Kaki dan tangan Insyirah terawang-awang di udara, cuba menarik perhatian mamanya. Senyuman terbit dari bibir si kecil.
"Dia senyum macam abahlah, anak mama ni."
Diya mencuit hidung anaknya. Semakin suka si kecil tersenyum walau tidak mengerti. Wajah anaknya ditatap lama bersilih ganti dengan potret Adha.
"Abang, Syirah ikut muka abang. Sebiji tau, abang! Hidung, mulut, mata. Semua sama. Betul-betul anak abah ni!"
Diya tertawa halus. Dia berbicara seolah-olah Adha berada di depannya saat ini.
"Kacang gajus abang sekarang ni dah pandai nak minta dukung je. Murah dengan senyuman pula tu. Senyum dia sama macam abang. Yelah, anak abah, kan? Semua copy paste abah dia! Takde satu pun ikut sayang," tercebik bibirnya.
"Tapi, sayang okey je. At least, kalau sayang rindu abang sayang boleh tengok muka dia. Kan, abang?" Diya mengukir senyum ke arah potret di dinding.
"Are you happy there, husband? Sayang happy je kat sini, abang. Sayang rindu abang. Tapi sayang dah tak nangis macam dulu. Sayang ingat pesan abang. Dah lama kan sayang tak datang tengok rumah abang? Nanti kacang gajus abang dah besar sikit, sayang bawa dia melawat rumah abang nanti, okey?"
"Insya-Allah, sayang akan pastikan dia kenal abah dia. Abah dia yang terlalu sayangkan dia dengan mama dia. We love you, abah!"
Terimbau kembali saat indah bersama sang suami suatu ketika dulu.
"Sayang, dah makan belum? Jom, makan dulu! Abang ada belikan kek yang sayang nak tu." Adha memeluk isterinya yang sedang memasak. Dagu dipaut pada bahu si isteri.
"Sekejap, abang. Diya tengah masak lauk untuk abang."
"Masak apa tu? Ketam?" Adha menjengahkan sedikit kepala ke dalam periuk.
"Hm, semalam kan abang cakap nak makan ketam." Diya memasukkan dua ekor ketam ke dalam periuk.
"Dua ekor ni untuk abang. Kejap lagi makan bagi habis!" sambung Diya.
"Thank you, my heart!"
Dicium sekilas pipi si isteri. Tangan mengusap-usap perlahan perut isterinya yang sudah besar.
"Assalamualaikum Diya Insyirah, anak abah. Kejap je ya anak abah dah besar. Dulu macam kacang gajus, sekarang dah nampak bentuk orang. Baru semalam abah dapat tengok tangan dengan kaki anak abah ni tau." Adha berbicara dengan anak dalam kandungan.
Diya tertawa halus mendengar kata-kata suaminya. Memang itulah rutin suaminya setiap hari selepas pulang kerja. Pasti akan mencarinya dan membelai manja si kecil yang belum lahir lagi ke dunia. Malam sebelum tidur pula, pasti akan ada bacaan surah-surah pendek untuk anak yang masih dalam kandungannya.
"Kacang gajus abah buat apa tu? Kacang gajus kacau mama tak harini?" Adha melekapkan telinganya ke perut Diya.
"Harini kacang gajus abang behave baik sangat. Tak kacau Diya pun," jawab Diya.
"Yeke? Baiknya kacang gajus abah ni!" Dicium sekilas perut Diya.
"Sekarang kacang gajus abang dah nak masuk lima bulan hidup di atas dunia ni. Kalau abang ada, mesti hidup kita bahagia. Kan, sayang?" Diya mencuit bibir mungil si kecil.
Sambil-sambil itu, baju si kecil dilipat dan disusun ke dalam tempatnya. Mata tertancap pada sehelai gown berwarna biru putih.
"Sayang! Tengok ni, cantiknya baju ni! Macam Elsa!"
YOU ARE READING
𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐧𝐝𝐚𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 (𝐂)
Romance𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐇𝐀 𝐱 𝐃𝐈𝐘𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐀𝐈𝐊𝐇𝐀 ~𝑯𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒅𝒊𝒂 𝒑𝒆𝒎𝒊𝒍𝒊𝒌 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒊𝒏𝒊. 𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒅𝒊𝒂, 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒌𝒐𝒔𝒐𝒏𝒈𝒍𝒂𝒉 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒊𝒏𝒊~