"SYA" Jayden memanggil Hannisya yang sedang menumis bawang . Makan malam pada malam ini agak banyak kerana ramai jadi dia menolong NekMa untuk menyediakan juadah .
"Ya Jay" Hannisya menyahut tapi tidak menoleh ke belakang .
"Bilik air dekat mana ?" mata Jayden melilau ke sekeliling . Sebenarnya dari tadi dia mencari bilik air tapi yang dia jumpai adalah tandas .
"Laa tu pintu kayu warna hitam tu ." Hannisya memuncungkan mulutnya di sebelah kirinya .
"Ohh ya ka ? Thank you , Sya" Jayden terus berjalan ke arah pintu kayu itu dan membukanya .
Mulut Jayden terus ternganga luas .
"Are you serious , Sya ?" tidak berkelip mata Jayden . Masakan tidak apabila dia buka pintu bukanlah bilik air tapi jalan untuk ke bilik air . Tidak jauh dari rumah tapi sekeliling dipenuhi dengan pokok getah dan tiada sebarang lampu dipasang . Jadi semuanya gelap gelita .
Hannisya tergelak .
"Apa pula tak seriusnya ? Ni ambil touchlight . Jangan risau dekat dalam bilik air tu NekMa dah pasang lampu ." Hannisya menghulurkan barang itu kepada Jayden .
Jayden meneguk air liurnya yang terasa kesat . Sekarang dia menyesal bila dia tidak mandi pada waktu senja tadi .
"Riff kau mandi tak lagi ?" soal Jayden .
"Dah tadi ." balas Zariff yang sibuk menanak nasi . HOHO tiba-tiba dia pandai masak ni . Semuanya ajaran NekMa .
"Weyh teman aku mandi ." pinta Jayden .
"Eyy tak kuasa aku nak teman kau bagai . Nanti kau kat dalam , aku sorang-sorang kat luar ." Zariff mengelengkan kepalanya berkali-kali . Nasib tadi dia mandi selepas Rayyan jadi adalah juga peneman .
"Lahh ni awad hang tak mandi lagi ni ?" tanya NekMa yang baru turun dari tangga untuk ke dapur .
"Nak pergi mandilah ni NekMa cuma..." Jayden menggaru kepalanya .
"Cuma dia takut NekMa" potong Zariff dengan laju . Dia sudah siap menanak nasi . Tangan yang basah dilapkan pada kain yang telah tersedia .
"Nak takut apa aih . Hang ni harap saja jantan tapi penakut . Hang jangan risaulah tak ada ada pun . NekMa duduk sini berapa tahun dah tak ada un hantu" NekMa berkata sambil melabuhkan punggung di meja makan .
"Lekaih la mandi . Orang semua nak makan dah ni" ujar NekMa lagi .
Jayden hanya pasrah . Sebelum dia melangkah keluar , dia melihat sekeliling dahulu . Lampu suluh yang dipegang dihidupkan .
Berdiri juga bulu roma Jayden apabila angin malam menyapa dirinya . Namun dia gagahkan juga .
Masuk sahaja ke dalam bilik air , tiba-tiba telinganya dia menangkap satu bunyi di sebelah kirinya iaitu dinding .
"Aii aku tak kacau kau , kau jangan kacau aku nah" Jayden menghiraukan bunyi-bunyi . Dia mengambil cebok dan mencebok air lalu dijirus ke badannya .
Satu suara yang sedang bergelak menghentikan tingkah Jayden . Dia menelan air liurnya .
'Shit ! Tak ada kerja ke kau nak ganggu orang , Cik Han ?' dalam takut-taku , Jayden sempat membebel dekat suara itu .
Keadaan yang cerah tadi bertukar menjadi gelap membuatkan Jayden bertambah takut . Segera dia mencapai tuala yang disangkut tadi . Bukan sahaja pintu , mata Jayden terperasan sesuatu di sebelah kiri .
"MAMA !" terkeluar suara jantan Jayden menjerit kuat apabila melihat ada lembaga putih berdiri tegak di semak-samun . Bukan satu tapi dua ! Dia berlari sekuat hati dan tiba sahaja ke dalam rumah , dia terus menghempas pintu itu dengan kuat .
Adrian dan Rayyan sudah tergelak sakan . Sengaja mereka mengusik Jayden kerana petang tadi dia kata dia tak takut dengan benda halus ni .
"Weyh Ian . Kau dapat tak ?" soal Rayyan sambil menanggalkan telekung milik NekMa . Kalau dapat dek orang tua tu pasti telinganya berbirat . Bukan boleh buat main nanti ada yang kena hempuk dengan penyapu lidi . Seram titew.
"Of course" Adrian menayangkan iPhone 15 pro max nya . Dia sebenarnya menyembunyikan diri di sebalik pokok dan merakam reaksi Jayden .
Rayyan menoleh ke arah kirinya . Seketika dia mengerutkan dahinya . Sejak bila Zariff ada dekat sini ?
"Dah-dahlah tu Riff . Jay dah masuk dalam rumah dah pun" Rayyan menepuk bahu Zariff .
Adrian mengerutkan dahinya . Zariff ? Rasanya tadi sebelum dia keluar , dia nampak Zariff tengah bantu NekMa memotong bawang .
"Kau dah kenapa diam semacam ni ? Nak takut-takutkan kitaorang ke ?" Rayyan menarik senyuman sinis lalu melepaskan kain putih di kepala Zariff dengan kasar .
Matanya membulat melihat rambut panjang yang menutupi wajahnya . Wajahnya juga bertukar menjadi pucat . Begitu juga dengan Adrian .
Kaki Rayyan tiba-tiba rasa tidak berfungsi untuk bergerak . Perlahan-lahan dia mengheret kakinya pergi dari sini .
"HANTU !" jerit Adrian dengan kuat sambil membuka langkah seribu .
"WEI TUNGGU AKU ! ARGHHHH !"
Double kill ! HAHA .
YOU ARE READING
C | MRS.HAIZEL HANS
Romance【 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 𝐻𝒶𝓃𝓈 × 𝐻𝒶𝓃𝓃𝒾𝓈𝓎𝒶 𝒮𝒶𝒻𝒻𝒾𝓎𝒶 】 ◾ 𝐎𝐁𝐒𝐄𝐒 ◾ --------------- Perkataan yang cukup sesuai untuk seorang jejaka yang bernama Haizel Hans . Hanya disebabkan pertemuan yang tidak terduga ia sudah menjadikan punca utama ken...