PART 35

890 29 0
                                    

Sebulan kemudian...

Diya menapak menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Dia melangkah ke ruang tamu di mana semua ahli keluarga sedang berkumpul.

"Mama, papa." Diya menegur.

Insyirah dihulurkan kepada Encik Razif apabila si mentua mendepangkan tangan meminta si kecil.

"Cucu atok comel ni. Cayang atok ni ya!"

"Cucu atok dah mandi. Dah wangilah dia..."

Encik Razif mengagah Insyirah. Tersenyum suka si kecil diagah begitu. Najmi dan Aaryan juga memberi fokus kepada si kecil dengan senyuman di bibir.

"Wangi, tak macam atok dia. Busuk! Iya, cayang... atok dia busyuk kan..."

Sampuk Puan Humaira. Senyum Insyirah diagah atok dan neneknya. Murah dengan senyuman si kecil itu.

"Mama, papa... Diya ada perkara nak cakap sikit," ujar Diya.

"Kenapa , Diya?" Encik Razif menyoal. Semua mata yang ada di situ beralih ke arahnya pula.

"Diya nak minta izin. Diya nak balik rumah sekejap," pinta Diya.

"Diya nak balik sana sekejap je, kan? Kalau sekejap, papa izinkan. Kalau nak duduk sana terus, papa tak izinkan. Papa nak Diya duduk dengan papa, dengan mama."

"Sekejap je. Diya nak kemas rumah tu. Dah lama tinggal," ujar Diya perlahan. Air mukanya berubah sedikit di hujung ayat.

"Yelah! Balik sekejap kemas-kemas apa yang patut. Lepas tu balik sini semula," kata Puan Humaira pula.

"Nanti adik temankan akak," sampuk Aaryana.

"Yan dengan Najmi pun boleh temankan," celah Aaryan. Najmi mengangguk kecil mengiyakan kata-kata Aaryan.

"Diya nak balik lepas Zuhur nanti. Boleh?"

Mata diarah kepada Najmi, Aaryan, dan Aaryana. Serentak mereka mengangguk.

*     *     *     *     *

Dia turun menjejakkan kaki di kawasan halaman rumah. Pertama kali dia pulang ke rumah ini selepas ketiadaan suaminya. Mata berkaca. Terbayang-bayang kenangan mereka suami isteri.

"Abang, Diya baru je lepas mandi!"

Diya memarahi Adha. Wajahnya cemberut. Mana tidaknya, dia baru saja selesai mandi. Kini, dia sudah basah lagi apabila disiram dengan air oleh suaminya yang sedang membasuh motosikal.

"Boleh mandi lagi kan, sayang? Mandi dengan abang!" Adha kenyit mata.

"Ish! Gatallah orang tua ni!" Diya menjeling. Mulutnya memuncung.

"Gatal dengan sayang je tau!"

Mata dikenyit lagi. Suka dia melihat muncung itik si isteri. Diya menapak mendekatinya sebelum kucupan dilabuhkan pada pipinya kiri dan kanan.

"I love you, husband!"

Diya berbisik manja lalu merampas getah paip yang berada pada tangan Adha. Giliran dia pula menyiram si suami dengan air.

"Sayang, habis abang basah!" Adha menutup muka dengan tangan.

"Fair and square! Kita sama-sama basahlah."

Diya mengangkat bahu. Kening terjongket sebelah dengan bibir terherot senget. Seronok dapat membalas kembali perbuatan Adha tadi terhadapnya.

𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)Where stories live. Discover now