PART 11

1K 36 0
                                    

"Assalamualaikum!"

Adha melangkah masuk ke dalam rumah Encik Razif bersama isterinya.

"Waalaikumsalam!"

"Amboi! Pengantin baru berjalan sakan!" Aaryana menyakat sebaik sahaja pasangan suami isteri itu melabuhkan punggung di atas sofa.

Buah tangan dan cenderamata yang dibeli semasa mereka berbulan madu diletakkan di atas meja. Diya memilih cenderamata lalu diberikan kepada semua orang.

"Terima kasih, akak!" Aaryana gembira apabila menerima pemberian daripada kakak iparnya.

"Seronok pergi honeymoon, Diya?" Encik Razif menyoal.

"Seronok, papa! Terima kasih sponsor kami pergi Swiss!" ucap Diya sopan. Tangannya menggenggam erat tangan Adha.

"Budak berdua tu mana, papa?" Adha menyoal apabila tidak melihat kelibat Najmi dan Aaryan.

"Assignment," pendek saja Encik Razif menjawab. Adha mengangguk faham.

"Ni ada cenderamata untuk budak berdua tu. Nanti adik tolong bagi kat abang-abang adik tu ya," ujar Adha.

Aaryana mengangguk faham. Dia leka membelek jam tangan yang baru saja dia terima tadi.

"Ad bila start kerja?" Puan Humaira pula menyoal.

"Minggu depan, mama. Mama masak apa hari ini?" Adha pula menyoal.

"Mama nak masak ketam lemak kejap lagi. Favourite Adha tu, Diya," kata Puan Humaira.

"Yeke, mama? Diya nak belajar resipi dengan mama nanti," ujar Diya sambil tersenyum.

"Boleh, Diya."

Adha pula sudah berbaring di atas riba si isteri. Tangan disilang ke dada seraya memejamkan mata; ingin merehatkan badan.

"Bila kakak balik dari Sabah?" Aaryana bertanya. Mulutnya mengunyah gula-gula getah.

"Semalam. Hari itu baru sehari balik dari Swiss, abang dah ajak Diya pergi Sabah pula, mama. Tu yang penat sangat ni gayanya." Diya mengelus rambut Adha yang sedang tidur-tidur ayam.

Deringan telefon Adha mengejutkannya. Dia bingkas bangun dan menuju ke luar rumah sebaik sahaja melihat nama si pemanggil. Diya pula hanya memerhati dari jauh suaminya yang sedang bercakap di telefon dengan wajah yang serius. Tidak lama kemudian, Adha kembali ke dalam rumah.

"Sayang," panggil Adha seraya duduk di sebelah Diya dan menggenggam erat tangan si isteri. Riak bimbang terpancar pada wajahnya.

Diya meneguk liur. Ada apa-apa yang terjadikah? Dia menyoal dalam hati.

"Mama! Papa!"

Pasangan suami isteri itu menoleh ke arah Adha.

"Ad kena panggil. Assignment juga," dia cuba mengukir senyum namun tidak mampu.

Terpancar jelas riak kebimbangan pada wajahnya membuatkan ketiga-tiga manusia yang berada di hadapannya itu turut berasa gusar.

"Kenapa, Ad? Ada apa-apa masalah?" Puan Humaira menyoal bimbang. Aaryana yang tadi leka dengan telefonnya kini memberi fokus kepada abangnya pula.

"Tak ada apa-apa, mama. Biasalah kerja," jawab Adha. Senyum tipis dihadiahkan buat mamanya.

"Abang," panggil Diya perlahan.

"Sayang duduk sini sampai abang balik. Mama, papa! Ad titipkan isteri Ad dekat sini. Tolong jagakan dia sampai Ad balik, ya?" pinta Adha.

"Mama," Adha berteleku di hadapan wanita yang sudah menjaga dia dan Najmi semenjak kematian kedua-dua orang tuanya.

𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)Where stories live. Discover now