PART 36

906 34 7
                                    

Sebuah kotak kayu terukir nama dia dan Adha dibuka. Kotak tersebut diberikan oleh Najmi beberapa minggu yang lalu. Baru kini dia mempunyai kekuatan untuk membuka kotak tersebut.

Sebuah pendrive yang tergantung keychain huruf A dan D diambil. Bibir tersenyum sungging. Adha Diya; itulah makna inisial tersebut.

Pendrive dicucuk ke laptop. Terdapat album gambar perkahwinan mereka serta beberapa video yang telah disunting.

Beberapa gambar Adha dalam seragam kerja turut ada disertakan bersama beberapa video momen-momen indah mereka berdua sepanjang perkahwinan mereka.

Dia duduk di atas katil sambil memeluk lutut. Tangisan ditahan seboleh yang mungkin. Tidak mahu adik-adik iparnya yang berada di bawah mendengar ratapannya lagi.

Rakaman video paling terbaru yang sempat dirakamkan oleh arwah suaminya adalah sebelum suaminya itu pergi untuk menyelamatkan dirinya. Fail video tersebut dibuka dan dimainkan.

"Assalamualaikum, isteri abang Diya Zulaikha. Kalau sekarang ni sayang tengah tengok video ini, maksudnya abang dah tiada lagi di dunia ini. Maksudnya, ini adalah misi terakhir abang. Misi abang untuk selamatkan isteri dan anak abang, Diya Zulaikha dan Diya Insyirah. I'm on my way to you, sayang."

Mata Diya berbalam dengan air mata. Laju dilap dengan belakang tangan.

"Isteri abang, buah hati abang, cinta hati abang, nyawa abang... sayang tolong kuat, ya! I love you so much, sayang! So much! Tuhan je yang tahu rasa cinta abang terhadap isteri abang ni."

"Bagitahu kacang gajus abang, Diya Insyirah... abang minta maaf sebab tak dapat sambut dia lahir ke dunia. Bagitahu dia, Syirah anak manja abang dunia dan akhirat. Abang sayang sangat kat dia! Abang minta maaf. Abang tak dapat nak jaga dan besarkan anak kita bersama-sama dengan sayang. Tell her that I love her so much!"

Jeda.

"To My Litte Cashew Nut, Diya Insyirah Binti Ryan Adha... anak abah. Permata hati abah. Kacang Gajus kesayangan abah..."

Adha tertawa halus sebelum menyambung, "You know what, honey? I used to call you Kacang Gajus. And you were so beautiful at that time, my princess."

Jeda seketika. Matanya mengalirkan air mata seraya menatap sayu memandang ke arah kamera.

"Kepada puteri hati abah, jadi anak yang solehah. Dengar cakap mama, sayang. Jangan nakal-nakal. Jangan susahkan mama, sayang. Abah dah tak ada lagi nak peluk mama, nak pujuk mama kalau mama menangis. Syirah jangan buat mama menangis ya, sayang? Abah sayang anak abah! Sayang sangat! Abah minta maaf, abah tak sempat jumpa anak abah ni. Semoga anak abah tak lupakan abah walaupun abah tak pernah ada di sisi anak abah. I love you, My Little Cashew Nut. Please love your mama just like how I did... I love both of you too much! Abah tak tahu umur berapa nanti Syirah akan tengok video ni, tapi abah mohon sangat, princess! Andai kata satu hari nanti princess abah ni dah ada abah baru, please don't forget me, darling! Abah minta maaf tak dapat sambut Syirah datang ke dunia, tak dapat sambut birthday Syirah, tak dapat hantar Syirah pergi sekolah macam ayah orang lain. Syirah dengar cakap mama, ya sayang? Jaga solat ya, princess! Abah will always love you and mama!"

Adha berpaling ke belakang seketika sebelum kembali pusing ke hadapan bersama mata yang memerah. Dia menangis.

"Sayang, abang minta maaf sebab tak dapat tepati janji-janji abang lagi. Abang minta maaf sebab tak dapat sambut Insyirah datang nanti, sayang." Adha berkata sebak bersama juraian air mata.

"You are my wife, my precious, my love, my heart, my life, my queen, and my everything. Jangan nangis lama-lama, sayang. Abang taknak isteri abang larut dalam kesedihan yang berpanjangan. Teruskan hidup sayang macam biasa. Abang titipkan Insyirah kepada sayang. Jagalah permata cinta kita sebaik mungkin, sayang. Andai ada... andai ada seorang lelaki yang tulus dan ikhlas cintakan sayang dan anak kita, cari dan gapailah kebahagiaan sa... sayang bersama dia."

𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)Where stories live. Discover now