"Kau nak apa perempuan?! Hei kau faham tak, aku dah penatlah nak melayan kau! Kau nak apa sebenarnya?! Aku ni letih tahu tak?! Sejak dari dulu lagi aku penat! Letih melayan kau! Aku pura-pura je cintakan kau dulu! Kau tu je yang terhegeh-hegeh dekat aku. Hei dahlah... aku dah tak ada masa lagi nak tengok muka kau tu. Tolong pergi dari hidup aku dan jangan call aku lagi! Aku dah bahagia dengan orang lain! I don't need you as my love!!!" Terduduk dia dibuatnya tatkala mendengar Sehun mengherdiknya di dalam talian sebelum talian dimatikan. Matanya mulai penuh dengan cecair hangat yang bila-bila masa sahaja bakal tumpah yang menandakan dia sedang kecewa. Kecewa yang teramat sangat. Kesedihannya bagai tiada bendungan. Dia terlalu sedih mendengar Sehun mengucapkan ayat-ayat tersebut. Cara dia melempiaskan amarah, dia dapat mengenal pasti yang Sehun.. membencinya.
"Saya tak sangka awak berubah macam ni. Betul ke, Sehun?" Menangis dia sendirian di dalam bilik. Kini, perasaannya hendak meninggalkan Sehun sendirian semakin berkobar. Dia tidak betah di sini lama-lama. Orang sudah tidak mahu, apakan daya dia mahu terhegeh kembali?
Jam dipandang. 5 petang. Sehun pulang lewat malam ini dan ini adalah peluangnya itu pergi. Pergi dari hidup Sehun. Tetapi hatinya tetap cinta. Tetap sayang. Bagaimana dia mahu mengundur diri? Sedangkan hati dan perasaan terlonjak-lonjak mahu tetap di sini? Jin Hye buntu.
"Kalau betul awak dah ada yang lain, saya undur diri." Sekali lagi Jin Hye menangis. Tidak boleh berhenti rasanya.
"Aku kena kuat. Ya, aku kena kuat. Jin Hye, tenang." Dia bercakap dengan diri sendiri supaya bertenang tetapi hampa juga. Dia tidak mampu hendak menenangkan diri sendiri. Terlalu sukar. Sambil mengelap air mata yang sudah lencun mengena pada wajah, Jin Hye bangun. Terketar-ketar lututnya hendak berdiri. Dia terlalu kecewa. Dia terlalu sedih dan marah. Dia langsung tidak sangka, cintanya untuk lelaki yang bergelar suami yang sah untuknya itu dibuang begitu sahaja. Adakah selama ini Sehun hanya berpura-pura? Tetapi jika begitu, anak di dalam kandungannya? Jika Sehun hanya berpura-pura, anak yang berada di perutnya tidak akan terhasil. Tidak. Benda itu tidak akan berlaku tanpa cinta. Melainkan nafsu tetapi.... ah! Dia pening. Dia buntu.
Jin Hye mencapai bagasi miliknya lalu dihamparkan di atas katil. Lemah kakinya menapak ke almari dengan tangisan yang masih bergema. Sehelai demi sehelai baju ditarik dan dihumban ke dalam bagasi. Setiap sehelai baju dia sentuh, air matanya menitis laju. Terhingut-hingut bahunya menangis. Terasa sakit seluruh badan disebabkan menangis.
Bagasi penuh. Jin Hye segera menekan isi perut bagasi dan dizip. Tidak sangka, hari ini merupakan hari perpisahannya bersama Sehun. Dia perlu beredar sebelum Sehun pulang. Dia tidak rela bergelut dengan Sehun lagi di rumah ini.
"Arghh!! Sehun!! Arghhh!!!" Dia menangis. Menjerit dia dibuatnya kerana terlalu sedih. Terduduk dia dibirai katil sambil tangan menahan dinding. Tubuhnya kini benar-benar di dalam keadaan yang lemah.Terlalu lemah. Bergeletar satu badan dibuatnya. Matanya meliar melihat segenap ruang bilik ini. Bilik yang telah dihuni olehnya dan Sehun bersama. Terbayang matanya melihat raut wajah Sehun di sini tetapi tidak lama selepas itu, hilang. Sungguh dia benar-benar terkilan, tetapi dia tetap cinta. Cintanya sukar untuk dihilangkan.
Masa pantas berjalan. Dia perlu beredar sekarang. Dia kembali berdiri. Tetapi bukan keluar dari bilik, dia menuju ke bakul yang terisi pakaian kotor Sehun. Dicapai sehelai baju kemeja dan sehelai baju T milik lelaki itu yang masih belum dicuci. Terketar-ketar tangan menghalakan baju menuju ke wajahnya. Lalu, baju-baju itu disembamkan ke wajahnya. Dia menangis. Rindu. Dia rindu suaminya. Belum lagi dia melangkah, dia sudah menangis. Perlu ke dia bawa baju ini bersama? Tidak. Dia kembali meletakkan baju itu semula ke bakul. Tidak sanggup rasanya hendak berlama-lama.
Jin Hye kembali semula ke tempatnya berdiri tadi. Bagasi dibawa turun dari katil dan penarik ditarik. Dia teringatkan sesuatu. Segera dia mencapai pen dan nota kecil yang berada di atas meja solek. Punggung dilabuhkan sebentar di atas kerusi dan dia menulis sedikit nota kecil buat si suami.
Hai, sayang. Terima kasih kerana menjadi seorang suami yang baik kepada saya. Walaupun tak lama, tapi saya faham, awak dah tak perlukan saya lagi dan sekarang, saya sedia mengundur diri. Sebenarnya saya ada tujuan yang lain, tapi hari ni, ada benda lain yang terpaksa saya dahulukan. Memang saya kecewa bila awak angkat call saya, marah-marah. Saya call awak, nak ajak awak makan sama-sama. Saya tahu awak balik lambat. Ingatkan nak spent time sama-sama sebab bila awak balik nanti, mesti saya dah tidur. Tapi... benda lain pula yang jadi.
Oh Sehun, kalau betul awak dah tak perlukan saya dalam hidup awak lagi, saya mohon, izinkan saya untuk terus mencintai awak walaupun dari jauh. Sumpah, awaklah lelaki yang berjaya buat saya bahagia lepas abang awak, dan ayah saya. Saya gembira jadi isteri awak dan saya seronok ada suami macam awak, sayang. Hyeri.. awak cintakan dia kan? Dia atau sesiapa sekali pun, saya harap boleh jadi pengganti saya. Saya hanya mampu memerhatikan awak dari jauh je.
Sehun, kita sampai di sini. Saya terpaksa pergi. Kalau boleh, saya tak nak perkahwinan ni terhenti di sini. Saya nak teruskan dan besarkan anak kita sama-sama. Tapi.. kalau awak ambil keputusan untuk kita berpisah secara rasmi, saya tak boleh nak menghalang. Semuanya terpulang kepada awak. Saya hanya ikut dan turut je.
Saya cintakan awak, Sehun. Sangat cintakan awak. Kalau ikutkan hati, saya tak nak pergi tapi saya kena pergi. Saya terpaksa. Kalau ada rezeki, kita boleh jumpa tapi... saya tak rasa awak nak jumpa saya. Cukuplah saya cuma tengok awak dari jauh je. Tu dah cukup memadai.
Jaga diri ya? Jaga makan pakai awak sebab lepas ni saya dah tak ada. Kalau nak makan, kat dalam peti ais ada makanan sikit. Panaskan dulu sebelum makan. Kalau sejuk, tak sihat untuk badan. Baju.. sorry saya tak sempat cuci. Ada banyak lagi dalam almari yang dah siap iron. Tinggal pakai je. Terima kasih, Oh Sehun. Terima kasih sangat-sangat. Saya pergi dulu. Take care, sayang. Love... ❤
Your wife (Ex wife), Jin Hye
Jatuh air mata Jin Hye. Tidak henti-henti. Deras. Hatinya sangat berat hendak meninggalkan Sehun. Tetapi demi kebahagian lelaki itu bersama Hyeri atau dengan orang lain sekalipun, dia undur diri. Dia sangat cintakan Sehun dan mahukan lelaki itu bahagia bersama dengan orang yang betul-betul lelaki itu cintai.
Jin Hye mengoyakkan kertas yang terdapat notanya itu. Lalu dilekatkan pada cermin meja solek. Sempat matanya memandang gambar perkahwinan mereka yang masih lagi tegak berdiri di atas meja. Tetapi malangnya, tangannya gatal menjatuhkan gambar itu daripada terus berdiri. Bagaikan itu adalah tanda bahawa... Jin Hye dan Sehun bakal berpisah sebentar sahaja lagi.
"Selamat tinggal..." Jin Hye menekup wajah dengan tangan lalu keluar dari bilik. Tangan perlahan-lahan menyentuh tombol pintu lantas ditarik daunnya untuk dirapatkan. Jin Hye memusingkan tubuh memandang ruang tamu. Sekali lagi air matanya jatuh. Dia tidak mahu melihat. Terlalu hiba.
'Jin Hye... sudah tiba masanya...'
Ya, masanya sudah tiba. Saat terlangkah sahaja kaki keluar dari rumah ini, bermakna dia sudah meninggalkan Sehun. Pintu dirapatkan dan dikunci. Kunci rumah pendua yang Sehun berikan kepadanya selama ini, disorokkan ke dalam pasu bunga. Jin Hye memegang gril pintu. Sukar betul dia mahu melepaskan.
'Selamat tinggal, Sehun. Jaga diri awak...'
Bersambung...
Macam tak suspen je saya buat kali ni! T_T. Saya tak nangis pun masa taip. Tapi saya dah terlalu menangissssss. Tapi kenapa macam tak naik je ni? Haihh xpa2. Harap kalian x serang saya. make sure tisu tu simpan. Lepas ni ada lagy sadih. Bukak lagu yang saya letak kat multimedia tu sambil baca ya? Kabyeeee
YOU ARE READING
[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-
Fanfiction"Luhan! Kenapa awak pergi tinggalkan saya pada hari majlis bersejarah kita?! Saya tak mampu hadapi dugaan ni seorang diri..." -Seo Jin Hye- "Disebabkan kau, aku kehilangan abang aku. Aku yang tak terlibat dalam hal ni, boleh terjebak sekali. This is...