan" budak lelaki itu menyepak tubuh gadis itu namun cekap gadis itu mengelak dan menarik kaki budak lelaki itu ke atas melututkan kakinya ke arah alat sulit lelaki itu . Satu tumbukan kuat dilepaskan di rahang budak lelaki itu .

Seorang lagi budak laki mendekati gadis itu . Gadis itu pantas menundukkan diri dan menyelar kaki budak lelaki dan budak lelaki itu jatuh terlentang . Gadis itu mengangkat kakinya sebelum dihentak kuat di atas perut lelaki .

"Siapa nak lagi ?!" wajah garang ditayangkan ke arah kumpulan lelaki itu .

Mereka semua menelan air liur dan cuba berlagak berani melihat gadis itu menumpaskan dua kawannya dengan mudah .

"Kauorang blah sekarang sebelum kita belasah awak semua !" jerkah gadis itu dengan lantang . Budak-budak lelaki itu terus mencicit lari termasuk yang dia belasah tadi .

Gadis itu menghela nafasnya lega . Nasib abang dia ada ajarkan seni pertahankan diri setiap malam .

Matanya tertoleh ke arah budak lelaki yang tersandar di pokok dengan mulut yang berdarah . Gadis itu berlari mendekati budak lelaki itu . Sapu tangan dikeluarkan dari poket baju dan dilapkan perlahan yang mengalir dari mulut lelaki itu .

Budak lelaki itu segera menjauhkan wajah dan badannya dari si gadis .

"Janganlah degil . Kita nak lapkan darah awak ni" dengus gadis itu dengan geram . Tak sakit agaknya . Dia cuba melapkan darah itu namun sekali lagi budak lelaki itu menoleh ke tepi .

Gadis itu yang sudah geram menyumbat sapu tangan  ke dalam mulut budak lelaki itu .

"Susah sangatlah orang nak lapkan darah ni . Bukannya nak buat apa pun" jeling si gadis .

"Kalau dah menyusahkan kenapa tolong juga ?" kata budak lelaki itu .

"Lahh boleh cakap ke ? Ingatkan bisu" si gadis buat-buat terkejut. 

Budak lelaki itu menjeling .

"Hye nama saya Hannisya Saffiya . Awak siapa? " Hannisya cuba berbual ramah dengsn budak lelaki ini . Siap duduk di sebelahnya lagi .

Hannisya menghela nafasnya . Tangannya mencuit bahu budak lelaki itu .

"Awak dengar tak ni ?" Hannisya menyengetkan kepalanya memandang budak lelaki itu .

Budak lelaki itu berdecit .

"Awakkkk" panggil Hannisya dengan meleret .

"Han . Nama aku Han" Han menoleh ke arah lain sambil mengelap darah yang berada di bibir .

"Han ? Kita panggil awak Abang Han lah . Boleh kan ?" mata Hannisya terkelip-kelip comel memandang wajah Han . Tapi terlindung dengan rambut yang menutup sebelah matanya . Hanya sebelah muka sahaja yang nampak .

"Hurm" Han mengumam . Tiada rasa minat untuk berbual dengan gadis kecil ini .

"Kenapa Abang Han tak lawan diaorang tu ? Diaorang semua tu bukannya hebat sangat pun" cebik Hannisya . Lututnya ditarik rapat dan dipeluk .

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now