THE END OF MRS.HAIZEL HANS 🦋

275 20 6
                                    

BEBERAPA BULAN KEMUDIAN :

                   ANGIN menyapa lembut wajah Hannisya yang sedang asyik menikmati pemandangan laut yang terbentang luas di hadapan matanya . Melihat laut ini , dia teringat kembali mengenai peristiwa yang berlaku padanya setahun lepas . Dikurung . Diseksa . Hanya Allah SWT sahaja tahu bagaimana dia rasa berputus asa untuk hidup . Tetapi dia memikirkan suaminya jadi dia bertahan . Kini Allah SWT memberikan pula rezeki pada mereka berdua untuk menimbang anak lagi 6 bulan . Allhamdulilah .

Terasa tangan melilit pinggangnya dari belakang membuatkan Hannisya tersenyum lebar . Tidak perlu menoleh kerana dia sudah tahu gerangan yang memeluknya . Dia cukup kenal dengan perfume yang dipakai oleh lelaki itu .

"Sayang termenungkan apa ?" Haizel membenamkan wajahnya pada bahu Hannisya . Kini isterinya sudah memakai tudung . Dialah orang yang pertama paling gembira melihat isteri kesayangannya sudah mengenakan tudung . Dia bersyukur sangat dengan perubahan isterinya . Doanya termakbul .

"Teringatkan abanglah ." tangan Hannisya mengusap wajah Haizel di bahu .

"Abang dah okey hm ?" Kesian suaminya terpaksa mengalami alahan di mana lelaki itu kerap mabuk san sentiasa muntah menyebabkan tubuh lelaki itu lesu . Tapi tidak pernah sekalipun lelaki itu mengeluh. 

"I'm fine when you always with me , little wifey ." Haizel berkata .

Hannisya tertawa halus .

"Abang ada satu soalan nak tanya sayang ni ." Haizel mengeratkan lagi pelukannya di pinggang Hannisya .

"Apa dia tu ?"

"Sepanjang sayang hidup dengan abang , sayang bahagia ?" Haizel bertanya mengundang tawa halus daripada bibir Hannisya .

"Sayang jawablah . Janganlah gelak ." muncung sahaja Haizel berkata .

"Comel betullah suami Fiy ni ." Hannisya mencubit pipi Haizel dengan geram .

"Sayang ..." panggil Haizel dengan nada yang meleret .

"Okey okey fine . Fiy bahagia sangat hidup dengan abang . Fiy harap kita kekal macam ni sampai ke hari tua . Walaupun hubungan kita selalu diduga dengan banyak ujian tapi abang still sama . Tak pernah berubah malah semakin hari semakin Fiy jatuh cinta dekat abang ." jelas Hannisya dengan jujur . Apa yang terbit dari mulutnya itu semua datang daripada hatinya sendiri.

Tersenyum Haizel mendengar kata-kata Hannisya .

"Me too , little wifey . Abang sentiasa doa hubungan kita ni akan berkekalan sampai ke Jannah ." Haizel memberikan ciumam bertalu-talu di wajah Hannisya .

Hannisya terkekek-kekek menahan geli .

"WOII PENGANTIN LAMA . KAUORANG MEMANG NAK BERPELUK SAMPAI SUBUH KE ?!" jerit Zariff yang duduk bersama keluarganya yang lain .

Lupa pula seperti biasa Dato' Hazlen pasti akan mengadakan hari keluarga pada hujung tahun tetapi kali ini lagi meriah kerana masing-masing sudah ada pasangan. Percutian ini pula hanya diadakan di Phuket . 

"Kalau abang bunuh dia , aci tak sayang ?" jeling Haizel pada Zariff .

Hannisya tergelak sambil menepuk pipi Haizel dengan perlahan .

"Dah janji kan tak nak bunuh orang lagi ?" Hannisya membuat wajah garang .

"Bunuh main-main je ." Haizel mengenyitkan matanya .

"Mengada ." Hidung Haizel dipicit kuat menyebabkan lelaki itu bertindak mengenggam jari Hannisya .

"Sakitlah sayang ." Haizel memuncungkan bibirnya sambil mengosok hidungnya .

C | MRS.HAIZEL HANS Where stories live. Discover now