PART 37

789 30 2
                                    

Jam dinding dikerling sekilas. Diya bingkas bangkit untuk menunaikan solat Isyak apabila melihat jam sudah menunjukkan waktu 10:00 malam.

"Ingat pesan abang, sayang. Jaga solat. Jangan lengahkan solat."

Itulah pesanan yang selalu diberi oleh arwah suaminya. Betapa dia bersyukur mendapat seorang suami yang baik budi pekerti, faham agama, dan bertanggungjawab. Semuanya serba serbi sempurna pada pandangan matanya.

Anaknya yang sedang tidur di sebelah dipandang lama. Terbit senyum halus dibibirnya apabila si kecil tersenyum dalam tidur.

"Anak mama mimpi apa senyum-senyum dalam tidur ni? Anak mama mimpi abah ya, sayang?" Dia mengelus perlahan pipi Insyirah.

"Kalau anak mama jumpa abah dalam mimpi, Syirah tolong bagitahu kat abah yang mama rindu sangat kat abah. Mama rindu sangat..."

Sebak datang bertandang. Namun dia cuba untuk mengawal perasaan. Dia tidak mahu terlalu larut dan terlalu mengikut perasaan.

"Diya rindu abang..."

"Kenapa sayang taknak bahasakan diri sayang as 'sayang'? Why Diya? Diya itu, Diya ini. Who's Diya?" Adha mencebik.

"Who's Diya? Isteri sendiri pun dah tak kenal ke?" Diya tayang senduk ke wajah Adha.

"Hehe... Diya tu isteri abang. Tak cuuuwiiiitttt la sayang abang ni. Merajuklah!" Adha mencebik lagi.

"Merajuk kenapa?"

"Sayang tak cakap 'sayang'. Banyak kali dah abang ajar suruh tukar panggilan tu. Dengan orang lain bahasakan diri pakai nama, dengan abang pun pakai nama. Tak special langsung."

"Diya dah terbiasa," dia menyengih.

"See? Saaayang! Not Diya! Cakap SAYANG!"

"Okey, abang! Sayang love you, husband!" Ucap Diya laju.

"Ha, kan manis didengar tu. Cair tahi telinga abang dengar sayang cakap macam tu." Adha pura-pura melorotkan badan ke bawah.

Diya tersedar daripada lamunan saat tangisan halus anaknya menerpa pendengarannya.

"Shh! Shh! Shh!" Dia menepuk perlahan Insyirah sebelum si kecil itu kembali terlena.

"Sayang rindu abang! Rindu sangat!" Perlahan dia menutur kata seraya menatap ke arah potret arwah suaminya yang tergantung di dinding.

Usai solat Isyak, dia berteleku di atas sejadah. Tangan ditadah memohon keampunan Allah Yang Maha Esa. Doa dipanjatkan buat sang suami yang telah pulang ke sisi Tuhan.

"Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosa Diya. Ampunkanlah segala dosa-dosa arwah suami Diya, Ryan Adha Bin Ahmad Raqib. Lapangkanlah kuburnya. Tempatkanlah dia dalam kalangan orang-orang yang beriman. Dia suami yang baik, penyayang, dan bertanggungjawab. Dia sayang sangat kat Diya. Kurniakanlah kepada suami Diya syurga-Mu, Ya Allah..."

Sepi seketika. Hanya sesekali terdengar esakkan halus.

"Ya Allah, Diya minta maaf sebab selalu menangis dan merintih. Ampunkan Diya, Ya Allah. Tapi, Diya..." dia teresak lagi.

"Diya rindu suami Diya, Ya Allah. Diya rindu Adha..." sebak suaranya menutur kata dalam tangisan. Air mata mengalir laju ke pipi. Dia biarkan saja.

"Bukan Diya nak menolak takdir-Mu, Ya Allah. Tak. Tapi... Diya cuma rindu. Diya tak dapat tengok suami Diya untuk kali yang terakhir. Diya rindu dia, Ya Allah. Diya rindu dia sangat-sangat!" Esak tangisnya semakin kedengaran.

𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)Where stories live. Discover now