Baru sehari menjejakkan kaki di bumi Malaysia, Adha sudah mengajak Diya untuk menyambung kembali bulan madu mereka. Dan kini, mereka sudah terpacak di Sabah. Adha ingin membawa Diya pusing ke seluruh negeri di bawah bayu itu.
"Abang tak penat ke? Minggu depan abang dah kerja. Sepatutnya cuti abang berehat. Mesti Diya banyak susahkan abang, kan?"
Diya menatap sayu wajah suaminya. Mereka baru saja selesai solat Maghrib.
"Sayang, kenapa cakap macam ini? Sayang tak susahkan abang. Tak pernah pun susahkan abang. Abang tak penat, sayang. Abang okey je. Kenapa sayang sensitif sangat ni, hm?"
Adha mengusap perlahan air mata yang sedang mengalir ke pipi isterinya itu. Kerap benar isterinya itu mengalirkan air mata semenjak dua menjak ini. Dia jadi bingung dengan perubahan mood isterinya itu. Sekejap gembira, sekejap sedih. Tawa halus terlepas daripada mulutnya.
"Diya taknak susahkan abang," dia berkata perlahan seraya teresak halus.
Adha pantas membawa batang tubuh isterinya ke dalam dakapan. Dia mengusap perlahan belakang badan Diya untuk memujuk.
"Sayang tak susahkan abang. Dah! Jangan nangis! Jom! Abang nak bawa sayang pergi satu tempat special."
Adha menarik tangan isterinya untuk bangkit daripada sejadah. Dia menyuruh Diya untuk bersiap dan dia turun ke lobi hotel terlebih dahulu.
Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Diya segera turun menuju ke lobi hotel. Dia yang sedang berdiri menunggu suaminya terkejut apabila melihat suaminya datang ke arahnya dengan sejambak mawar merah di tangan.
"Happy birthday, sayang!" Adha menghulurkan sejambak bunga mawar merah.
"Eh! Birthday Diya dah lepaslah, abang." Diya mengerutkan dahi.
"Tahu, tapi masa itu kan abang tak ada. So, sekarang abang nak sambutlah, sayang." Adha tersenyum.
"Terima kasih, abang! Ingatkan abang lupa," sebak suara Diya. Dia menyambut huluran tersebut.
"Mana boleh lupa sayang abang ni. Abang sentiasa ingat sayang abang ni. Maaf sebab abang selalu tak ada disisi sayang," ujar Adha.
"Tak apa, Diya faham. Abang milik negara."
"Milik Allah, milik negara, dan milik sayang. Hati Ryan Adha milik Diya Zulaikha, " ujar Adha lembut. Diya tersenyum halus.
Adha membawa isterinya ke suatu tempat. Mereka hanya berjalan kaki. Mata Diya ditutup dengan sehelai kain oleh Adha dan dia dituntun oleh suaminya itu.
"Sayang, are you ready?"
Diya mengangguk. Telinganya menangkap bunyi deburan ombak. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut wajahnya.
"Happy birthday, my beautiful and gorgeous wife!" Ucap Adha sebaik sahaja melepaskan ikatan kain yang menutup mata Diya.
Mata Diya membuntang melihat kejutan ulangtahun yang disediakan oleh suaminya. Sebuah meja lengkap dengan lilin dan hidangan makan malam mereka, serta beberapa belon berwarna merah yang berbentuk hati menerpa pandangan matanya. Lilin-lilin diletakkan mengelilingi mereka. Taburan kelopak bunga disepanjang jalan. Terdapat satu papan tanda besar tertulis 'Selamat Ulangtahun, Sayang...'
Diya sebak. Bibir mulai tersebik. Beberapa saat kemudian, air mata terus mengalir. Bibirnya tersebik-sebik seraya teresak kuat seperti anak kecil.
"Ya Allah, sayang! Kenapa ni?" Adha menyoal seraya tertawa halus. Dia mengusap-usap belakang badan Diya untuk menenangkannya.
"Happy," perlahan Diya menjawab.
Adha menggaru pelipis. Dia hanya diam tanpa kata sambil menunggu isterinya itu habis menangis. Diya menyeka air mata.
YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)
Romance𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐇𝐀 𝐱 𝐃𝐈𝐘𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 ~𝑯𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒅𝒊𝒂 𝒑𝒆𝒎𝒊𝒍𝒊𝒌 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒊𝒏𝒊. 𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒅𝒊𝒂, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒌𝒐𝒔𝒐𝒏𝒈𝒍𝒂𝒉 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒊𝒏𝒊~