44 | HAIZEL × HANNISYA 🦋

1.2K 68 3
                                    

              ADRIAN melangkah masuk ke dalam rumah banglo Dato Hazlen . Dia ke mari hanyalah disebabkan Dato Hazlen yang menjemputnya untuk makan malam bersamanya .

"Assalamualaikum" ucap Adrian sambil mendekati meja makan . Nampaknya bukan dia sahaja berada di sini malah Haizel , Hannisya , Laura , Rayyan , Jayden , Zariff , Ace dan juga Aya turut berada di situ . Ramai betul tetamu hari ini .

"Maaf Ian lambat . Ian ada hal sikit tadi" Adrian membongkokan badannya dan menyalami tangan Dato Hazlen dan juga Datin Dhira .

"Uiii macam lelaki melayu terakhir betul" ejek Zariff .

Adrian melabuhkan punggungnya di sebelah Laura . Di situ sahaja yang kosong . Zariff pula duduk di hadapannya .

Adrian senyum sebelum dia menghentak kuat kaki Zariff yang berada di depannya. 

"Arghhhhh" jerit Zariff dengan kuat .

Mengejutkan semua orang yang sedang asyik bersembang. 

"Kamu kenapa , Riff ?" Datin Dhira bertanya . Pelik tiba-tiba sahaja lelaki itu menjerit .

"Tak ada apa mama . Tarik mengkarung tadi" Zariff berkata dalam kesakitan . Kaki yang dipijak oleh Adrian diusap lembut .

Laura yang berada di sebelah mengemam bibirnya menahan tawa dari meletus .

Dia memusingkan wajahnya ke tepi dan

ZAP !

Terkedu Laura melihat pandangan tajam Adrian terhadapnya . Laju sahaja dia memalingkan wajahnya ke hadapan . Bahang di wajah kian terasa .

"Lepas makan ni papa ada benda nak cakap dengan kauorang semua" beritahu Dato Hazlen selaku ketua keluarga . Mereka yang lain hanya mengangguk faham .

Semasa makan mereka semua diam sahaja,  sesekali Datin Dhira suruh mereka tambah lauk yang kelihatan sudah sedikit . Lupa pula Dato Hazlen sebenarnya sangat menitiberatkan adab semasa makan .

Hannisya pula hanya mengangakan mulutnya apabila Haizel menyua nasi di mulutnya.  Jangan tanya kenapa . Biasalah ada suami gedik .

Sesekali Laura tersenyum manis melihat pasangan itu . Ya Tuhan , aku nak bahagia seperti itu .

"Nak juga ke ?" bisik Adrian di tepi telinga Laura .

Laura terpinga-pinga . Nak apa ?

"Nak apa ?" balas Laura dalam nada bisik juga .

"Nak aku suap kau tak ?" Adrian memandang wajah merah Laura .

Serentak dengan itu , matanya kembali memandang ke depan . Di hadapannya pula Rayyan , Zariff dan juga Jayden sudah tersenyum dengan penuh makna .

Tidak menghiraukan bisikan Adrian , dia terus memakan makanannya dengan laju menyebabkan dia tersendak .

Lantas Adrian menghulurkan air minumannya ke arah Laura .

Laura menyambut air itu dan diteguk perlahan sambil mengusap dadanya .

"Makan perlahan-lahan , my angel" ujar Adrian lagi .

Sekali lagi muka Laura berubah seperti sudah berlari berkilo-kilo meter . Merah ya amat ketika ini .

MALU !

Adrian senyum senget . Air minuman yang diberi pada Laura tadi diteguk sehingga habis . Air oren tapi rasa strawberi . Tak apalah yang penting sedap .

Haizel hanya diam memerhati tingkah mereka berdua . Tangannya menyuap makanan dia mulut isterinya sebelum dia menyuapkan nasi itu ke dalam mulutnya .

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now