PART 27

864 30 0
                                    

Setelah memastikan Inspektor Izzat bersembunyi dengan selamat, Adha terus melangkah menyelusuri denai kecil di dalam hutan itu.

Beberapa minit berjalan, dia tiba di hadapan sebuah bangunan di dalam hutan terpencil itu. Ia seperti sebuah kilang yang sudah lama ditinggalkan. Di dalam bangunan itu, terdapat beberapa buah mesin pemprosesan bahan binaan yang sudah rosak dan berkarat.

Kaki menapak perlahan-lahan. Dia bersiaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan ancaman dan serangan yang mungkin berlaku.

"Sayang?"

Adha memanggil tatkala mata melihat si isteri sedang berdiri di tengah-tengah ruang bangunan bersama seorang lelaki disampingnya.

"Abang!"

Mata Diya berkaca. Air matanya terus mengalir deras dipipi apabila melihat Adha mengatur langkah laju menuju ke arahnya. Dia ingin melangkah mendapatkan sang suami namun lengannya ditarik oleh Malique yang sedang berdiri di sebelah.

"Abang, stop!"

Diya menjerit kuat apabila melihat Malique mengeluarkan sepucuk pistol. Dia takut jika lelaki itu mencederakan suaminya. Jantungnya laju mengepam darah.

Namun, Adha tidak mengendahkannya. Apa yang dia mahu saat ini adalah untuk menghancurkan tangan yang telah menyentuh isterinya tidak kira siapa pun orang itu.

"Abang, stop! Please!"

Suara Diya bergema kuat. Adha masih terus menapak tidak menghiraukan kata-kata isterinya sehinggalah dia melihat pistol diacukan ke arah perut si isteri. Langkah kakinya mati serta merta. Liur pahit ditelan.

"Kenapa berhenti, Kapten Adha? Go ahead! Ambil bini kau bawa balik!" Malique mengejek. Dia menolak badan Diya perlahan membuatkan kaki Diya bergerak sedikit ke hadapan.

"Kau!"

Adha mengepal penumbuknya. Rahangnya bergerak-gerak menahan marah. Urat di dahi jelas terbentuk menandakan api kemarahan yang sedang membara saat ini tidak main-main.

"Oh! Kapten kita dah sampai!"

Nadhir muncul dari arah belakang Adha bersama anak buahnya yang ramai. Adha berpaling ke arah Nadhir dan menatap tajam lelaki itu.

"Lepaskan isteri aku!" Keras suara Adha berkata.

"Aku tak ikat pun isteri kau tu, kapten. Elok je dia boleh berjalan berlari tu. Nak lepaskan apa lagi, kapten?"

Nadhir duduk di atas sebuah healing chair yang dibawa oleh Faiq. Dia melipat lengan baju kemeja berwarna putih yang dipakai sehingga ke paras siku sebelum menyilangkan tangan didada.

"Kau tak bawa geng tentera kau, kan?" Nadhir menyoal lagi. Adha diam tidak menjawab.

"Abang," perlahan suara Diya memanggil. Air mata masih mengalir dipipi.

"Lepaskan isteri aku!" Adha mengulang lagi.

Nadhir bangun dan menapak berdiri tepat di hadapan Adha. Faiq pula berjalan menuju ke arah Diya menggantikan tempat Malique.

"You should go and save her, captain! After all, she is your wife," bisik Nadhir di tepi telinga Adha.

"Kau pengecut ke berani dengan perempuan je?" Sinis Adha menyoal.

"What? Aku tak buat apa-apa pun kat bini kau. Aku siap bagi dia makan minum, tahu tak?" Nadhir menjeling sekilas.

Adha geram. Dia terus melepaskan tumbukan ke muka Nadhir. Lelaki itu rebah ke lantai. Adha terus menerkam Nadhir dan melepaskan tumbukan bertalu-talu.

𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)Where stories live. Discover now