Diya hanya membaca sahaja balasan mesej yang diterima daripada suaminya. Telefon bimbit dilemparkan ke atas katil. Nafasnya turun naik dengan kencang apabila teringat kembali perkara semalam.
"Adik, tahu tak abang simpan laptop dia kat mana? Akak cari tak jumpalah dalam bilik abang tu," adu Diya.
"Cuba akak cari dalam bilik abang Najmi. Kadang-kadang abang Najmi pinjam laptop abang," jawab Aaryana.
Diya segera berlalu menuju ke bilik Najmi. Dia menguak perlahan pintu kamar milik adik iparnya. Buka sahaja pintu, dia melihat sebuah komputer riba serta sebuah telefon di atas meja belajar.
Diya pantas mendapatkan komputer riba tersebut. Baru sahaja kaki hendak melangkah, matanya tertancap pada skrin telefon yang menyala. Satu notifikasi aplikasi Instagram menangkap pandangan mata.
"Ryan Adha? Laki aku punya ig ke?"
Diya pantas menggesek skrin telefon tersebut. Tidak berkunci! Paparan gambar Najmi memenuhi ruang skrin. Dia teragak-agak sama ada hendak meneruskan tindakannya atau tidak.
Dia tahu tindakannya itu salah, namun naluri wanitanya kuat memaksa dia meneruskan tindakannya. Aplikasi Instagram dibuka dan akaun profil milik adik iparnya iaitu Ryan Najmi terpapar pada ruang skrin.
Jari-jemarinya menari laju di atas skrin sehinggalah Diya terjumpa sesuatu. Dia terkelu seketika apabila melihat akaun profil yang tertera nama suaminya pula terpapar pada ruang skrin. Dia memeriksa pada bahagian mesej aplikasi tersebut.
Telefon itu terlepas daripada tangannya apabila melihat paparan mesej yang keluar di skrin iaitu mesej bersama dirinya kira-kira satu tahun lebih yang lalu. Dia berlari keluar dan mencari Aaryana sambil membawa telefon tersebut.
"Adik! Ni telefon siapa? Abang Ad ada dua phone ke?" Aaryana menyoal laju.
"Oh! Ni telefon Abang Mi. Dia ada dua phone. Abang Ad pakai satu phone je. Jap, adik call!"
Aaryana pantas mendail nombor telefon seseorang dan telefon pada tangan Diya berdering.
"See! Ni phone Abang Mi!"
"Kenapa dia pakai dua phone?" Diya menyoal pelik.
"Tak tahu." Aaryana mengangkat bahu.
"Adik pernah nampak Abang Ad pakai phone ni?" soal Diya lagi.
"Tak pernah pula. Akak tahu tak, Abang Ad tu dia tak lekat sangat dengan phone. Tak macam Abang Mi yang selalu melekat dengan phone," terang Aaryana kepada kakak iparnya.
Lambat-lambat Diya mengangguk. Adakah benar tanggapannya saat ini? Sewaktu awal perkenalan dua dan Adha, lelaki yang bermesej dengan dia ialah Najmi? Najmi menyamar sebagai Adha atau Adha menyuruh Najmi buat begitu?
Dia memasuki kamar tidur. Otaknya ligat memutar memori lama. Semua perkara tentang perbezaan sikap Adha sewaktu berkenalan di alam maya dan di alam realiti menerjah otaknya. Ya! Dia ditipu selama ini!
Pantas dia mencapai telefonnya dan menghantar pesanan Whatsapp kepada Adha berserta satu gambar.
"Abang tipu Diya selama ini?"
-Diya-Pesan sudah dihantar namun masih belum diterima lagi oleh suaminya. Hanya satu centeng kelabu sahaja yang kelihatan. Diya mengetap bibir. Air mata mula bergenang.
Telefon yang berdering menyentakkan dirinya daripada lamunan. Diya hanya membiarkan saja panggilan itu tidak menjawab. Malas hendak mendengar deringan yang bising, dia segera turun ke bawah meninggalkan telefonnya di dalam bilik.
YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)
Romance𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐇𝐀 𝐱 𝐃𝐈𝐘𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 ~𝑯𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒅𝒊𝒂 𝒑𝒆𝒎𝒊𝒍𝒊𝒌 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒊𝒏𝒊. 𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒅𝒊𝒂, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒌𝒐𝒔𝒐𝒏𝒈𝒍𝒂𝒉 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒊𝒏𝒊~