PART 22

900 34 1
                                    

Majlis kenduri doa selamat telah selesai. Sanak saudara dan jiran tetangga dijamu. Adha dan Diya turut menjemput anak-anak yatim sebagai tetamu khas pada malam itu. Mereka berharap semoga dengan kehadiran dan doa daripada anak-anak yatim, mereka semua mendapat barakah.

"Diya, perut besar sangat tu opah tengok! Kembar ya?" Opah Minah menyoal.

"Eh! Taklah, opah. Hari itu buat scan tak nampak kembar pun," jawab Diya.

"Betul, opah! Buat scan tak ada kembar pula. Tapi itulah, opah! Besar kan perut isteri Ad?" Adha menyentuh perut Diya dan diusap perlahan.

"Tak apalah! Kembar ke tak kembar, yang penting ibu dan anak sihat sejahtera," celah Encik Razif.

"Bila due tu?" Zafirah, adik kepada Puan Humaira menyampuk.

"Bulan dua nanti, maksu!" Adha menjawab.

"Lelaki ke perempuan?"

"Perempuan," jawab Diya sopan.

"Jaga diri baik-baik. Jangan lasak sangat buat kerja. Adha cakap Diya dekat rumah lasak buat kerja rumah. Jangan buat kerja berat-berat. Biarkan Adha buat semua kerja tu. Diya rehat je," pesan Opah Minah.

"Alah, opah ni! Mengandung je pun. Manja sangat tak boleh buat kerja langsung." Qaisarah pula menyampuk.

Diya senyum kelat apabila mendengar butir bicara gadis itu. Malas hendak memanjangkan cerita, dia hanya membiarkan saja kata-kata gadis itu. Dia juga sedia maklum gadis itu tidak suka dengannya kerana dia dianggap telah merampas Adha.

"Engkau diam! Tak payah banyak bunyi!" Aaryan memarahi sepupunya.

Jari telunjuk diletak dibibirnya sebagai tanda menyuruh gadis itu diam. Dia geram apabila teringat kembali cerita adiknya mengenai perlakuan gadis berambut perang itu terhadap kakak iparnya.

"Entah! Menyampuk je orang tua bercakap!" Najmi pula menyambung.

"Jealouslah tu tak dapat kahwin dengan abang aku," selamba Aaryana berkata membuatkan Puan Humaira, Aaryan, dan Najmi tertawa halus. Adha pula menggaru pelipis apabila dirinya dikaitkan dalam pertelingkahan itu.

Qaisarah mendengus. Rambut pendek berwarna perang keemasan disebak ke belakang. Mata menjeling tajam ke arah adik-beradik itu. Wajah berlagaknya ditayangkan kepada mereka terutama sekali Diya, wanita yang dianggap telah merampas lelaki pujaan hatinya!

Opah Minah menggeleng halus melihat perilaku cucu-cucunya terutama sekali Qaisarah. Cucunya yang satu itu terlalu hanyut dengan dunia. Rambut karat ditambah pula dengan baju tak cukup kain. Mungkin inilah akibat terlalu dimanjakan oleh ibu bapanya.

"Opah masuk tidur dulu. Ingat, Diya! Jangan lasak sangat buat kerja. Kamu, Qaisarah! Perangai elok sikit. Dengan rambut berkarat, baju tak cukup kain. Elok sangatlah tu datang kenduri pakai baju ketat sendat macam itu?"

"Eh, opah ni! Nak marah Sarah pula. Bukannya Sarah pakai skirt singkat pun. Lagipun Sarah ni muda lagi. Ada masa lagi nak enjoy. Bukan macam opah dah tua. Kubur tu memanggil-manggil dah!" Qaisarah membidas kata-kata opahnya dengan kurang ajar.

"Qaisarah!" Puan Humaira menjerkah.

"Eh, perempuan! Kau jangan kurang ajar eh nak cakap dengan opah macam itu!" Aaryan berkata tegas. Telunjuk dihala tepat ke wajah gadis itu.

"Aaryan, kamu pun tak payah nak melebih-lebih kat sini!"

Zafirah mempertahankan anak gadisnya. Tangan Aaryan ditepis menjauh daripada wajah anak gadisnya.

"Kau jaga sikit anak kau, Zafirah! Jangan sampai aku naik angin. Kau tahu kan perangai aku macam mana kalau angin aku dah naik? Kalau kau taknak anak kau rasa benda sama macam kau rasa dulu, kau jaga sikit ya anak kau ni! Kurang ajar betul cakap macam tu dengan mak. Ini mak aku, kau tahu tak? Mak kau ni, Firah! Mak kita!" Puan Humaira menjerkah.

𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)Where stories live. Discover now