PART 34

896 29 0
                                    

Mata memandang siling. Suasana senyap dan sunyi. Dia mengurung diri sejak semalam.

Tok! Tok!

Ketukan pada pintu kamar dibiarkan. Dia tidak berminat hendak bertemu dengan sesiapa buat masa ini.

"Akak..." panggil Aaryana.

Diam.

"Akak, bukalah pintu. Adik bawa makanan ni," pujuk Aaryana.

Diya diam membisu. Semalaman dia berkurung. Menangis dan meratap. Mujur saja anaknya dijaga oleh Puan Humaira dan Aaryana. Jika tidak, pasti anaknya juga terabai. Sekarang ini pun sudah terabai tanpa dia sedar.

"Akak..." panggil Aaryana lagi.

"Bukalah pintu, akak. Akak taknak tengok Syirah ke, kak? Kesian dia tak dapat susu akak. Dia taknak minum susu formula. Syirah lapar, akak," pujuknya lagi.

Diya masih kaku. Air mata mengalir di sudut mata.

"Diya rindu abang. Kenapa abang tinggalkan Diya?"

Baju seragam celoreng milik Adha didakap erat bersama juraian air mata.

"Diya tak kuat, abang," ujarnya perlahan.

"Sayang kuat."

"Tak, Diya tak kuat! Abang tak nampak ke keadaan Diya sekarang ni macam mana?"

"Sayang kena kuat demi anak kita."

"Diya perlukan abang."

"Abang perlukan sayang. Sayang nyawa abang."

"Diya nak abang."

"Abang ada dengan sayang."

"Mana abang?"

"Abang tak pernah tinggalkan sayang."

Sepi.

"Diya..."

Suara Puan Humaira memecah kesunyian. Air mata diseka. Nafas dihela. Rambutnya disanggul. Tudung dicapai lalu disarung ke kepala. Dia menapak ke arah pintu dan dikuak perlahan.

"Akak..." bibir Aaryana tersebik-sebik.

Keadaan kakak iparnya kusut masai. Tudung senget benget. Wajah basah dengan air mata. Matanya membengkak. Hidung memerah. Muka sembab. Terdapat lingkaran hitam dibawah mata kerana tak cukup tidur.

"Diya sayang..."

Puan Humaira memeluk bahu Diya. Tudungnya dibetulkan oleh Puan Humaira sebelum mereka turun ke bawah.

Encik Razif, Najmi, dan Aaryan yang sedang duduk di sofa memandang sayu ke arah Diya. Wanita itu seperti hilang arah. Matanya memandang lantai. Langsung tidak memandang wajah-wajah yang berada di depannya.

"Mana anak Diya?" Dia bertanya perlahan.

Aaryana mengambil Insyirah daripada Najmi dan diserahkan kepada Diya. Sontak, air mata Diya terus mengalir laju melihat wajah si anak yang sedang diulit lena.

"Mama minta maaf dah abaikan anak mama," gumamnya perlahan.

Pipi si kecil dicium lama sehingga terjaga dari lena. Insyirah menangis apabila lenanya diganggu.

Najmi dan Aaryan melangkah keluar meninggalkan ruang itu. Tidak mahu air mata jantan mereka jatuh. Mereka duduk di taman bunga Najmi.

"Mi, aku rasa kak ipar kita kena penyakit meroyanlah," ujar Aaryan.

"Yeke? Mana kau tahu?" Soal Najmi.

"Aku dengar mama cakap. Mama kata kalau perempuan baru lepas beranak, dia punya emosi kena jaga. Kalau tak, bahaya! Boleh kena meroyan. Mama kata lagi, ada kes yang sampai mak bunuh bayi dia sendiri!"

𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)Where stories live. Discover now