♥ 34장 ♥

6.4K 563 37
                                    

Nafas ditarik dalam-dalam. Berdebar hendak berjumpa dengan Prof. Wang yang dikatakan oleh Jaerin, Yura dan Haneul tadi. Dia takut jika ada salah pada assigmentnya. Itu yang dia risaukan. 

"Tunggu aku tau.." pesan Jin Hye kepada tiga rakannya itu. Mereka mengangguk laju. 

"Dah-dah masuk. Nanti kita boleh cepat balik." Kata Jaerin sambil mendorong tubuh Jin Hye supaya masuk. Jin Hye angguk. Dia mengetuk pintu kayu yang kemas terukir itu. 

"Come in." Kedengaran suara serak-serak basah lelaki berketurunan darah kacukan China-Korea itu memberi kebenaran untuk masuk. Jin Hye segera memulas tombol pintu bilik tersebut dan memboloskan dirinya ke dalam ruangan bilik ini.

"Emm... prof nak jumpa saya?"

Lelaki muda ini mengangkat wajahnya. Senyuman manis dilemparkan kepada Jin Hye. Jin Hye hanya membalas nipis. Tidak seria Prof Wang memberikan senyuman tadi. Nampak teruja dan... gatal? Kahkahkahh!

"Duduk, Seo Jin Hye." Arah Prof Wang. Jin Hye hanya menurut. Lelaki itu bangun dari tempat duduknya dan bergerak ke belakang Jin Hye. Jin Hye diam kaku. Tidak tahu hendak buat apa kerana takut dan gementar. 

 Klek. Pintu dikunci. Jin Hye menoleh.

"Kenapa prof kunci?"

"Tak ada apa-apa. Saja..." jawab Prof Wang dengan wajah selambanya. Seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Dia mengatur langkahnya menuju ke arah Jin Hye. Tangan memeluk tubuh.

"Prof nak bincang pasal apa? Saya nak kena cepat. Ada banyak benda saya nak kena settle hari ni." Bicaranya dengan lembut. Prof Wang diam. Jin Hye menanti kata-kata jawapan dari Prof Wang. Tiba-tiba, dia terasa ada tangan menyentuh bahu kanannya.

"Prof... kenapa..."

"Ini bilik saya. Saya boleh buat apa je yang saya suka, termasuk awak." Bisik Prof Wang menyebabkan bulu roma Jin Hye tiba-tiba tegak berdiri. Kenapa lelaki ini boleh begini pula? Ah, dia perlu keluar dari sini dengan segera. 

"Tolong hormat saya sebagai seorang student." Tegas sekali kata-katanya. Prof Wang ketawa kecil.

"Uishh, garangnya. Susahlah saya kalau awak garang sangat." 

Jin Hye menarik nafas panjang dan segera bangun. "Jangan cuba hilangkan kesabaran saya, prof. Prof nak cakap apa sebenarnya? Saya tak ada masa dan..."

"Duduk, Jin Hye. Tak perlu terburu-buru. Saya... masih nak bersama awak. Kalau awak kurang ajar dengan saya, first test awak, saya boleh bagi, zero. Faham?" Prof Wang mengugut pula menyebabkan Jin Hye terdiam seketika. Sudahlah bahunya ditolak supaya kembali duduk. Fikirnya tangan itu akan bergalih, rupanya tidak. Makin merayap ada.

"Saya sebenarnya... nak tanya awak sesuatu."

"Apa dia?" 

"Awak... dah kahwin?" Soal Prof Wang sambil mengusap-usap lembut leher Jin Hye menggunakan jarinya. Jin Hye semakin tidak selesa. Dia menggalihkan tubuhnya dengan laju menyebabkan Prof. Wang tersentak dengan tindakan tersebut.

"Saya kahwin, atau tidak, bukan ada masalah dengan prof. Saya nak keluar kalau dah tak ada apa-apa lagi."

"Tunggu!" Tangan Jin Hye direntap kasar menyebabkan tubuh itu agak terdorong ke arah lelaki tersebut dan segera pinggang Jin Hye dipautnya supaya lebih rapat.

"Prof! Apa yang prof buat ni?! Lepaskan saya!" Jin Hye menolak kuat tubuh Prof. Wang apabila lelaki itu mahu mengucup bibirnya. Memang dasar lelaki gila seks! Memang patutlah lelaki itu merenungnya atas bawah ketika mula-mula dia menuntut di universiti ini. Buaya darat! Gila!

[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-Where stories live. Discover now