"SYA BUAYA DAH TURUN DAH." Aya menyenggol bahu Hannisya perlahan apabia melihat kelibat Cikgu Zafriel . Mereka tiba di Terengganu pada waktu senja jadi mereka semua mengambil keputusan untuk duduk di resort yang indah yang berhadapan dengan laut biru manakala di sebelah malam pula mereka akan makan makanan bakar-bakar sambil menikmati angin laut malam .
Hannisya dan Aya juga turun awal untuk menolong apa yang patut . Hannisya hanya memakai hoodie muslimah dan dikenakan dengan seluar slack . Begitu juga dengan Aya .
"Sya" panggil Cikgu Zafriel sebaik sahaja tiba di sebelah Hannisya .
Hannisya yang melihat Cikgu Zafriel begitu dekat dengannya terus menjarakkan diri .
"Eh kenapa dengan tangan awak ni , Sya ?" tanya Cikgu Zafriel risau sambil memegang tangan Hannisya .
Hannisya laju menepis tangan Cikgu Zafriel lalu memasukkan kedua tangannya ke dalam poket hoodie .
"Nothing . Cuma kena pisau sikit je." balas Hannisya acuh tak acuh .
"Takkan kena pisau balut sampai macam tu." kata Cikgu Zafriel lembut .
"It's okey , saya okey tak ada apa-apa pun." Hannisya terus berlalu meninggalkan Cikgu Zafriel .
"Suatu hari nanti kau akan jatuh dekat tangan aku juga Hannisya Saffiya !" kata Cikgu Zafriel seorang diri .
Ada seseorang yang memerhati semua pengerakkan Cikgu Zafriel dan Hannisya dari tingkat atas dengan penuh amarah .
"Eeee berani kau sentuh dia . You wait and see what i will make to you." jejaka itu hanya mengenggam penumbuk dan masuk kembali dalam biliknya .
♡♡♡
"GOOD MORNING EVERYTHING ! " Hannisya membuka langsir sambil mengeliatkan badan . Melihat cuaca indah di pemandangan laut itu membuatkan dia teruja untuk berjalan-jalan di situ . Dia terus masuk ke dalam bilik air untuk bersiap pergi ke laut yang indah itu .
Setelah setengah jam berada di bilik air , Hannisya keluar sambil mengeringkan rambutnya yang masih basah .
"Ya allah perempuan ni . Matahari dah terpacak dekat atas kepala kau still tidur ? Woii bangun !" Hannisya mengoyakan kaki Aya yang sedang enak tidur .
"Kau tak nak bangun ya . Aku kira sampai 3 sebelum aku siram kau." gertak Hannisya .
Aya mencelikkan matanya dan menayangkan muka tidak puas hati .
"Alaaa bukan selalu pun aku tidur macam ni . Bagilah aku tidur lama sikit." Aya mencebikkan bibirnya .
"Aaa tak ada-ada . Pergi bersiap sekarang sekejap lagi kita ada aktiviti." arah Hannisya tegas apabila Aya masih bermalas-malasan di atas katil .
Aya terus berlalu ke bilik air sambil menghentak-hentakkan kakinya .
"Hentak-hentak aku potong kaki tu kang." kata Hannisya sambil mengemas tempat tidur mereka .
stay tuned yang cantik ! vote and comment please 💗😭.
YOU ARE READING
C | MRS.HAIZEL HANS
Romance【 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 𝐻𝒶𝓃𝓈 × 𝐻𝒶𝓃𝓃𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒮𝒶𝒻𝒻𝒾𝓎𝒶 】 ◾ 𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒 ◾ --------------- Perkataan yang cukup sesuai untuk seorang jejaka yang bernama Haizel Hans . Hanya disebabkan pertemuan yang tidak terduga ia sudah menjadikan punca utama ken...