PART 19

951 32 2
                                    

Diya mencari kelibat ibu mentuanya di dapur namun tiada. Sudah lima hari dia berada di rumah mentua kerana suaminya mempunyai kursus di luar kawasan.

Suaminya tidak mahu dia tinggal berseorang di rumah, oleh sebab itulah dia kini berada di sini. Langkah diorak menuju keluar. Terlihat kelibat si ibu mentua di taman bunga. Pantas kakinya melangkah ke arah itu.

"Mama, Diya nampak kuih koci atas meja. Siapa punya?" Dia menyoal sebaik sahaja tiba di taman bunga.

"Oh! Aaryan beli tadi tu. Kalau awak nak, makan jelah," ujar Najmi.

Diya memusingkan badannya mencari si pemilik suara. Wajahnya berkerut melihat seseorang sedang duduk di atas tanah dengan memakai topi daun mengkuang di kepala.

"Najmi ke tu? Diya ingatkan Aaryana, mama!"

"Aaryana pergi jogging dengan kawan-kawan dia. Taman bunga ni Najmi punyalah. Mama tolong jagakan je kalau dia tak ada. Tolong-tolong. Duduk kat rumah ni bosan juga tak ada kerja. Ada taman bunga si Najmi ni, hilang juga bosan mama."

Puan Humaira meneruskan kerjanya menggunting dan mencantas beberapa batang pokok bunga sebelum dicucukkan pada tanah di dalam pasu.

"Mana Aaryan?" Diya menyoal lagi.

"Tu kat sana!"

Najmi menunjukkan jari ke arah kolam ikan yang berada tidak jauh daripada taman bunga itu.

"Tak ada pun!"

Mata Diya mengecil cuba mencari kelibat Aaryan walaupun kolam tersebut tidaklah jauh mana.

"Ada tu. Kena pergi dekat-dekat baru nampak," ujar Najmi seraya menggemburkan tanah di dalam pasu.

Dia bercadang hendak menyemai benih anak pokok bunga tuberose atau dalam bahasa melayu dipanggil bunga sundal malam. Sejenis bunga yang ada di dalam movie Pontianak Harum Sundal Malam lakonan Maya Karin.

Diya menapak ke arah kolam ikan koi. Mata meliar mencari Aaryan di kawasan sekeliling sebelum matanya tertancap ke dalam kolam.

"Argh!" Diya menjerit kecil.

"Kenapa, Diya?!" Najmi berlari pantas mendapatkan Diya di tepi kolam itu.

"T-t-tu!"

Jari Diya mengunjuk ke arah Aaryan yang sedang terapung di dalam air dalam keadaan tertiarap. Lelaki itu diam sahaja tidak bergerak. Seekor ikan koi bersaiz besar berenang di sekitar Aaryan. Najmi ketawa halus.

"Yan! Hidup lagi tak tu?" Najmi memanggil.

"Dia dah lemaslah! Pergilah tolong dia!"

Diya menolak-nolak badan Najmi menyuruh lelaki itu untuk menyelamatkan adik iparnya.

"Aaryan Hayden! Astaghfirullahalazim!"

Puan Humaira menggeleng halus. Pantas Aaryan mengangkat kepala mencari nafas dalam keadaan tercungap-cungap. Rambutnya yang basah disebak ke belakang.

"Amacam rekod baru aku? Lama tak?" Aaryan menyoal kepada Najmi dengan riak wajah bangga.

"Hm, not bad," jawab Najmi dengan bibir yang mencebik.

"Kalau ya pun nak cipta rekod tahan nafas dalam air, pergilah dekat swimming pool sana, nak oii!! Dalam kolam ikan jugalah dia nak mencipta rekod!" Kata Puan Humaira.

Diya terkebil-kebil. Dia sangkakan lelaki itu sudah lemas tetapi dia tersalah sangka. Rupa-rupanya adik iparnya itu hanya mahu melatih diri menahan nafas dalam air dengan lebih lama lagi. Cis! Tipah tertipu!

"Hm, ingatkan mati lemas tadi!" Diya menggeleng halus.

"Kak ipar, Yan ada belikan kuih koci. Ada kat atas meja. Malam tadi kata teringin kan? Nanti kak ipar makan habiskan tau!" Aaryan berkata. Dia keluar daripada kolam dan berjalan ke arah taman bunga Najmi.

𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)Where stories live. Discover now