Inspektor Izzat melangkah mendapatkan Adha yang sedang menunggunya sambil bersandar pada badan kereta. Jelas kelihatan pada wajah lelaki itu kebimbangan terhadap sang isteri.
"Adha," dia menepuk bahu lelaki itu.
"Izzat, how?"
Adha menyoal dengan penuh harapan. Berharap agar ada berita baik yang dibawa oleh lelaki itu.
"Nama mamat tu Nadhir. Dia seludup senjata api, bahan pemusnah like bombs and etc, and involves in human trafficking."
Inspektor Izzat memberitahu segala maklumat tentang lelaki itu yang dipercayai telah menculik isterinya.
"Nadhir?"
Adha menyoal namun soalan itu lebih dituju kepada dirinya sendiri. Nama itu sepertinya pernah didengar, namun dia tidak dapat mengingatnya buat masa ini.
"Yup, Nadhir! Dia ada adik. Kau pernah involved in mission selamatkan mangsa-mangsa tawanan dia ke? Sebab adik dia, Noah mati masa kena ambush."
Nadhir? Ya! Dia sudah ingat.
"Dulu aku ada operasi selamatkan mangsa pemerdagangan manusia kat perairan Sabah-Filipina. Aku memang ada dengar nama dia disebut oleh seseorang. So, lelaki itu adik dia?" Adha berkira-kira sendiri.
"Maybe. Don't worry! Aku dah arrange special forces team untuk backup kita. They're getting ready right now!"
"Thanks, Izzat! Tapi apa-apa pun, kau tahu kan? The priority is my wife. Nyawa dia nombor satu," ujar Adha dengan penuh pengharapan.
"Jangan risau, kawan! Kita akan bawa balik isteri kau safe and sound!" Bahu Adha ditepuk perlahan oleh Inspektor Izzat.
Usai Inspektor Izzat berbicara bersama anak buahnya, dia dan Adha menaiki sebuah helikopter dan bergerak menuju ke lokasi keberadaan Diya yang berada hampir dengan sempadan yang memisahkan negara sendiri dan negara jiran.
Tiba di suatu lokasi, mereka menaiki kereta pula. Adha tidak putus-putus memanjatkan doa dalam hati agar isterinya selamat dan dilindungi oleh Allah.
Buzz! Buzz!
"Hello?"
Cepat saja Adha menjawab panggilan tersebut tatkala tulisan 'PRIVATE NUMBER' tertera pada skrin.
"Abang!"
"Sayang! Sayang okey? Anak kita okey? Sayang ada sakit kat mana-mana tak? Dia ada buat apa-apa kat sayang tak?" Bertubi-tubi soalan yang ditanya tatkala mendengar suara si isteri di corong telefon.
"Diya okey, abang. Abang kat mana?"
Adha menghembuskan nafas lega sebelum berkata, "Abang on the way nak ambil sayang. Sayang tunggu abang, ya! Lagi sikit je abang dah nak sampai!"
"Abang dah nak sampai?"
"Ya, sayang. Sayang tunggu. Lagi sikit je abang dah nak sampai kat sayang."
"Diya nak Cadbury."
"Huh? Cadbury?"
Kening Adha bertaut. Inspektor Izzat yang sedang memandu juga menoleh ke arah Adha apabila mendengar ayat itu.
"Hm, Diya teringin nak makan Cadbury. Diya suruh encik ni belikan tapi dia suruh kirim dekat abang je."
Adha memejamkan mata. Nafas dihela. Dalam keadaan begini pun, isterinya itu masih sempat fikir pasal coklat Cadbury! Pelipis diurut perlahan.
YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)
Romance𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐇𝐀 𝐱 𝐃𝐈𝐘𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 ~𝑯𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒅𝒊𝒂 𝒑𝒆𝒎𝒊𝒍𝒊𝒌 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒊𝒏𝒊. 𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒅𝒊𝒂, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒌𝒐𝒔𝒐𝒏𝒈𝒍𝒂𝒉 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒊𝒏𝒊~