PART 38

781 33 0
                                    

Matahari pagi kian meninggi. Diya melangkah menuruni anak tangga. Senyap sunyi. Kosong rumahnya. Mana pergi adik iparnya bertiga? Dia bertanya sendiri.

"Ha! Tu sebelah sana tu, abang! Sental betul-betul lantai belah sana tu!"

Suara Aaryana menarik perhatiannya. Dia menuju ke muka pintu dan dikuak perlahan. Kepala menjengah ke luar. Dia melihat Aaryan dan Najmi sedang membersihkan halaman bahagian depan halaman rumahnya. Manakala, Aaryana pula sedang berdiri bercekak pinggang seperti seorang mandur.

"Eh, adik! Kau sini tolong sama! Geram pula aku dengan budak inilah!" Aaryan menjeling tajam si adik.

"Takpe, kejap lagi kita suruh dia masaklah," ujar Najmi dengan sinis.

Mata dikerling sekilas ke arah Aaryana sebelum tertancap pada Diya yang sedang menjengahkan kepala di muka pintu.

"Syirah mana?" Najmi menyoal tanpa memberi salam. Aaryan dan Aaryana menoleh serentak ke arah Diya. Terpinga-pinga dia dibuatnya.

"Syirah tidur lagi, kak?" Aaryana pula menyoal.

"Err, haah! Korang buat apa ni?" Terkebil-kebil matanya.

"Berenang," selamba Aaryan menjawab.

Diya menjulingkan mata. Sudah biasa dengan sikap Aaryan yang suka main-main.

"Assalamualaikum!" Kuat suara orang memberi salam beramai-ramai.

"Waalaikumsalam, sahabatku!"

Aaryan menapak laju ke arah Faleeq, Jep, Khairol, Aiman, dan Firdaus. Najmi ikut melangkah ke arah mereka. Aaryana dan Diya pula terkebil-kebil melihat ke arah sekumpulan lelaki itu. Pagi-pagi lagi dah datang rumah orang! Dia ada buat rumah terbuka ke hari ini?

"Adik, kau pergi masuk!" Arah Aaryan.

"Kenapa pula?" Dahi Aaryana berkerut.

"Masuk!" Najmi dan Aaryan berkata serentak.

Gadis itu melangkah juga dengan wajah cemberut. Baru nak cuci mata usya pakwe! Kaki dihentak seperti anak kecil.

Diya pula awal-awal sudah menghilangkan diri sebaik sahaja rakan-rakan adik iparnya memberi salam tadi. Dia menuju ke dapur. Bungkusan nasi lemak di atas meja dicapai sebungkus dan dimakan.

"Akak okey?" Aaryana menyoal perlahan. Takut tersalah cakap.

Diya mengangguk bersama senyuman meskipun jelas kelihatan matanya yang sembab dan bengkak akibat menangis semalaman.

"Nak masak apa harini?" Ceria suara Diya menyoal adik iparnya.

"Hm, ada lauk ke?" Aaryana membuka peti ais.

"Ada banyak tu," jawab Diya perlahan.

"Tu dia orang kat luar tu, nak makan tengahari kat sini ke? Ni nasi lemak ni banyak beli. Siapa beli? Pergilah bagi dia orang kat luar tu makan. Kejap lagi akak buatkan air, adik hantar pergi depan," kata Diya.

"Kejap, adik tanya abang dulu."

Laju Aaryana melangkah ke depan untuk menemui abang-abangnya.

"I miss you, sayang!"

Diya tersentak. Kunyahan nasi di dalam mulut terhenti. Sudu yang dipegang terlepas dan jatuh ke bawah. Kepala menoleh ke sekeliling arah. Suara Adha begitu jelas kedengaran. Kepala dipusing kiri, kanan, depan, dan belakang.

Habis ditoleh, pandangannya terarah ke kerusi sebelah. Adha sedang duduk di sebelahnya saat ini bersama senyuman manis terukir di bibir. Laju air mata Diya tumpah ke pipi.

𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)Where stories live. Discover now