Diya duduk di atas kerusi setelah memastikan semua bahan-bahan untuk membuat kek tersedia di atas meja. Dia bercadang hendak membuat Japanese chiffon cake gebu-gebas.
Pantas jarinya menari di atas skrin telefon. Dia menyatukan bahan-bahan yang diperlukan seraya matanya menatap skrin telefon melihat resipi.
"Assalamualaikum, bidadari abang."
Adha yang baru pulang dari kerja menyapa Diya yang sedang leka di dapur. Tangannya merangkul pinggang si isteri dari belakang. Perut isterinya yang kian membesar itu diusap-usap sebelum berkata, "Anak abah nakal tak hari ini?"
"Waalaikumsalam, abang! Tak, abah. Syirah tak nakal hari ini," sahut Diya.
"Hehe... sayang nak buat apa ni?" Adha meletakkan dagunya di atas bahu Diya.
"Nak buat kek chiffon. Diya teringin."
"Kenapa tak cakap dengan abang? Kan abang boleh pergi belikan untuk sayang," ujar Adha.
"Tak apalah, abang. Asyik susahkan abang je nak cari itu ini untuk Diya. Kesian abang. Diya minta maaf tau selalu susahkan abang," ujar Diya pula. Serba salah kerana suaminya itu selalu memenuhi keinginannya tanpa mengira waktu.
"Mana ada sayang susahkan abang. Sayang ni tanggungjawab abang tau. Apa guna abang jadi suami kalau tak mampu nak penuhi keinginan isteri abang ni? Asalkan sayang tak minta yang bukan-bukan, Insya-Allah abang tunaikan selagi abang mampu."
Diya tersenyum mendengar kata-kata suaminya lalu berkata, "Untungnya Diya dapat abang sebagai suami."
"Bukan sayang yang beruntung, tapi abang yang bertuah dapat sayang. Sayang adalah bentuk terindah dari baiknya Tuhan pada abang. Jangan tinggalkan abang tau, sayang! Abang dah cintakan sayang setengah mati ni," kata Adha dengan lembut.
"Macam mana pula abang yang bertuah? Diya ni perempuan biasa je. Dulu sebelum kahwin Diya kerja biasa je. Rupa pun biasa je. Kadang-kadang Diya terfikir macam mana Diya boleh dapat abang yang luar biasa ni sebagai suami. Dahlah handsome, soft spoken, penyayang. Tentera pula tu. Selalu tentera ni dia orang nak cari bini yang kerja bagus, bini lawa," panjang lebar Diya berkata.
"Perempuan biasa yang luar biasa. Itu sayang! That's why I love you, sayang. Sayang wanita tercantik di dunia dan di mata abang. No one compares to you, my love, my heart, my everything," ucap Adha. Dia mengucup kepala isterinya usai berkata-kata.
"Kalau Diya tinggal abang, macam mana?"
"Sayang nak tinggalkan abang ke? Sayang nak pergi mana?" Adha memandang wajah si isteri dari tepi.
"Tak adalah. Mana tahu tiba-tiba Diya mati ke." Perlahan saja Diya menutur kata.
"Sayang! Taknak cakap macam tu!" Wajah Adha berubah serius.
Diya memusingkan badannya lalu berkata, "Diya minta maaf sebab cakap macam itu. Diya takkan tinggalkan abang. Diya nak jadi isteri abang dunia dan akhirat."
Dia menekup lembut kedua-dua belah pipi si suami dengan tangan yang bersalut tepung.
"Since the first day that I saw you, I've fallen in love with you," dia menyambung.
"Bila first day tu, sayang?" Adha menjongketkan kening dengan bibir terherot sebelah.
"The day that you saved me," tutur Diya.
Ya, lelaki itu. Lelaki yang dia selalu tunggu untuk muncul kembali di hadapannya setelah peristiwa itu. Lelaki yang telah menyelamatkan dia di lorong sunyi itu ialah suaminya sendiri, Ryan Adha.
"Tapi pertama kali abang nampak sayang 15 tahun lepas. How? Merajuklah." Adha memeluk tubuh dengan bibir memuncung.
"Tak payah nak merajuk sangat, eh! Tarik muncung itik tu baru tahu! Tapi abang, abang tunggu Diya 15 tahun. Macam mana perasaan tu tetap kekal ada sedangkan tak ada komunikasi antara kita sepanjang 15 tahun tu? Tak ada sesiapa mengorat abang ke?" Ada nada cemburu dalam pertanyaan itu.
YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)
Romance𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐇𝐀 𝐱 𝐃𝐈𝐘𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 ~𝑯𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒅𝒊𝒂 𝒑𝒆𝒎𝒊𝒍𝒊𝒌 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒊𝒏𝒊. 𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒅𝒊𝒂, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒌𝒐𝒔𝒐𝒏𝒈𝒍𝒂𝒉 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒊𝒏𝒊~