Mata dibuka perlahan-lahan. Cahaya putih yang menembusi kornea memedihkan mata. Dikerdipkan mata beberapa kali sebelum dibuka semula.
"Diya? Diya dah bangun, sayang?"
Dia melihat wajah si ibu mentua dan ibunya sendiri berada begitu dekat dengan wajahnya. Mata dikerdipkan lagi beberapa kali sebelum dibuka luas.
Wajah Pak Arman, Encik Razif, Najmi, Aaryan, dan Aaryana menerpa penglihatannya. Mereka sedang berdiri di hadapan katil tempat dia berbaring.
"Abang," dia bersuara perlahan. Perlahan-lahan dia cuba untuk bangun, namun ditegah oleh Mak Limah.
"Diya, jangan bangun dulu. Badan Diya masih lemah, sayang. Baring je dulu." Lembut suara Mak Limah seakan memujuk.
"Diya nak tengok suami Diya," dia tidak menghiraukan kata-kata ibunya.
"Kak Diya belum sihat lagi. Nanti dah sihat kita pergi tengok abang." Aaryana pula memujuk apabila dia melihat si kakak ipar masih berdegil.
"Taknak. Akak nak tengok suami akak sekarang juga."
Dia menepis lembut tangan Aaryana yang sedang memaut lengannya. Dia ingin melihat wajah sang suami saat itu juga. Kaki diturunkan daripada katil dan terus memijak lantai, namun dia hampir terjelepok. Mujur saja badannya sempat dipaut oleh Aaryana.
"Kak, akak rehat dulu. Nanti adik bawa akak jumpa abang," pujuk Aaryana lagi.
"Taknak." Kepala digelengkan.
"Diya, jangan macam ini. Diya rehat dulu, sayang," pujuk Mak Limah pula.
"Diya nak tengok suami Diya." Dia bertatih menuju ke pintu.
"Adha dah tak ada, Diya!"
Langkah Diya terbejat. Dia kaku dan tergamam mendengar kata-kata ayahnya. Mata dihala tepat ke wajah Pak Arman.
"A-a-apa maksud ayah?" Bergetar suara Diya. Air mata laju mengalir ke pipinya saat ini.
"Adha dah tinggalkan kita semua!" Encik Razif pula berkata. Tubir matanya bergenang saat menutur kata.
"Dia pergi mana, papa?" Diya menyoal lagi.
"Adha dah tak ada lagi dalam dunia ni. Allah dah ambil dia. Dah dua minggu Adha tinggalkan kita semua. Diya berada dalam keadaan koma selepas kejadian tu. Adha meninggal di situ juga akibat pendarahan dalam otak." Sebak suara Encik Razif menerangkan perkara yang sebenar.
"T-t-tak, jangan tipu Diya! Diya tak percaya! Diya nak suami Diya! Diya nak jumpa suami Diya sekarang juga!"
Kepala digeleng. Tidak percaya dengan kenyataan yang baru saja dia dengar. Kaki kembali bertatih.
"Kak Diya, jangan macam ini." Aaryana memujuk. Lengan kakak iparnya masih dipaut lembut.
"Diya nak suami Diya. Tolonglah, mama! Diya nak Adha! Diya nak suami Diya! Diya nak abang. Aaryan! Najmi! Mana suami Diya? Bawa Diya jumpa dia, please... please... tolong bawa Diya jumpa Adha. Ayah! Papa, tolong Diya..."
Kaki melangkah kepada satu per satu manusia yang berada di dalam bilik wad itu. Dia merayu dan merintih kepada semua orang yang berada di situ.
"Mak!"
Dia berdiri di hadapan Mak Limah. Mata sayunya menatap ke dalam anak mata si ibu. Namun, ibunya itu hanya menggeleng bersama juraian air mata.
"Jangan tipu Diya, mak! Mama, jangan buat Diya macam ini! Tolonglah! Tolonglah..."
Dia menangis kuat. Dada ditepuk kuat. Terasa sukarnya bernafas untuk menelan kenyataan pahit ini.
"Diya, sabar nak! Ni semua ujian. Diya kena kuat, sayang!" Mak Limah membawa anaknya ke dalam pelukan.
YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)
Romance𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐇𝐀 𝐱 𝐃𝐈𝐘𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 ~𝑯𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒅𝒊𝒂 𝒑𝒆𝒎𝒊𝒍𝒊𝒌 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒊𝒏𝒊. 𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒅𝒊𝒂, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒌𝒐𝒔𝒐𝒏𝒈𝒍𝒂𝒉 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒊𝒏𝒊~