Diya merebahkan badannya ke tilam empuk. Letih sangat badannya hari ini. Alhamdulillah, semua urusan berjaya diselesaikan pada hari ini. Mujur saja Aaryana menawarkan untuk menjaga anaknya pada malam ini, dapatlah dia berehat puas-puas.
Baju kurung moden berwarna putih yang tergantung dipandang. Majlis pernikahannya dengan Najmi bakal berlangsung dalam masa dua hari saja lagi. Esok adalah hari terakhir dia memegang gelaran sebagai isteri Ryan Adha. Sebak datang bertandang.
Rindu? Ya, dia amat merindui lelaki itu. Cinta pertamanya!
Semenjak dari hari pertama dia melihat Adha, dia sudah jatuh cinta tanpa mengetahui apa-apa tentang diri lelaki itu. Hanya raut wajah lelaki itu yang terakam dalam kotak ingatannya. Her saviour! Ditunggu saban hari kapan lelaki itu akan muncul lagi di hadapannya, namun hampa.
"Nice to meet you, my destiny."
Itulah kalimat yang sentiasa terngiang-ngiang dalam kotak fikirannya selepas pertemuan mereka pada hari itu. Dan selepas beberapa bulan, dia berjaya menemui lelaki itu melalui platform media sosial, Instagram.
*****
Imbas kembali...
Ting!
Mata dilirik sekilas ke arah telefon di sebelah. Notifikasi dibaca melalui papan layar kekunci.
[Instagram] Just now
Ryan Adha has requested to follow you.Dibiarkan saja tidak dibuka.
Ting!
[Instagram]
Ryan Adha sent a request message to you.Telefon dicapai lalu aplikasi Instagram dibuka olehnya.
[Instagram]
Ryan Adha : Assalamualaikum, Cik Diya. Saya Ryan Adha. Please approve my request. Thank you, Cik Diya Cantik.Usai mesej tersebut dibaca, dia tidak terus buru-buru menerima permintaan tersebut. Dia membuka akaun profil tersebut dan melihat dua gambar yang dimuat naik dalam profil tersebut. Tak pasal-pasal jadi stalker pula!
Matanya terbuntang luas sebaik sahaja paparan gambar lelaki itu memenuhi skrin telefonnya. Dia menutup mulut yang sedang tersengih lebar dengan tangannya. Lelaki ini ialah lelaki itu! Lelaki yang dia nanti-nantikan selama beberapa bulan ini!
Hati bersorak riang. Pantas jari runcingnya menekan [Accept] dan [Follow Back].
Tidak lama kemudian, satu pesanan masuk.
[Instagram]
Ryan Adha : Terima kasih terima request saya, Cik Diya Cantik.[Instagram]
Diya Zulaikha : Sama-sama.Diya menahan gelojak perasaannya yang berbunga-bunga saat ini. Dia berjalan mundar-mandir di dalam pejabatnya menunggu balasan mesej tersebut, namun tiada. Keluhan hampa dilepaskan.
Selang beberapa hari kemudian, dia mendapat lagi mesej daripada lelaki itu. Laju saja tangannya membuka mesej tersebut apabila melihat nama lelaki itu muncul.
[Instagram]
Ryan Adha : Assalamualaikum. Cik Diya, boleh saya tanya satu soalan?[Instagram]
Diya Zulaikha : Waalaikumsalam. Ya, boleh. Nak tanya apa ya?[Instagram]
Ryan Adha : Cik Diya yang cantik ni, dah berpunya ke?[Instagram]
Diya Zulaikha : Kepunyaan Allah, dan kepunyaan mak ayah saya.
YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)
Romance𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐇𝐀 𝐱 𝐃𝐈𝐘𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 ~𝑯𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒅𝒊𝒂 𝒑𝒆𝒎𝒊𝒍𝒊𝒌 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒊𝒏𝒊. 𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒅𝒊𝒂, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒌𝒐𝒔𝒐𝒏𝒈𝒍𝒂𝒉 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒊𝒏𝒊~