"Aku terima nikah Diya Zulaikha Binti Mohd Arman dengan mas kahwinnya hafazan surah Al-Insyirah, senaskhah al-Quran, sepasang telekung Siti Khadeeja, dan sebuah kereta Honda Jazz dibayar tunai,"
"Sah?"
"Sah!"
"Sah!"
"Alhamdulillah!"
Tangan ditadah, doa dibaca. Hanya dengan sekali lafaz sahaja, Diya sah bergelar isteri kepada Adha. Mereka yang ada di situ menadah tangan mengaminkan bacaan doa oleh pak imam.
"Assalamualaikum, Puan Isteri," ujar Adha usai berteleku di hadapan wanita yang sudah menjadi isterinya.
"Waalaikumsalam, Encik Suami." Diya menyalam dan mengucup punggung tangan lelaki yang sudah sah bergelar suaminya.
Adha menyarungkan sebentuk cincin bertatahkan berlian di jari manis Diya sebelum memakaikan seutas gelang tangan emas. Dahi wanita yang sudah menjadi isterinya itu dikucup lama. Jurugambar pula sibuk mengabadikan momen-momen indah mereka berdua.
Majlis pernikahan yang diadakan di rumah Pak Arman di Kampung Batu Tiga itu meriah dengan kehadiran sanak saudara, sahabat handai, dan juga jiran tetangga.
"Tuan kita sakit-sakit pun jadi nikah. Kita ni entah bilalah ya." Khairol memulakan bicara sewaktu mereka sedang menjamu selera.
"Sakit-sakit pun kahwin tetap onz, brader," kata Aaryan.
"Engkau nak kahwin, Khai? Kau buaya tembaga! Sekejap perempuan ini, sekejap perempuan itu! Mana nak sangkutnya?" bidas Najmi.
"Cis! Buaya tembaga dikatanya. Kalau buaya emas kan bagus, boleh aku jual," sampuk Jep pula.
"Lelaki kuota empat, brader! Poligami itu kan sunnah nabi," ujar Khairol.
"Ah, engkau! Bab kahwin nak ikut sunnah. Bab lain tak nak pula ikut sunnah. Tahik kamu!" Najmi membidas lagi.
"Bukan kaleng-kaleng mas kahwin abang kau, Najmi. Hafazan surah, al-Quran, telekung, dengan kereta sebiji. Pehh!" Faleeq berkata.
"Kapten Adha yang garang dan tegas tu dah kahwin. Weh! Kakak ipar kau orang garang tak? Yalah, abang kau orang kan garang. Mesti bini dia lagi garang, kan?" Jep menyoal kepada Najmi dan Aaryan.
"Abang aku garang bila dengan kau orang je. Kat rumah, aku ni ditimang-timang, disayang-sayang, dimanjakan, tahu tak?" Najmi mendabik dada.
Faleeq, Jep, Firdaus, Aiman, dan Khairol mencebik.
"Hm, betul. Abang Ad tu garang masa kerja je. Kat rumah, dia lembut baik je. Aku ni pun disayang ditimang," sokong Aaryan seraya mengunyah nasi.
"Aku ingatkan Kapten Adha tak ada buah hati. Diam-diam rupanya ada," terkekeh Firdaus.
"Ada juga yang nak kat Kapten Adha yang garang tu," selamba Aiman berkata.
"Aduh!"
Aiman mengadu kesakitan apabila telinganya kiri dan kanan ditarik oleh Aaryan dan Najmi.
"Berani kau kutuk abang aku!" Najmi dan Aaryan berkata serentak.
* * * * *
Majlis persandingan Adha dan Diya telah diadakan pada keesokkan harinya. Diya kelihatan cantik dan anggun memakai gaun putih krim, manakala Adha pula kelihatan tampan dengan tuksedo hitamnya.
Najmi memerhati pasangan pengantin baru itu dengan senyuman. Dia memerhati mereka daripada jauh. Apabila dipanggil untuk mengambil gambar satu keluarga, barulah dia mendekat.
YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)
Romance𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐇𝐀 𝐱 𝐃𝐈𝐘𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 ~𝑯𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒅𝒊𝒂 𝒑𝒆𝒎𝒊𝒍𝒊𝒌 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒊𝒏𝒊. 𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒅𝒊𝒂, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒌𝒐𝒔𝒐𝒏𝒈𝒍𝒂𝒉 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒊𝒏𝒊~