SPECIAL CHAPTER #3

1.4K 43 3
                                    

Satu tahun kemudian...

Diya melangkah masuk ke ruang dapur. Kakinya menginjak perlahan lantai yang sudah dipenuhi dengan habuk-habuk putih. Tepung!

Mata meliar ke sekeliling. Kosong. Tiada sesiapa di ruang dapur itu. Mangkuk, senduk, sudu, besen, serta beberapa peralatan dia membuat kek bersepah di atas island table. Dia mengukir senyum dalam geram. Sudah tahu angkara siapa. Dapur kosong tiada orang, pasti pembuat angkara sedang bersembunyi. Bibir terherot sinis.

"Jibrael? Syirah? Anak mama kat mana?"

Pintu dapur dibuka. Tiada kelibat manusia-manusia yang dicari. Dia masuk kembali.

"Hm, mana ya anak-anak mama? Sekali dengan bapaknya pulak hilang? Pelik benar kejadian ini."

Dia pura-pura berbicara sendiri walhal dia tahu si suami dan anak-anaknya ada di situ.

"Di mana dia Jibrael mama sayang? Jibrael mama sayang sedang bersembunyi..."

Diya bernyanyi mengikut rentak lagu Chan Mali Can. Tangan membuka satu per satu pintu kabinet seraya bernyanyi.

"Di mana dia Syirah mama sayang? Syirah mama sayang sedang bersembunyi..."

Bibir mengukir senyum. Terlihat kaki si kecil terjuntai melalui salah satu kabinet. Dia terus berpura-pura mencari mereka pada setiap kabinet sebelum akhirnya kaki tiba di hadapan tempat persembunyian mereka.

"Di mana dia suami Diya sayang? Suami Diya sayang sedang ber-sem-bu-nyi...! Gotchaaaa!"

Dia terus membuka pintu kabinet tempat si bapa dan si anak-anak bersembunyi. Terlihat kelibat Adha yang sedang duduk agak menunduk sambil memangku Insyirah dan Jibrael.

"Alaaa! Dah kena tangkap!"

Adha pura-pura terkejut. Ketawa suka Insyirah dan Jibrael melihat wajah si ibu. Jibrael menggapaikan tangan ingin diambil oleh mamanya.

"Oh! Ini dia anak beruang yang buat sepah dapur mama, ya!"

Diya menggeletek tubuh si kecil. Tergeliat badan Jibrael kegelian. Adha keluar dari tempat persembunyiannya sambil mendukung Insyirah.

"Abang ingatkan nak buat kek untuk sayang dengan anak-anak. Tahu-tahu, kitorang yang jadi kek."

Mereka ketawa melihat muka Insyirah dan Jibrael yang comot dengan tepung.

"Abang nak buat kek apa? Kenapa tak bagitahu sayang? Kan sayang boleh buatkan untuk abang," ujar Diya.

"Bukan untuk abang. Untuk sayang. Takkanlah sayang nak buat kek untuk diri sendiri? Abang nak juga merasa bagi kek buatan sendiri untuk isteri abang ni. Sempena birthday dia esok. Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 29 tahun, sayang abang," ucap Adha. Pipi isteri dikucup lembut.

"Esoklah, abang. Apa wish harini pulak?"

"Awal tak kalut, sayang. Malam boleh claim hadiah tak?" Kening Adha terjongket-jongket bersama senyuman senget.

"Apa abang pulak yang claim hadiah? Birthday sayang, kan? Bukan ke sepatutnya sayang yang claim hadiah kat abang?"

Diya berkerut dahi. Tidak faham dengan maksud di sebalik kata-kata sang suami.

"Noh! Buat-buat tak faham pulak!"

Adha menyenggolkan bahunya ke bahu Diya. Kening masih turun naik bersama senyuman di bibir.

"Yihhh! Gatallah orang tua ni!"

Diya tersipu malu. Anak dah dua pun dia masih tersipu malu bila diusik begitu oleh sang suami. Jibrael yang berada dalam gendongannya diagah.

𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)Where stories live. Discover now