"Sayang, dah sebulan kita kahwin. Sorry, abang busy! Belum sempat bawa sayang pergi honeymoon lagi," ucap Adha seraya merangkul erat pinggang isterinya yang sedang memasak.
Dia berasa serba salah kerana dirinya sibuk dengan kerja sehingga dia berasa telah mengabaikan isterinya sendiri.
"Tak apa, abang. Diya faham."
Diya menoleh sekilas ke arah si suami dan melemparkan senyuman manis.
"Abang dah ambil cuti tiga minggu. Jom, honeymoon!" bisik Adha.
"Serius?!" Diya menyoal teruja. Badannya dipusingkan menghadap si suami.
Adha mengangguk seraya tersenyum. Suka dia melihat kegembiraan pada wajah isterinya. Tiba-tiba isterinya menghulurkan senduk kepada dia.
"Huh? Kenapa bagi abang senduk ni?" Adha bingung namun tangannya tetap mengambil senduk yang dihulur oleh isterinya.
"Abang masak! Diya nak packing baju. Kita nak pergi honeymoon ke mana?" Diya membuka apron.
"Sayang nak suruh abang sambung masak ke?" Adha mengangkat kening.
Laju Diya mengangguk dengan mata bundarnya tepat melihat ke dalam anak mata Adha.
"Sayang, masaklah bagi habis dulu! Abang mana reti masak ni, sayang. Goreng telur ke ikan ke kucing ke, abang tahulah! Ni sayang masak apa ni? Abang tak pandai ni," kata Adha sambil menggaru kepala.
"Ohh! Bukan pergi sekarang eh? Diya ingat nak pergi sekarang," pantas Diya mengambil kembali senduk tadi daripada tangan suaminya.
"Excited betul sayang abang ni." Adha memeluk kembali pinggang isterinya. Dagu direhatkan di atas bahu Diya.
"Mestilah excited, abang! Abang tahu tak, masa abang pergi kerja lama-lama tu, Diya boring kat rumah. Tak tahu nak buat apa. Semua ceruk dalam rumah ni Diya dah kemas bersihkan, tapi Diya masih bosan." Diya membuat muncung itik.
"Sayang tak penat ke kemas rumah sendiri? Nak abang carikan pembantu? Rumah ni tak adalah besar mana, tapi agak besarlah juga kalau sayang mengemas sendiri,"
"Taknak! Biar Diya kemas sendiri,"
"Kenapa? Sayang tak percaya orang luar eh?" Adha menyoal.
"Haah! Tak percaya! Takut dia caras laki kita!"
Diya mengangkat senduk ke udara. Jelingan halus sempat dilemparkan pada sang suami.
"Tak ada siapalah nak caras laki sayang ni," ujar Adha.
"Abang mana tahu?"
"Sebab tak ada pun yang try ngorat abang." Adha berkata selamba.
"Amboi! Kalau ada, abang sukalah?!" Diya memicingkan mata.
"T-tak! Abang tak cakap gitu pun! Sayang ni! Kalau ada pun, hati abang ni dah dicuri oleh sayang. So, mata abang cuma nampak sayang abang ni je." Adha mengucup kiri dan kanan pipi Diya. Namun muka isterinya itu masih cemberut.
"Kamu jangan ya, Ryan Adha!" Diya memberi amaran.
"Sayang, kita pergi Swiss tau!"
Adha cuba mengubah topik. Takut melihat muka si isteri yang hampir berubah menjadi muka singa. Singa tapi comel!
"Yeke? Sekarang sana summer kan?" Adha mengangguk.
"Flight kita lusa pagi. Papa sponsor," ujar Adha lagi.
"Yeke? Baiknya papa! Terima kasih, papa!" Ucap Diya walaupun bapa mertuanya itu tiada di situ.
"Ohh! Berapa hari kita pergi, abang?" soal Diya.
YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)
Romance𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐇𝐀 𝐱 𝐃𝐈𝐘𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 ~𝑯𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒅𝒊𝒂 𝒑𝒆𝒎𝒊𝒍𝒊𝒌 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒊𝒏𝒊. 𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒅𝒊𝒂, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒌𝒐𝒔𝒐𝒏𝒈𝒍𝒂𝒉 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒊𝒏𝒊~