PART 29

870 28 0
                                    

Diya menatap lama batu nisan yang tertulis nama suaminya. Kenyataan pahit ini sukar untuk diterima. Kematian suaminya benar-benar meremukkan jiwa.

Rindunya menggunung terhadap sang suami. Namun kini, hanya batu nisan terukir nama lelaki itu yang mampu ditatap olehnya. Tiada lagi Ryan Adha di dunia ini.

"Ikhlaskan pemergian Abang Ad, Diya. Sesuatu yang Allah ambil dari kita, yakinlah Allah akan ganti dengan sesuatu yang lebih baik," tutur Najmi lembut.

"Cuma dia je yang terbaik untuk saya," tutur Diya perlahan.

Hujung bajunya digenggam erat bersama suara esakan yang tertahan-tahan. Dia menutup mulut dengan sebelah tangan. Tangisannya tidak bersuara.

"Saya tunggu awak dalam kereta," ujar Najmi.

Kakak iparnya diam tidak menjawab. Najmi menghela nafas. Dia bangun dan melangkah meninggalkan wanita itu bersendirian.

"Assalamualaikum, suami Diya. Abang apa khabar? Diya..." kata-katanya terhenti.

"Diya sihat. Insyirah pun sihat. Diya baru je keluar hospital, abang. Diya minta maaf sebab lambat datang jumpa abang."

Sepi.

"Abang, Diya rindu," ucap Diya sebak.

"Nothing's gonna happen to me, sweetheart. Trust me!"

"You won't lose me, sayang. Percaya kat abang."

Kata-kata Adha bermain dalam ingatan. Semakin laju air mata turun ke pipinya.

"Dah sebulan abang tinggalkan Diya. Abang cakap Diya takkan hilang abang. Abang suruh Diya percayakan abang, and I did. Tapi, tengok... abang tipu Diya."

Dia teresak-esak. Air mata dilap dengan belakang tangan. Dia tidak mahu terus-terusan menangis, tetapi matanya tidak mahu bekerjasama.

"Nanti abang nak teman sayang bersalin. Abang nak sambut anak kita datang ke dunia," ujar Adha sambil mengusap lembut perut Diya.

"Janji?" Diya mendongakkan kepala memandang si suami.

"Janji, sayang! Abang nak teman sayang. Nak teman sayang sampai bila-bila! Selamanya!" Adha mengucup belakang kepala isterinya.

"Kalau Diya tak selamat masa lahirkan anak kita, abang jaga anak kita baik-baik tau!" Pesan Diya.

"Shh! Apa sayang ni cakap macam tu? Abang tak suka! Sayang nyawa abang. Kalau sayang tak ada, macam mana abang nak hidup, sayang? Kata-kata tu ibarat doa. Kita kena cakap yang baik-baik supaya datangnya nanti yang baik-baik juga. Abang taknak sayang cakap macam tu lagi!" Tegas Adha berkata namun lembut. Pelukan ke tubuh sang isteri dieratkan lagi.

"Maafkan adinda, wahai kekanda!" Diya melentokkan kepala ke dada bidang milik Adha.

Dia menangis lagi teringatkan kata-kata sang suami.

"Kesian Syirah, abang. Abang dah janji nak sambut dia datang, tapi..."

Anak mata turun memandang perut.

"Kalau Diya nyawa abang, abang pun nyawa Diya. Sekarang abang dah tak ada, macam mana Diya nak teruskan hidup Diya tanpa abang?"

Dia berbicara seolah-olah Adha berada di hadapannya.

"Tak lama lagi Syirah dah nak keluar, abang..." dia menyambung.

"Diya nak jawab apa kalau dia tanya abah dia mana?"

Tercebik-cebik bibirnya. Nama sang suami yang terukir pada batu nisan diusap perlahan.

"Are you happy there, husband?" Diya senyum halus dalam tangis.

𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)Where stories live. Discover now