RAYYAN keluar daripada lift . Semua pekerja yang terserempak dengannya pasti akan berhenti dan menundukkan sedikit badannya memberikan ucapan selamat pagi . Rayyan hanya membalas selamat dan memberikan senyuman tipis . Ada yang sedang membawang kelam kabut pergi ke tempatnya dan buat-buat sibuk . Rayyan menjeling tajam ke arah pekerja itu .
"BOSS !" seru Kasih sambil berdiri tegak di sebelah bossnya .
"Temuduga untuk PA aku start bila ?" Rayyan bertanya sambil melangkah masuk ke dalam biliknya . Tujuan temuduga ini adalah untuk menggantikan Kasih yang sudah sarat mengandung . Lagipun pekerja yang satu ini memang sudah berancang untuk berhenti kerja setelah melahirkan anaknya nanti . Mahu jadi suri rumah sepenuh masa .
"Start pukul 10 pagi ni" balas Kasih dengan senyuman . Tangannya mengusap lembut perutnya yang boyot .
Rayyan mengangguk kepalanya perlahan .
"Anak kau macam mana ?" soal Rayyan . Meskipun orang lain melihatnya seperti majikan yang dingin tapi dia sangat prihatin akan kebajikan pekerja-pekerjanya . Tambah pula Kasih ini sudah berkhidmat 5 tahun kepadanya . Dari anak dara sehinggalah sudah digelar mak orang . Cuma dia saja yang bujang .
"Allhamdulilah semua baik-baik je . Insyallah kalau dipermudahkan dua minggu keluarlah budak ni ha" balas Kasih teruja menyambut anak pertamanya setelah 2 tahun perkahwinannya.
"Persiapan kau dengan anak kau macam mana ?"
"Dah siap awal dah" balas Kasih lagi .
Rayyan mengangguk kepalanya . Dia mencapai satu sampul yang berada di laci lalu dihulurkan kepada Kasih .
Kasih tertanya-tanya lalu dia mengambilnya . Seketika matanya membulat besar apabila melihat cek sebanyak rm 20,000 .
"Boss cek ni untuk apa ?" soal Kasih .
"Untuk anak kau dengan kau lepas bersalin nanti" Rayyan berkata sambil lengan kotnya supaya lebih kemas .
"Tap-"
"Ambil Kasih Alyna . Jangan bantah boleh ? Apa salahnya aku nak bagi sumbangan untuk anak angkat aku nanti" Rayyan membuat wajah dingin . Lagipun dia sudah menganggap Kasih ini seperti adiknya sendiri .
"Allhamdulilah terima kasih boss . Saya doakan boss dipertemukan jodoh dengan cepat dan dipermudahkan segala urusan boss" Kasih mengaminkan doa . Walaupun bossnya selalu dingin tapi hatinya sangat baik .
Rayyan hanya membuat muka bekunya . Tapi di dalam hati dia mengaminkan juga doa itu .
"Waktu temuduga nanti kau tak payahlah masuk campur . Aku dengan Pia handle . Kau rehat . Lagipun aku pernah jaga kakak aku mengandung dulu . Dia tak boleh berdiri lama-lama nanti lenguh kaki" kata Rayyan lagi .
"Tapi boss-"
"Diam Kasih Alyna"
Kasih segera menzipkan mulutnya .
"Kau boleh keluar sekarang" kata Rayyan sambil menghidupkan komputernya . File yang berada di atas meja dicapai sebelum disemak dengan teliti .
Kasih membuat isyarat 'OK' sebelum berjalan keluar dari pejabat Rayyan .
"Boss ... Terima kasih" laung Kasih sebelum keluar dari pejabat Rayyan .
Rayyan mengurutkan sedikit dahinya kerana berasa agak pening . Tambah lagi apabila dia kurang tidur semalam . Dia tak boleh tidur kerana sering memikirkan gadis yang melanggarnya hari itu . Haish aku ni terkena minyak dagu ke ?
YOU ARE READING
C | MRS.HAIZEL HANS
Romance【 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 𝐻𝒶𝓃𝓈 × 𝐻𝒶𝓃𝓃𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒮𝒶𝒻𝒻𝒾𝓎𝒶 】 ◾ 𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒 ◾ --------------- Perkataan yang cukup sesuai untuk seorang jejaka yang bernama Haizel Hans . Hanya disebabkan pertemuan yang tidak terduga ia sudah menjadikan punca utama ken...