36 | HAIZEL × HANNISYA 🦋

1.2K 55 0
                                    

         HANNISYA memegang erat dulang air untuk dipelawa pada 4 orang jejaka Malaya ini . Jayden dan Zariff pula sedari tadi tersenyum simpul . Hannisya dapat menangkap pandangan  kedua jejaka itu . Pasti hendak mengusiknya . Tak percaya tengoklah nanti .

"Jemputlah minum" Hannisya melabuhkan punggungnya di sebelah Haizel . Tangannya menghulurkan air pada suaminya.

Tangannya mula meliar merangkul pinggang gadis kesayangannya .

"Tak lama lagi rasanya kita semua akan ada anak fruit"

SEE !

Terus tersendak Hannisya yang sedang makan kek coklatnya . Pantas Haizel menghulurkan air pada Hannisya sambil mengusap lembut belakang badannya .

Wajah Hannisya berubah menjadi kemerahan . Perasaan malu pula makin menebal di dalam diri . Ni malas ni duduk bawah meja kang .

"Lagi sekali kau cakap macam tu memang aku cincang kau sampai lumat" Haizel memberikan arahan . Terus Jayden dan Zariff memandang ke arah lain . Naik seram pula dia melihat panahan mata Haizel .

Hannisya mengurut dada berkali sebelum menjelirkan lidah pada Jayden dan Zariff . Puas hati Haizel membelanya .

"Korang pahal datang rumah aku ni ? Dah lah kacau daun" decit Haizel . Tidak puas hati agaknya .

"Nicolas" jawab Adrian sepatah . Cukup mendengar nama sahaja Haizel sudah agak masalah besar .

"Apa lagi dia buat kali ni ?" tanya Haizel serius .

"Dia serang Dato dan Datin" balas Rayyan yang sedari tadi mendiamkan dirinya . Tangannya pula sibuk menekan sesuatu di iPad .

Tergerak rahang Haizel mendengar tindakan berani mati Nicolas .

"So what we want to do ?" tanya Adrian . Dia hanya mengikuti sahaja arahan Haizel . Jujur dia pun terkesan dengan perubahan Nicolas yang tak ubah seperti sahabatnya ketika dahulu . Mereka semua melakukan semua benda bersama-sama ketika kecil .

"Wait . Princess dah tahu ke pasal ni ?" soal Jayden pada Hannisya .

Hannisya mengangguk .

"Abang cerita dekat Sya haritu" jelas Hannisya . Matanya mencuri-curi memandang riak tegang Haizel . Serius kebenor yek suami kita . Tachodd ...

Semua mengangguk faham .

"So Haizel ?"  soal Rayyan .

"Let him be" serentak semua mengerutkan dahinya . Budak tu serang mak bapak dia kut .

"After I take a revenge from him" semua mengangguk kepalanya kecuali Hannisya mengerutkan dahinya tidak mengerti apa yang diperkatakan oleh Haizel .

"Malam ni mama ajak semua makan malam dekat rumah dia" beritahu Hannisya . Lupa pula pagi tadi Datin Dhira ada menelefonnya mengajak untuk makan malam di rumah .

"Sayang pergi bersiap dulu . Kejap lagi kita pergi" arah Haizel . Tangannya mengusap lembut rambut Hannisya . Bibirnya dilabuhkan pada dahi gadis itu .

Laju Hannisya mendaki tangga dan menuju ke biliknya .

"Dia dah tahu semuanya ?" Rayyan mengangkat keningnya .

"Sebahagian" Haizel mengelengkan kepalanya .

"Which is ?" soal Zariff .

"Aku pengedar senjata . Just that" jelas Haizel sambil mengeluh kuat menandakan dia tengah serabut .

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now