Diya menapak mendekati Adha yang sedang bersandar pada badan kereta.
"Assalamualaikum." Diya memberi salam kepada lelaki itu. Bibir mengukir senyuman manis.
"Waalaikumsalam."
Hampir saja Adha melorot jatuh melihat wanita pujaan hati yang sedang berdiri di hadapannya. Wajah Diya yang manis bertudung bawal dipandang tidak berkelip.
Adha berdehem. Jantungnya berdetak laju. Pertama kali bersua muka dengan si pujaan hati membuatkan darah gemuruh menyerbu ke seluruh muka. Wajahnya merah padam menahan malu. Selama ini tengok dari jauh je, tak sangka pula dapat tengok dari dekat. Itu yang kaku semacam je!
Diya tersenyum halus melihat Adha seperti cacing kepanasan. Adha membukakan pintu kereta untuk Diya sebelum dia turut sama memboloskan diri ke dalam perut kereta di bahagian pemandu.
"Adha," panggil Diya.
"Ya, sayang saya," laju saja kepalanya menoleh ke arah Diya apabila dipanggil. Rasa kekok dan gemuruh telah berkurangan, tidak seperti tadi.
Diya mengoyak senyum mendengar panggilan Adha kepada dirinya. Setelah hampir empat bulan mengenali lelaki itu di alam maya, ini adalah kali pertama mereka berjumpa secara berdepan. Namun, ini bukanlah kali pertama dia melihat lelaki itu.
Ya, dia pernah melihat lelaki itu setahun yang lalu. Dan semenjak itu, dia cuba mencari siapakah gerangan lelaki itu yang telah mengganggu fikirannya di setiap siang dan malamnya. Acap kali dia menunggu di tempat yang sama kalau-kalau lelaki itu akan muncul lagi, namun hampa.
Dan apabila lelaki itu menghantar pesanan melalui platform media sosial, dia berasa sangat teruja dan gembira kerana ternyata lelaki itu juga mencarinya. Dan kini, takdir membawa mereka berdua sehingga ke tahap ini.
"Kita nak pergi mana?" Diya menyoal.
"Saya bawa sayang jumpa bakal mak mertua, sayang nak? Sayang okey?"
Diya tersedak air liur. Dia menepuk-nepuk dadanya seraya terbatuk.
"Allahuakbar! Sayang okey tak ni?" Adha bertanya prihatin.
Jumpa bakal mak mertua? Mata bundar Diya memandang Adha tanpa lepas membuatkan lelaki itu ketawa halus.
"Sayang, berangan apa?" Adha melambai tangan di hadapan muka Diya.
"Huh? Err, jumpa siapa tadi awak cakap?"
"Jumpa mama. Jumpa bakal mak mertua sayang. Nak?"
"Hari ini?" Adha mengangguk laju.
"Ta-tapi saya,"
"Sayang nervous?" Diya mengangguk laju.
"Saya kan ada. Mama tak makan orang. Sayang jangan takut. Mama mesti happy jumpa sayang. Kita jumpa mama, ya? Mama dengan papa dah tunggu bakal menantu dia ni kat rumah," ujar Adha lembut.
Diya akur dengan kehendak lelaki itu. Bibir mengukir senyum walaupun jantungnya bergendang seperti ingin pecah saat ini!
Sebaik sahaja memasuki perkarangan rumah agam milik Encik Razif; bapa saudara Adha yang telah menjaga dia dan Najmi semenjak kematian ibu bapa mereka, mata Diya tertancap pada tiga biji motosikal berkuasa tinggi yang terparkir di laman rumah.
"Banyaknya motor sampai tiga!" Ucap Diya.
"Ada tiga anak lelaki, mestilah ada tiga motor," balas Adha sambil tersenyum.
Diya hanya mengangguk faham. Matanya meliar melihat sekeliling rumah agam itu yang cantik dan luas. Terdapat laman kecil seperti kebun bunga yang terletak di sebelah kanan halaman rumah tersebut.
YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)
Romance𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐇𝐀 𝐱 𝐃𝐈𝐘𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 ~𝑯𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒅𝒊𝒂 𝒑𝒆𝒎𝒊𝒍𝒊𝒌 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒊𝒏𝒊. 𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒅𝒊𝒂, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒌𝒐𝒔𝒐𝒏𝒈𝒍𝒂𝒉 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒊𝒏𝒊~