PART 4

1.8K 57 0
                                    

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumsalam. Adha!"

Diya terkejut melihat Adha muncul di hadapan rumah sewanya tanpa memberitahu dia. Lelaki itu sedang duduk di atas motosikal Yamaha RZF-R1 berwarna hitam dengan memakai jaket kulit berwarna hitam juga dengan tangan bersilang di dada.

"Hai, bakal isteri Adha!"

"Ish! Ingatkan mamat handsome mana tadi cari saya sampai ke rumah. Bila balik? Tak bagitahu saya pun," ujar Diya seakan berjauh hati.

"Sorry, sayang! Saja nak bagi kejutan elektrik kat sayang saya ni. Ni sayang cuti kan hari ini dengan esok? Jom! Kita cari barang kahwin, nak?" ajak Adha seraya menepuk seat motosikalnya.

"Naik ni?" Diya menyoal lambat-lambat.

"Nak?"

"Taknaklah saya! Takut! Lagipun, macam mana nak bawa barang-barang kalau naik motor ni?" Jelingan tajam dihadiahkan pada Adha.

"Okey, naik kereta sayanglah. Motor ni park dalam!"

Adha menunggang motosikalnya melepasi pagar rumah sewa tunangnya. Dengan berhati-hati dia menongkat motosikalnya. Kemudian dia turun dan diusap badan motosikalnya.

"Baby duduk sini sekejap, okey? Daddy nak pergi shopping dengan mummy!"

Adha mencium sekilas motosikalnya. Diya menjulingkan biji matanya ke atas melihat aksi si tunang dan motosikalnya.

"Sayang betul kat motor! Nak parking kat dalam rumah tak? Risau pula baby awak ni hilang."

Diya tayang wajah menyampah. Hujung bibirnya terjongket sedikit; cemburu dengan motosikal!

"Motor je saya sayang macam ini. Apa lagi kalau bini, lagilah saya sayang!"

Adha mengenyitkan mata. Semakin terherot bibir Diya mendengar kata-kata Adha itu.

"Awak baru balik. Tak penat ke? Barang kahwin tu saya boleh cari sendiri. Kesian awak penat." Diya prihatin.

"Masa saya tak ada bolehlah awak buat sendiri, sayang. Tapi sekarang inikan saya ada, mana boleh saya biarkan bakal isteri saya buat semua sendiri." Adha senyum manis.

"Saya kesiankan awak. Baru je balik. Penat tak hilang lagi. Saya taknak susahkan awak," kata Diya.

"Saya wujud dalam hidup awak memang untuk disusahkan oleh awak, sayang. Count on me. Tell me if you ever need anything. I'll do it for you, sayang. Jomlah! Taknak ke? Kita pergi makan sekali. Lapar ni." Adha menyengih seraya menggosok perutnya.

"Mestilah nak! Tunggu kejap saya tukar baju." Riak bahagia terpancar pada wajah Diya.

"Awak okey? You get hurt anywhere?"

Diya memerhati wajah dan tangan Adha sebaik sahaja mereka selesai membuat pesanan makanan di sebuah restoran.

"Saya okey, sayang. Tak ada luka kat mana-mana," ujar Adha seakan faham dengan kegusaran dalam hati Diya.

"Rindu," perlahan Diya berkata. Bercinta dengan milik negara, beginilah nasibnya.

"Ni saya dah ada depan awak ni, sayang. Tengok puas-puas. Minggu depan saya kena pergi lagi."

"Minggu depan kena pergi misi lagi?" Adha mengangguk.

"Lama ke?"

"Tak pasti, sayang. Mungkin tiga ke empat minggu saja," jawab Adha dengan tenang.

"Boleh contact ke?" Diya menyoal lagi. Adha menggeleng.

Wajah Diya berubah muram. Adha memandang Diya tanpa lepas. Dia ingin menatap wajah itu puas-puas sebagai bekalan rindu untuknya nanti.

𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)Where stories live. Discover now