PART 45

1K 30 0
                                    

Kaki melangkah setapak demi setapak. Tidak tahu dia berada di mana saat ini. Namun, tempat ini nyaman. Dia suka berada di sini. Sebuah taman bunga yang indah dikelilingi hutan menghijau. Terdapat sebatang anak sungai yang jernih airnya. Air terjun menghiasi taman tersebut.

"Sayang..."

Suara itu amat dikenali. Pantas badan dipusing ke belakang. Seraut wajah yang amat dirindui kini berada di hadapannya, sedang tersenyum. Dia pula? Sedang menangis.

Laju dia berlari ke arah Adha yang sedang mendepangkan tangan, memanggilnya ke dalam pelukan. Tangisan dihamburkan sepuas-puasnya di dalam pelukan erat sang suami. Tidak mahu melepaskan pelukan itu. Dia ingin selamanya berada dalam keadaan ini.

"Sayang..."

Kepala diangkat apabila dipanggil oleh sang suami.

"Sayang rindu abang..." ucap Diya perlahan.

"Abang pun rindu sayang..."

Kucupan dilabuhkan pada dahi Diya. Mata sang isteri yang berbalam air mata, Adha kucup lembut.

"Sayang abang banyak menangis, ya?"

Diya angguk. Bibir tersebik-sebik.

"Kenapa menangis, sayang?"

"Sebab sayang rindu. Sayang nak abang. Sayang taknak orang lain. Sayang nak abang sorang je dalam hidup sayang," jawab Diya. Adha mengulum senyum. Air mata si isteri diseka dengan jari-jemarinya.

"Comellah sayang abang ni. Comel macam Kacang Gajus abang," ujar Adha sambil memaut dagu Diya.

"Kacang Gajus..." Diya ketawa halus mendengar gelaran si anak yang diberikan oleh suaminya.

"Terima kasih, sayang! Terima kasih sebab sanggup berkorban nyawa lahirkan Kacang Gajus abang, zuriat penyambung keturunan darah daging abang. Abang dah jumpa Kacang Gajus abang," kata Adha dengan lembut.

Tangan Diya digenggam lalu mereka berjalan di kawasan itu. Duduk dilabuhkan di atas sebuah kerusi batu berhadapan air terjun.

"Abang rindu sangat kat sayang abang ni," tutur Adha lembut.

"Sayang rindu abang juga. Setengah mati sayang rindukan abang," adu Diya. Adha senyum. Rambut isteri yang panjang mengurai dimainkan dengan jari jemari.

"Abang," panggil Diya.

"Ya, nyawa abang."

Rambut isteri yang jatuh menutup dahi, Adha bawa ke belakang telinga. Kepala isteri diusap perlahan. Sebelah tangan lagi memeluk erat bahu si isteri.

"Sayang nak duduk sini je dengan abang." Mata Adha, Diya tatap dalam-dalam. Kalau boleh tidak mahu berkelip walau sesaat, takut sekiranya sang suami hilang dari pandangan mata. Tangannya kemas menggenggam erat baju berwarna putih yang dipakai oleh sang suami.

"Abang pun kalau boleh nak duduk sini je dengan sayang. Tapi ini bukan dunia kita, sayang."

Pipi Diya, Adha elus perlahan, dengan penuh kelembutan, dengan penuh kasih sayang, dan dengan penuh cinta yang menggunung.

"Sayang rindu. Rindu nak dengar abang bacakan surah-surah untuk sayang sebelum tidur. Rindu nak dengar bedtime story. Rindu nak baring kat riba abang masa abang mengaji. Sayang rindu semua tentang abang," bait kata ditutur bersama linangan air mata.

"Sayang macam nak gila cuba untuk hidup tanpa abang disisi sayang. Sampai sekarang pun, sayang masih belum mampu untuk kuat. Sayang tak rasa sayang mampu abang. I might die," dia merintih. Wajah dibenamkan ke dada Adha. Terhinggut-hinggut bahunya menangis.

𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)Where stories live. Discover now