PART 3

1.9K 59 0
                                    

Majlis pertunangan Adha dan Diya berjalan lancar. Usai saja Puan Humaira menyarungkan cincin ke jari manis Diya, dia terus memeluk bakal menantunya itu.

Selesai majlis sarung cincin dan bergambar, Diya mendekati Adha yang sedang duduk di pangkin.

"Hai, Encik Tunang!" dia menyapa lelaki itu.

"Hai, bakal isteri Adha!"

Diya tersipu malu mendengar ucapan Adha. Dia segera menunjukkan cincin yang tersarung di jari manisnya.

"Cantik tak?"

"Cantik, sayang. Cantik macam sayang, but you're the most beautiful, sayang Adha!" Diya menguntum senyum.

"Sweet sangatlah encik tunang saya ni. Macam kilang gula," ujar Diya.

"Saya jadi kilang gula bila dengan bakal isteri saya saja,"

"Awak dah makan belum?" Diya menyoal.

"Belum lagi, tunggu Aaryan dengan Najmi."

"Mana dia orang?" soal Diya lagi.

"Katanya nak pergi pusing kampung. Dia orang naik motor kapcai ayah. Risau roboh pula motor ayah bawa gajah dua ekor tu," ujar Adha.

Tawa meletus di mulut Diya mendengar itu. Seketika, Adha terpana melihat Diya ketawa begitu. Ditambah pula dengan baju kurung moden berwarna peach serta solekan tipis di wajahnya, wajah tunangnya itu bertambah seri pada hari ini.

"Nanti lepas kahwin, sayang tak payah kerja tau," ujar Adha.

"Kenapa?" Diya menyoal pelik.

"Saya mampu nak tanggung keluarga kita, sayang. Sayang nak kerja?" Adha bertanya dengan nada lembut.

"Kalau saya nak kerja juga, jadi isteri derhaka tak?"

Mata Diya terkebil-kebil. Adha tertawa halus melihat wajah tunangnya.

"Tak derhaka, sayang. Tapi nyaris-nyaris jadi derhaka," sengaja Adha mengenakan Diya.

"Eleh! Okey, bakal suami! Saya ikut je mana-mana yang awak rasa terbaik," ujar Diya.

"Good girl," balas Adha sambil tersenyum.

"Assalamualaikum!" seorang lelaki berjalan mendekati mereka.

"Waalaikumsalam!" jawab Adha.

"Waalaikumsalam! Abang Kal!" Diya teruja.

Muka Adha yang tadi dihiasi senyuman kini berubah serius. Mata memicing melihat tunangnya yang sedang berbual mesra dengan lelaki yang dipanggil sebagai Abang Kal itu.

Wait! Abang?!

Adha mengetap rapat bibirnya. Perasaan cemburu menerpa ruang hati. Dia berdehem kuat, sengaja ingin menyedarkan dua manusia itu bahawa dia ada di situ. Diya segera menoleh ke arah tunangnya di sebelah.

"Abang Kal! Kenalkan ini tunang Diya, Adha. Awak, ini abang sepupu saya, Abang Kal." Kedua-dua lelaki itu berjabat tangan.

"Saya kena panggil dia Abang Kal juga ke?" sengaja Adha menekankan perkataan 'abang' itu.

"Eh! Tak, tak! Panggil Haikal saja," ujar Haikal.

Dia merasa genggaman tangan Adha pada tangannya semakin kuat. Dia membalas genggaman tersebut dengan lebih kuat lagi.

Muka kedua-duanya menjadi serius. Diya pelik melihat situasi itu. Dia memeluk tubuh melihat adegan berjabat tangan yang dirasakan lama.

"Berapa lama nak salam ni?" Diya menyoal dengan kening terjongket sebelah. Pantas dua lelaki itu melepaskan genggaman tangan masing-masing.

𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)Where stories live. Discover now