PART 42

927 37 1
                                    

"Mama, papa," tegur Najmi. Punggung dilabuhkan di kerusi bersebelahan Puan Humaira.

"Minum, Mi!"

Puan Humaira menuangkan secawan air kopi untuk Najmi. Mereka sedang bersantai menikmati angin petang di halaman rumah berdekatan taman bunga Najmi.

"Bila Mi cakap nak pergi training tu?" Encik Razif menyoal. Pisang goreng buatan si isteri dibawa ke mulut.

"Esok, papa. Esok Mi pergi," jawabnya.

"Jaga diri baik-baik kat tempat orang. Jangan tinggal solat!" Pesan Puan Humaira.

"Awak ni, yang! Si Najmi ni bukannya baru harini nak pergi ke tempat orang tu. Dah banyak kali dia pergi," kata Encik Razif.

"Yelah, bang! Saya cuma ingatkan je!"

"Ya, mama! Mi ingat!"

Najmi melemparkan senyuman kepada Puan Humaira yang sudah seperti ibunya sendiri. Matanya tertancap pula ke arah Diya dan Aaryana yang sedang membawa Insyirah melihat kolam ikan Aaryan.

"Mi nak kahwin dengan Diya!"

Encik Razif tersedak air kopi mendengar ayat yang keluar secara tiba-tiba sahaja daripada mulut lelaki itu. Puan Humaira pula melopong mulutnya.

"Mama!" Najmi melambaikan tangan di depan muka Puan Humaira.

"Huh? Apa Mi cakap tadi?" Puan Humaira bingung.

"Mi cakap, Mi nak kahwin dengan Diya. Boleh tak?" Najmi mengulang kembali ayatnya tadi.

"Apa?!" Nyaring suara Aaryana.

Entah bila masa dia muncul bersama Diya di belakangnya. Diya terkebil-kebil mendengar kata-kata Najmi. Kahwin? Dengan dia? Buang tabiat ke?

"Hm..." Najmi garu pelipis. Merah padam wajahnya.

"Kamu biar betul, Mi?" Encik Razif menyoal inginkan kepastian.

"Betullah, papa! Apa yang tak betulnya?"

Kening Najmi bertaut. Pelik sangat ke kalau dia kahwin dengan Diya, balu abangnya sendiri?

"Kamu dah fikir habis-habis?" Puan Humaira pula menyoal.

Najmi angguk. Diya masih berdiri kaku. Terkejut dengan kenyataan yang baru saja dia dengari.

"Diya, sini duduk!" Gamit Puan Humaira.

Lambat-lambat langkah diatur sebelum duduk di sebelah Encik Razif, bertentangan dengan Najmi.

"Diya?" Diya tersedar dari lamunan apabila dipanggil oleh Encik Razif.

"Diya, kahwin dengan saya!"

Tidak menunggu lama, Najmi terus melamar Diya untuk berkahwin dengannya di hadapan Puan Humaira dan Encik Razif, serta Aaryana.

Pang!

Diya rasa seperti ada batu besar menghempap dia saat ini. Rasa sukar nak bernafas.

"A-a-awak sedar tak apa yang awak cakap ni, Najmi? Awak adik ipar saya tau. Awak adik kepada arwah suami saya!" Bergetar suara Diya.

"Sedar! Saya tahu, saya adik ipar awak. Arwah suami awak, iaitu Adha ialah arwah abang saya. So what? Salah ke kalau saya nak kahwin dengan awak? Hukum agama membenarkan," terang Najmi.

"Ta-tapi kenapa?" Perlahan Diya menyoal.

"Simple. Because I love you. Dan Syirah pun perlukan seorang ayah. So, why not?"

Diya mengetap bibir. Mudah saja lelaki itu memberi jawapan. Apa dia fikir kahwin pun senang macam tu je ke? Diya geram.

Mulut Aaryana melopong luas mendengar jawapan Najmi. Cool gila! Ibu jari diangkat tinggi ke arah Najmi sambil mengenyit mata.

𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)Where stories live. Discover now