72 | HAIZEL × HANNISYA 🦋

323 23 2
                                    

        "BAAA !" sergah Haizel daripada belakang . Tangannya dililit kemas pada pinggang Hannisya . Dagu pula diletakkan pada bahu isterinya . Sudah beberapa minggu berlalu , tubuh Hannisya sudah bertenaga seperti biasa namun parut dan luka yang ada pada badan mengambil masa untuk hilang .

"Abang ni terkejut Fiy tahu tak ?" omel Hannisya sambil mengusap lembut tangan Haizel yang memeluknya .

Haizel tidak membalas malah membenamkan wajahnya di ceruk leher gadis itu . Dia berasa nyaman apabila berbuat sedemikian .

Hannisya pula hanya membiarkan tindakan Haizel . Dia mengalihkan pandangannya ke arah pemandangan di balkoni .

"Tak sejuk ke hurm ?" soal Haizel mengeselkan dagunya yang sudah naik jambang-jambang halus pada bahu terdedah Hannisya .

"Tadi sejuk tapi abang dah peluk hilanglah dia punya sejuk tu ." balas Hannisya dengan sengihan .

Haizel gelak sedikit . Dia mengambil tempat di kerusi rehat yang tersedia di balkoni dan menarik tangan Hannisya supaya duduk di atas pehanya secara tidak langsung Hannisya memeluk leher Haizel .

"Abang rasa bersyukur sangat sebab isteri abang masih hidup ." cetus Haizel memecahkan kesunyian .

Hannisya terus membuat wajah muram dan air matanya mengalir ke pipi .

"Hey little wife . Why are you crying hurm ?" Haizel menyeka air mata Hannisya dengan ibu jarinya .

"Abang mesti pernah tertanya mayat siapa yang diaorang hantar dekat abang ?"

Haizel mengangguk kepalanya .

"Mayat tu sebenarnya Kak Lia ." Hannisya menjawab .

Haizel mengerutkan dahinya . "Siapa Lia ?"

"Lia adalah bekas isteri Nicolas tapi dia dikurung tapi tak macam Fiy . Hari-hari dia datang senyap-senyap sebab nak bagi Fiy makan . Ada satu malam Nicolas nak sentuh Fiy , Kak Lia yang halang Nicolas sungguh-sungguh . Sampaikan nyawa dia sendiri terancam dan dia mati sebab dia nak selamatkan Fiy dari nafsu syaitan Nicolas ." jelas Hannisya dengan panjang lebar . Matanya tidak berhenti mengalirkan air matanya . Dia terhutang budi dengan Kak Lia .

Tergerak rahang tajam Haizel apabila mendengar apa yang hampir Nicolas berbuat pada Hannisya . Nasib dah mati .

"Nicolas ada sentuh sayang selepas dia hantar mayat Lia ?" soal Haizel lagi .

"Ada tapi Fiy lawan balik and  i got this on my arm ." Hannisya menyelak parut panjang di lengannya .

Haizel mengusap parut itu sebelum mencium lembut . "It's okey . Nothing can't harm us again . Kita bina hidup baru ya sayang ." Haizel mencium dahi licin Hannisya sebelum menarik gadis itu ke dalam pelukannya .

Harap-harap selepas ini tiada lagi yang menganggu kebahagian keluarga mereka .






sikit je lagi hehe 😚 ...

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now