PART 24

818 32 0
                                    

"Bagitahu aku mana isteri aku, Qaisarah!"

Suara Adha bergetar. Sedaya upaya dia cuba menahan amarahnya. Penumbuknya dikepal. Matanya terpejam rapat seraya tertunduk menunggu jawapan daripada mulut Qaisarah.

Sebaik sahaja gadis itu diheret secara paksa oleh orang suruhannya siang tadi, dia tidak membuang masa terus melakukan soal siasat. Dan kini, waktu sudah hampir menjengah ke tengah malam. Namun, keberadaan isterinya itu masih tidak diketahui.

"Sarah t-t-tak tahu, Abang Ad."

Qaisarah menjawab dengan bibir terketar-ketar. Kepalanya tertunduk ke bawah. Dia takut untuk melihat wajah Adha yang sedang marah saat ini. Air matanya merembes laju.

"Diya cakap kau datang dengan seorang lelaki. Siapa lelaki tu? Siapa?!" Suara Adha meninggi. Tangannya menampar meja.

"Tu k-k-kekasih Diya! Dia dah rancang nak larikan diri dengan lelaki tu!" Suara Qaisarah turut meninggi dalam tangisan.

"Kau nak bodoh-bodohkan aku ke, Sarah?! Masa kau datang rumah aku tadi, aku tengah on call dengan dia! Aku dengar suara kau bercakap dengan dia! Aku nampak muka jantan yang bersubahat dengan kau tu! Kau bagitahu aku siapa lelaki yang bersubahat dengan kau tu?!" Adha menjerkah.

Tangannya diangkat tinggi hendak menampar wajah Qaisarah, namun tindakannya itu pantas dihalang oleh Najmi dan Aaryan. Kesabarannya sudah habis saat ini apabila mengenangkan si isteri yang dia sendiri tidak tahu di mana.

"Abang, sabar! Kalau abang macam ni masalah takkan selesai!" Aaryan berusaha menenangkan Adha.

"Betul tu, abang! Tak guna cakap banyak dengan perempuan ni. Kita buat je laporan polis terus. Sumbat je dia dalam penjara tu.  Rumah abang ada CCTV kan? Kita bawa sekali bukti rakaman CCTV tu," ujar Najmi bertujuan untuk menakutkan Qaisarah agar gadis itu membuka mulut menceritakan hal yang sebenar.

"Kau pancing isteri aku keluar pakai nama Aaryana, kan?! Sebab tu dia keluar! Kau bersubahat dengan lelaki tu nak culik isteri aku!"

Suara Adha meninggi lagi. Aaryana bertambah marah apabila mendengar kenyataan itu.

"Kau cakap apa ha dengan kakak aku?!"

Aaryana naik gila. Dia menjerit kuat dan menarik rambut Qaisarah sehingga kepala Qaisarah terdongak. Gadis itu menangis seraya merayu supaya Aaryana melepaskan rambutnya.

"Yana, a-a-aku tak tahu! Sumpah! Lelaki tu cakap dia bekas kekasih Diya. Dia nak jumpa Diya. Sebab tu aku datang rumah Abang Ad siang tadi," dia menjelaskan dalam esak tangis.

"Lepaskan anak aku!"

Zafirah cuba meleraikan tangan Aaryana yang mencengkam kuat rambut Qaisarah. Gadis itu sudah menangis seperti orang gila. Dirinya kusut masai.

Aaryana melepaskan rambut sepupunya itu. Dia mendengus kuat. Zafirah terus memeluk anak gadisnya itu.

"Kau!"

Adha menampar meja tepat di hadapan Qaisarah membuatkan bahu gadis itu ternaik akibat terkejut. Zafirah juga ikut terkejut.

"Kalau apa-apa jadi kat isteri aku, aku seret kau ke penjara, Qaisarah! Dengan rakan subahat kau tu aku humban masuk ke dalam! Kalau penjara tu taknak terima kau, aku akan pastikan kau lenyap dari muka bumi ni! Kau jangan main-main dengan aku, Sarah!" Adha menjerit kuat. Dia semakin menggila.

Amaran yang seakan berbaur ugutan itu membuat Qaisarah kecut perut. Lengan Zafirah dipegang erat. Dia berharap agar mamanya itu mampu melakukan sesuatu untuk menyelamatkan dirinya saat ini. Namun, wanita itu hanya diam tanpa kata.

𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)Where stories live. Discover now