Diya membuka mata apabila mendengar suara riuh orang berbual. Bunyi riuh sekampung. Dia tertidur ke? Bila masa dia tertidur? Pada kepalanya pula sudah tersarung tudung.
Mata dibuka luas- luas! Buka sahaja mata, Mak Limah dan Puan Humaira menerpa laju ke arahnya.
"Diya! Anak mak!"
Mak Limah memeluk anaknya. Puan Humaira pula mengusap perlahan belakang badan besannya itu.
"Mak! Mama!" panggil Diya. Air mata mengalir dari sudut mata.
"Akak!"
"Kak ipar!"
Aaryana dan Aaryan pula memanggil. Mereka yang sedang bersila di atas hamparan tikar sambil bermain UNO di atas lantai melambaikan tangan ke arah Diya yang terbaring di atas katil.
"Mana Adha, mak? Mana suami Diya?"
Mata berkaca. Belum sempat Mak Limah memberi jawapan, Diya sudah menangis.
"Mana Adha, mak? Diya nak suami Diya! Mana dia?!"
Dia menjerit. Terpinga-pinga mereka semua melihat wanita itu menjerit kuat. Bingkas Aaryan dan Aaryana bangun.
"Bagi balik suami Diya!" jeritnya kuat.
"Diya, sabar sayang!" Mak Limah menenangkan anaknya.
"Diya nak suami Diya!"
Adha berlari masuk ke kamar wad persendirian yang menempatkan isterinya itu apabila terdengar jeritan sang isteri. Tidak lama, Pak Arman dan Encik Razif muncul.
"Bagi balik suami Diya!" Air mata mengalir tanpa henti.
"Sayang? Sayang! Heyy... abang ada sayang. Abang ada kat sini."
Adha pantas mendapatkan isterinya dan membawa tubuh itu ke dalam pelukan. Wanita itu mengongoi di dalam pelukannya.
"Abang..."
Muka dibenamkan ke dada suami setelah memastikan lelaki di hadapannya itu ialah Adha. Tangannya memeluk erat batang tubuh lelaki itu.
"Shh! Shh! Abang ada kat sini."
Kucupan lembut dilabuhkan pada dahi si isteri. Belakang badan isteri, Adha usap perlahan untuk menenangkannya.
"Kenapa sayang abang menangis ni, hm?" Adha menyoal lembut. Tangan Diya tidak lepas dari genggamannya.
"Abang pergi mana?" Diya menyoal seperti anak kecil.
"Abang pergi jumpa doktor sekejap, sayang. Sekali tengok anak-anak kita," jawab Adha dengan penuh kelembutan.
"Jangan tinggalkan sayang lagi!" Diya memberi amaran dengan bibir yang tersebik-sebik.
"Okey, sayang. Promise! Abang tak tinggal lagi. Dah, jangan nangis lagi. Tengok mata dah macam Suzana sundel bolong dah tu, sayang." Seloroh Adha. Wajah Diya cemberut mendengar kata-kata suami.
"Banyak-banyak orang, sundel bolong juga dia samakan bini dia. Apalah abang engkau ni!" Aaryan berkata perlahan kepada adiknya, Aaryana.
"Eleh! Kata kat orang. Abang tu apa kurangnya? Abang ingat adik tak tahu ke nama ikan abang yang dalam kolam tu. Apa nama dia? Adel, eh? Huh! Tu nama awek abang, kan?" Bibir Aaryana terherot sinis mengenakan si abang.
Terbuntang biji mata Aaryan mendengar kata-kata adiknya. Macam mana budak kecil ni boleh tahu pula? Kepala yang tak gatal, dia garu perlahan.
"Dahlia Adelia!" Bisik Aaryana.
Hampir terkeluar biji mata Aaryan. Pandangan dilontarkan kepada si adik dengan rasa tidak percaya.
"Kau stalk aku, eh? Ha?!" Keras Aaryan menyoal. Telinga si adik ditarik perlahan.
YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)
Romance𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐇𝐀 𝐱 𝐃𝐈𝐘𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 ~𝑯𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒅𝒊𝒂 𝒑𝒆𝒎𝒊𝒍𝒊𝒌 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒊𝒏𝒊. 𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒅𝒊𝒂, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒌𝒐𝒔𝒐𝒏𝒈𝒍𝒂𝒉 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒊𝒏𝒊~