Beberapa minggu kemudian...
Puan Humaira memerhati menantunya yang sedang bercakap dengan seorang lelaki di pintu pagar. Sedang dia leka memerhati, Encik Razif datang menyergah dari belakang.
"Uish! Apa abang ni?! Nasib baik tak kena heart attack!" Marah Puan Humaira.
"Apa yang awak leka tengok tu, Mai? Mengendap siapa?"
Encik Razif turut menjengahkan kepala ke jendela. Matanya menangkap kelibat Diya bersama seorang lelaki di pintu pagar.
"Tu ha! Abang tengok, budak lelaki tu dah berapa kali datang sini jumpa Diya. Kadang-kadang Diya tak keluar pun jumpa dia, tapi esok lusa nanti dia datang lagi," ujar Puan Humaira.
"Siapa budak lelaki tu?" Encik Razif memicingkan mata.
"Sepupu Diya. Apa nama dia? Haikal, kut."
"Oh..."
Melopong mulut Encik Razif. Pandangannya masih terarah ke arah Diya dan Haikal nun di luar sana.
**********
"Abang nak cakap soal kita," ujar Haikal.
"Kita? Ada apa dengan kita?" Kening Diya bertaut mendengar ucapan Haikal.
"Bagilah abang masuk."
"Tak boleh! Kenapa pula nak kena masuk? Kalau Abang Kal nak cakap, cakap kat sini je." Diya malas hendak melayan.
Haikal diam membatu. Keras kepala juga wanita ini. Nafas dihela panjang. Dia memicit pelipis. Berdiri di bawah terik mentari membuat kepalanya pusing, ditambah pula dengan kedegilan wanita ini. Semakin dia bertambah pusing.
"Abang nak kahwin dengan Diya!"
Tersirap darah Diya mendengarnya. Sudah berkali-kali dia menolak lelaki itu. Tak faham bahasa betullah! Air muka Diya berubah garang. Tiada lagi senyuman walau segaris di bibirnya.
"Bukan ke aku dah cakap dulu, aku taknak cari pengganti Adha? Dan kalaupun aku nak cari pengganti, you're not in my list?" Garang Diya menyoal.
Haikal terkedu. Perwatakan Diya berubah daripada seorang yang lembut dan sopan santun, menjadi seorang yang garang dan kurang ajar. Pertama kali wanita itu bersikap begini dengannya.
"Diya, kenapa cakap macamni?" Ternaik satu oktaf suara Haikal.
"Sebab aku cakap cara baik, kau tak faham bahasa! Apa yang kau tak faham? Dah banyak kali aku tolak. Tak cukup aku block nombor kau, kau datang pula cari aku sampai ke rumah! Apa masalahnya?"
Keras suara Diya. Penumbuknya dikepal kuat. Dia marah dengan sikap Haikal yang mendesak dia untuk mencari pengganti arwah Adha.
Haikal mengetap rahang. Geram dengan sikap wanita itu. Sudahlah tak jemput dia masuk. Dibiarkan saja dirinya di bawah terik mentari. Nafas dihela perlahan, cuba menahan sabar.
Bunyi deruman enjin motosikal semakin mendekat. Haikal memusingkan badan tatkala sebuah motosikal Yamaha R6 berwarna hitam berhenti di sebelahnya.
"Apa kau buat kat sini?"
Najmi yang memakai uniform tentera berwarna biru muda menyoal sebaik saja helmetnya dibuka.
"Aku nak jumpa Diya," jawab Haikal dengan malas.
Menyampah melihat muka Najmi. Tag kecil bertulisan PASKAU menarik perhatiannya.
"Oh! Abang komando?" Bibir Haikal terherot sinis.
"Ada apa kau nak jumpa dia?" Najmi tidak menghiraukan kata-kata Haikal tadi.
"Kenapa kau nak tahu? Kau suami dia ke?" Haikal membalas dengan pertanyaan.
![](https://img.wattpad.com/cover/374631090-288-k844930.jpg)
YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)
Romance[SIRI PERTAMA 4 BERADIK] ❗️Dalam proses edit❗️ Singkat. Itu adalah perkataan yang sesuai untuk permulaan kisah cinta antara Diya dan Adha. Namun tidak bagi Adha kerana dia sudah lama menyukai gadis itu. Dengan bantuan Najmi, kisah cinta mereka berdu...