Nafas panjang dikeluh. Jin Hye menyandarkan tubuhnya ke sofa apabila perutnya rasa tidak selesa. Seakan ada belon yang merayap di sekitar perutnya yang sudah mula kelihatan itu. Duduk tidak senang, berdiri tidak selesa. Lagikan baring. Sepanjang dia mengandung, tiada pula alahan yang teruk menimpanya. Tetapi hari ini, kandungannya pula yang tidak selesa.
"Jin Hye!" Jerit Haneul dari tingkat atas. Jin Hye mendongakkan kepalanya lantas memandang ke atas untuk melihat Haneul.
"Apa?"
"Aku nak keluar ni. Kau nak pesan apa-apa tak?" Haneul menanya. Jin Hye memejamkan mata sebentar seraya menggeleng.
"Kau morning sickness ke? Pucat je aku tengok." Haneul menanya lagi tanda risau. Sebulan lebih mereka satu rumah. Lama-kelamaan, Haneul mula faham akan situasi yang dihadapi Jin Hye. Meskipun tidak percaya, tetapi dia harus percaya kerana ini adalah hakikat. Dugaan yang terpaksa di hadapi oleh Jin Hye.
"Tak adalah. Aku tak selesa. Macam ada bubble dalam perut." Adunya. Mata tetap terpejam. Mengantuk itu tidak tetapi dia mahu memejamkan mata.
"Ohh... normallah tu kut. Entahlah, Jin Hye. Aku pun tak tahulah macam mana. Tapi hari ni kau kena buat first check up kan? Nak pergi pukul berapa?" Soal Haneul yang sudah pun berada di bawah dan mendekati Jin Hye di ruang tamu.
"Entahlah. Aku tak tahu." Jin Hye menjawab ala kadar. Dia langsung tidak bersemangat hendak membuat pemeriksaan bulanan pertama ini jika tiada Sehun di sisi. Terasa hidupnya langsung tidak sempurna jika berada di klinik. Sedangkan ramai ibu mengandung yang lain datang untuk memeriksa kandungan bersama pasangan mereka tetapi dia? Bersendirian. Ini yang dia takutkan sejak dari awal. Bagaimana dia mahu menempuh 9 bulan dan 9 kali pemeriksaan dalam tempoh dia mengandung nanti?
"Aik? Apa pula tak tahunya?" Haneul menggaru kepala yang tidak gatal.
"Aku tak ada semangatlah. Tengoklah macam mana nanti. Aku tak tahu nak bawa siapa temankan aku ke sana. Kau nak keluar, Jaerin dengan Yura ada class." Jelas sekali keluhan itu terlepas.
Haneul memandang Jin Hye. Simpati sungguh dia terhadap rakannya ini tetapi apakan daya. Dia hanya mampu melakukan sesuatu yang setanding dengan kemampuannya. Hanya setakat ini sahaja dia dapat mengerah tenaga buat Jin Hye. Dia terpaksa.
"Emm kejap-kejap. Kau boleh minta tolong kawan Sehun temankan, kan? Call lah dia. Maybe diorang bol..."
"Aku tak nak ada sesiapa tahu yang aku tak jauh dari Sehun. Tak nak..." tergeleng-geleng kepala Jin Hye dibuatnya. Dia cuba menegakkan badan tetapi pinggangnya pula sakit. Tubuhnya yang kecil itu menyebabkan segala urat saraf di tubuhnya sakit. Bayangkan, dalam usia 19 tahun dia mengandungkan anak kepada suaminya. Walaupun sakit, penat ke sana ke mari, dia tetap mampu menampung berat janin itu.
"Habis tu macam mana? Kalau kau nak aku temankan, boleh juga."
"Eh tak payah! Biar aku pergi sorang je nanti. Kau pergilah keluar. Nanti lambat."
"Aku risaukan kau, Jin Hye..." Haneul menyentuh tangan Jin Hye perlahan.
"Haihh.. tak payah kesiankan akulah. Aku okey. Boleh je pergi sendiri. Kau pergi eh? Nanti kalau ada apa-apa, aku call kau. Okey?" Jin Hye menggosok bahu Haneul perlahan tanda menyuruh gadis itu tidak perlu merisaukan tentang keadaannya ini. Haneul mengalah. Dia bimbang. Terlalu bimbang jika ada apa-apa yang berlaku ke atas gadis ini. Tubuh Jin Hye yang kecil dan perutnya yang kelihatan menonjol walaupun dalam usia 2 bulan, membuatkan Haneul risau. Itu belum lagi jika dia sudah betul-betul sarat. Entah bagaimana agaknya.
"Okey. Betul ni tak nak aku temankan?" Haneul menanya buat kali yang terakhir dan dijawab dengan anggukan Jin Hye.
"Okey, aku pergi dulu. Bye..."
YOU ARE READING
[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-
Fanfiction"Luhan! Kenapa awak pergi tinggalkan saya pada hari majlis bersejarah kita?! Saya tak mampu hadapi dugaan ni seorang diri..." -Seo Jin Hye- "Disebabkan kau, aku kehilangan abang aku. Aku yang tak terlibat dalam hal ni, boleh terjebak sekali. This is...