"Aku terima nikahnya Adriana Safiyya binti Mohamad dengan mas kahwinnya RM 55,555 tunai." dia menanti pengesahannya.
"sah?"
"sah!"
drastik air mata aku jatuh. dengan sekali lafaz kini aku sah menjadi isteri kepada lelaki berkaca mata ini. Jeon Wonwoo.
sikap sopan, budi bahasanya terhadap orang yang berumur dan perempuan membuatkan aku jatuh hati kepadanya. pandangan aku kalihkan kearah Ibu, nyawa aku. "tahniah sayang," leher aku ditarik sedikit dan dia tinggalkan kucupan ditudung aku. masih dapat aku rasa kasih sayangnya.
Wonwoo menyambut tangan orang sekelilingnya sopan, penuh adab. Rakan baiknya, Mingyu membantunya untuk menunaikan solat sunat sebelum teruskan majlis batalkan air sembahyang.
"kahwin dah kawan aku ni" pipi aku dipenyekkan lalu digoyangkan kuat. Eve. gadis yang sentiasa ada bersama dengan aku. rakan. ouh nope! sahabat. that's correct!
selepas menunggu, akhirnya Wonwoo muncul dengan senyuman yang besar. sebelum dia labuhkan lututnya, sempat tangannya diletakkan didada menatap wajah aku. aku kawal perasaan. senyuman segaris aku berikan.
"kau buat apa ni? cepatlah orang ada kerja la" Mingyu bersuara, jelas terdengar hingga gegendang telinga aku. Wonwoo kecilkan matanya, marah dengan Mingyu. aku ketawa kecil dengan gelengan halus.
"hye? asalamualaikum" aku senyum malu. cincin dia capai dari dulang hantaran yang aku bertungkus lumus sampai tak tidur dua tiga hari ni. mujur hasilnya cantik.
menggigil tangannya nak sarungkan cincin. aku turut berdebar. kerana ini kali pertama tangan disentuh orang lelaki yang kini selamat bergelar menjadi suami aku.
"eh cepatlah, sejak bila kau ada tremor ni?" bahu Wonwoo ditolak sedikit, nampak stress muka Mingyu. ada pesakit mungkin. Wonwoo kawal reaksi. dia sarungkan cincin dijari manis. perlahan tolakkannya.
kemudian situasi bertukar hening. hanya dengar bunyi kamera. Wonwok nampak confuse. "eh? ciumlah dahi isteri kamu tu!" Ibu bersuara memecahkan keheningan.
sempat dia senyum segaris sebelum bibirnya mendarat lama diubun-ubun aku. selepas beberapa saat dia lepaskan.
dia usap pahanya perlahan. terserlah wajah merahnya. Mingyu dekatkan jarak. "doa bodoh!" macam tu dia peringatkan Wonwoo. Wonwoo hadiahkan jelingan halus kepadanya.
kini tapak tangan kirinya dikepala aku. sebelah kanan tangannya dia menadah untuk berdoa. dia tarik nafas.
"Bismilillahirahmanirrahim,
Allahuma inni as'aluka min khairi ha wakhairi ma jabaltaaha a'laiha, wa a'uza bikka min sharriha ma jabaltaaha a'laiha. (Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu kebaikan dirinya dan kebaikan yang Engkau tentukan atas dirinya. Dan aku berlindung kepadaMu dari kejelekannya yang Engkau tetapkan atas dirinya). Ameen"Alhamdulilah majlis selesai dengan lancar sekali. begitu juga dengan majlis doa selamat. sesimple ini, atas permintaan Ibu. biar simple tapi penuh dengan adat. aku hanya menyetujuinya.
aku masuk bilik pengantin, terngaga mulut bila tengok hadiah sebanyak itu. "macam artis dah kau babe.. bersepah hadiah" pandangan aku terkalih kepada Eve. dia ambil tempat dikerusi make up.
"ni kawan Wonwoo kot, kenalan aku tak ada la banyak macam dia..haa ni kau nak balik terus ke?" sibuk tangan aku mencari peniti yang digunakan untuk memastikan tudung on point tadi.
dia mengganguk. "eumm.. lagipun aku tumpang Mingyu tu haa, kau nampakkan macam mana dia gelabah suruh Wonwoo batalkan air sembahyang tadi.." ketawa aku tercetus. aku mengganguk tanda setuju.
"aduh..ada pesakit kot.." dia kemam bibirnya. tiba-tiba pintu dikuak. Wonwoo berdiri tegak dihadapan pintu. terus senyuman aku terukir. Eve pulak laju angkat punggung. "aku keluar dululah." belum sempat aku bersuara berdecit dia keluar.
muka Wonwoo pun tak dia pandang. aku biarkan je la. malu mungkin. aku sibuk mengkaji peniti dibalik veil. aku tarik laju. kemudian laju aku bukak. tak sedar yang Wonwoo dah berdiri berdekatan dengan aku.
aku tengok dia. manis senyumannya. "you already mine.." laju tubuh kecilku didakap. "saya cintakan awak tau..." aku mengganguk. "saya tahu..hanya saya je yang mampu eccess di takhta cinta awak kan?"
he giggles. lalu dia mengganguk setuju. "tepi.. saya nak mandi, lepastu kita unboxing hadiah sama-sama" dia masih tak bergerak, matanya menatap tepat kedalam mata aku.
"unboxing hadiah je? taknak unboxing each other?" terang biji mata aku. laju tangan aku mendarat dipahanya.
"jangan nak gatal sangat eh," saja aku mengusik. "abang pulak...sayang laa.." meleret nada suaranya. berkerut kening aku dengan panggilan tersebut. "abang?" dia mengganguk.
"maniskan?" giliran aku pulak mengganguk. "macam sayang..." aku kalihkan pandangan kearahnya. laju bibir aku dicium. membulat besar mata aku.
aku tutup rapat mulutku dengan telapak tangan. "hey? mana aci?" dia ketawa jahat, dan bangun tinggalkan aku terpinga-pinga disudut katil tersebut.
"aci dekat india sayang~" ketawa aku tercetus bila dengar cara percakapan yang seperti bapak-bapak itu. mujurlah tua 4 tahun je.
taktahu pulak perkahwinan sebahagia ini. tak habis fikir dengan celoteh sang suami. tak salah aku pilih dia.

ANDA SEDANG MEMBACA
Takhta Cinta •||• Jeon Wonwoo ©️
Aléatoireperkahwinan bermaksud menyatu, manakala penceraian pula sebaliknya. kalau wujudnya cinta haruskah ada hati lain? mahligai yang dibina atas dasar cinta runtuh begitu sahaja akibat orang ketiga. segala keraguan ditepis tapi akhirnya terbongkar dengan...