Perkebumian Luhan sudah selesai. Sungguh cepat sekali segala proses itu dijalankan dan tanpa sedar, majlis perkahwinan Luhan bersama Jin Hye pula akan berlangsunh dalam 2 jam lagi. Memandangkan perkahwinan mereka berlangsung tengahari, jadi Luhan dikebumikan pagi itu juga tanpa pengetahuan para tetamu yang hadir. Kini, Jin Hye, Puan Seo, Encik Seo bersama dengan keluarga Luhan. Berbincang tentang majlis.
"Kita nak teruskan ke majlis ni? Jin Hye?" Encik Seo Kang Jun, selaku ayah kepada Jin Hye bersuara. Jin Hye yang sudah tiada air mata untuk menangis hanya kaku. Suara pun dah tak boleh nak keluar. Pilu sungguh hatinya hendak menerima berita yang sangat menyakitkan ini.
Puan Kim Juna, ibu Luhan mengeluh pendek. Perlahan bahu bakal menantunya itu digosok perlahan. Dia juga turut sedih. Dialah ibu, yang mengandungkan Luhan 9 bulan 10 hari. Dialah yang melahirkan. Apabila tiba untuk melihat wajah si anak sulung bercahaya mahu menjadi suami, ini pula jadinya. Apa yang dia mampu lakukan lagi, reda sahaja yang dia mampu.
"Apa pun yang terjadi, kita kena teruskan juga majlis ni." Kata Encik Seo Kang Jun. Nadanya seakan-akan memberikan satu kata putus kepada semua yang ada di dalam sebuah bilik yang ada di hotel ini, tempat Jin Hye akan menikah.
"Appa nak Jin kahwin dengan siapa?! Kahwin sorang-sorang?! Jin tak mahu!" Jin Hye menegah tegas. Kata-kata ayahnya seperti mengunyah kacang. Dia yang rasa, takkan dia nak tanggung benda lain lagi?
"Sayang, ramai dah orang datang. Takkan nak biarkan orang macam tu?" Kata Puan Seo Dahye, memujuk. Jin Hye tetap menggeleng namun dalam masa yang sama dia memikir, adakah dia perlu meneruskan perkahwinan ini sahaja? Tetapi dengan siapa?! Itu sahaja masalahnya. Dia tahu, pasti kedua-dua belah pihak ini akan malu jika majlis dibatalkan. Mustahil hendak hebahkan tentang kematian Luhan. Puan Kim Juna dan Encik Kim Han Woo sendiri tidak mahu berita anak sulung mereka kemalanga dan meninggal dunia dihebahkan. Tidak kuat rasanya hendak menghadapi dugaan ini. Sebab itu mereka suami isteri mengambil keputusan itu.
"Nak Jin kahwin dengan siapa? Hantu?!"
Encik Seo Kang Jun, Puan Seo Dahye, Encik Kim Han Woo dan Puan Kim Juna mula kebuntuan. Mereka berempat mesti selamatkan majlis ini walau apa pun yang terjadi. Tiba-tiba, Puan Kim Dahye memetik jarinya, mengundang perhatian yang lain.
"Saya tahu cara dia."
"Apa?"
Bersambung...
YOU ARE READING
[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-
Fanfiction"Luhan! Kenapa awak pergi tinggalkan saya pada hari majlis bersejarah kita?! Saya tak mampu hadapi dugaan ni seorang diri..." -Seo Jin Hye- "Disebabkan kau, aku kehilangan abang aku. Aku yang tak terlibat dalam hal ni, boleh terjebak sekali. This is...