"Misi kita adalah untuk menyelamatkan mangsa pemerdagangan manusia. Kita akan intercept kapal yang membawa mangsa-mangsa tersebut di sempadan perairan Malaysia-Filipina bersama anggota PASKAL. Is that clear?!" Adha bersuara tegas dan lantang.
"Clear, sir!" Anak buahnya menjawab dengan bersemangat.
"Ada sesiapa yang nak tarik diri daripada operasi ini?" Adha menyoal lantang. Dia tersenyum nipis apabila melihat tiada sesiapa bersuara mahupun mengangkat tangan.
"And one more! Focus! Faham?!" Adha menjerkah kuat layaknya seorang komando.
"Faham, tuan!" jawab mereka semua dengan kuat.
"Good! Let's go and save them!"
Adha mengorak langkah diikuti oleh Najmi, Aaryan, Faleeq, Jep, Khairol, Aiman, dan Firdaus.
Sut tempur serba hitam yang tersarung di badan mereka membuatkan kesemua lelaki itu kelihatan tampan. Topeng muka berwarna hitam serta kaca mata hitam menutupi seluruh muka mereka. Helmet taktikal yang lengkap dengan night vision camera tersarung di kepala masing-masing.
Mereka lengkap berpakaian tempur dengan senjata masing-masing menandakan mereka sudah bersedia untuk melaksanakan tugas mereka berbakti dan berkorban untuk rakyat dan negara tercinta.
Tepat waktu 0100, mereka menaiki dua buah helikopter menuju ke destinasi. Sebuah kapal menangkap pandangan mereka dari kejauhan.
"Alpha to Zorro, you're clear to go!" Suara seseorang bergema di telinga Adha melalui alat komunikasi.
"This is Zorro. Copy that, Alpha!"
Adha memberi arahan kepada Najmi, Faleeq, dan Firdaus untuk turun ke kapal tersebut. Manakala Aaryan dan yang lain bersiaga daripada dalam helikopter.
Keadaan senyap sunyi di atas kapal tersebut. Beberapa orang anggota PASKAL sudah bersiaga di atas dek kapal. Kini mereka bergerak dan menuju ke lantai bawah kapal. Sebuah pintu masuk ditendang oleh Adha.
Boom!
Satu letupan kecil meledak sebaik sahaja Adha menendang pintu tersebut. Dia tercampak sedikit ke belakang merempuh jatuh beberapa anggota di belakangnya. Anggota yang lain meluru masuk setelah memastikan keadaan selamat.
"Kapten! Are you okay?" Najmi bersuara.
"I'm good, Kumbang! Focus on our mission!"
Adha menepuk perlahan bahu adiknya. Senjata diangkat kembali dan dia berjalan perlahan-lahan. Najmi dan Faleeq mengekorinya.
Bang! Bang! Bang!
Bunyi tembakan bertalu-talu mula kedengaran saat kakinya melangkah menuruni anak tangga menuju ke lantai bawah kapal. Musuh kini mula membuat serangan. Adha dan Najmi berlindung di sebalik dinding kapal.
"Viper! Black! Eagle! Cobra! Standby on your positions! Sniper, standby!"
Adha memberi arahan kepada anak buahnya melalui alat komunikasi yang tersumbat di dalam telinga.
"Copy that, Captain!" Mereka menjawab.
"Alpha to Zorro, we found the hostages!"
"Zorro to Alpha, copy that! Aku ada hal nak kena settle kat sini. Kau dengan budak-budak kau uruskan mangsa," balas Adha.
"Copy that!" Adha menerima balasan.
Adha memberi isyarat tangan kepada Najmi dan Faleeq untuk pergi ke arah bertentangan dengannya. Manakala, dia dan Firdaus menuju ke arah dek yang paling bawah.
Senjata jenis M4A1 sentiasa terhala ke hadapan bersedia dengan sebarang kemungkinan. Sebuah pintu bilik dikuak perlahan oleh Adha apabila dia terdengar suara seperti seseorang sedang berbicara.
"Nadhir! Kita kena ambush! Macam mana benda ni boleh kantoi kat askar-askar ni semua?!"
Kelihatan seorang lelaki meraup rambutnya dengan kasar. Dia sedang berbicara dengan seseorang melalui panggilan video menggunakan sebuah komputer riba.
"Dalam budak-budak kau ada yang jadi intel dia orang!" Marah lelaki tersebut yang dipanggil sebagai Nadhir.
Adha memberi isyarat kepada Firdaus untuk mengawasi pintu. Dia melangkah masuk perlahan-lahan dan muncung senapang dihala ke arah kepala lelaki itu.
"Jangan bergerak!" Adha memberi amaran.
Lelaki itu mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas. Adha mencuri lihat ke arah skrin komputer riba. Panggilan video tadi telah diputuskan.
"I'm coming to you, captain!" Suara Najmi menerjah telinga Adha.
"Pusing!"
Adha memberi arahan kepada lelaki itu. Dia melepaskan senjata dan mencapai kedua-dua tangan lelaki itu untuk diikat.
Bang!
Bunyi tembakan dari luar mengejutkan Adha. Kesempatan ini digunakan oleh lelaki itu. Dia pantas mencapai sepucuk pistol di atas meja dan melepaskan beberapa das tembakan.
Adha mendesis kesakitan. Tembakan rambang itu terkena juga padanya walaupun dia sudah mengelak. Daging pahanya terasa panas. Otot perutnya juga terasa sakit.
Dia meraba pahanya dan melihat cecair merah melekat pada telapak tangan. Peluru musuh tadi menembusi daging pada bahagian perut dan paha.
Adha menendang jatuh pistol lelaki itu dengan segala kudrat yang ada. Penumbuknya dilayangkan tepat ke muka lelaki itu. Tangan kanan dan kirinya ligat bergerak melayangkan pukulan.
Tak cukup dengan itu, kakinya pula dihayunkan ke seluruh tubuh badan si musuh. Kesakitan menjalar ke seluruh badan akibat luka tembakan yang mengena pada anggota tubuhnya.
Dia bergelut dengan musuh yang semakin agresif melayangkan tumbukan dan tendangan. Setiap tumbukan dan tendangan dapat ditangkis, namun kudratnya semakin lama semakin berkurangan.
"Kapten!"
Najmi meluru masuk dan menerpa ke arah Adha yang sedang bergelut dengan musuh. Dapat saja peluang, dia terus melompat tinggi dan mendaratkan lututnya di kepala musuh yang menyerang abangnya. Si musuh jatuh terlentang di atas lantai.
Adha tersandar lemah di dinding. Tangannya menekap luka tembakan pada perut. Najmi pula masih melakukan pukulan kepada si musuh tanpa henti.
"Woi!"
Seorang lelaki muncul di muka pintu dan menghalakan sepucuk pistol ke arah Najmi. Adha segera menerpa ke arah Najmi tanpa menghiraukan kesakitan yang dia alami saat ini.
Bang!
Bunyi tembakan menangkap pendengaran Najmi. Dia segera menoleh dan melihat abangnya serta musuh yang berada di muka pintu kini sudah rebah ke lantai.
YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)
Romance𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐇𝐀 𝐱 𝐃𝐈𝐘𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 ~𝑯𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒅𝒊𝒂 𝒑𝒆𝒎𝒊𝒍𝒊𝒌 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒊𝒏𝒊. 𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒅𝒊𝒂, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒌𝒐𝒔𝒐𝒏𝒈𝒍𝒂𝒉 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒊𝒏𝒊~