"Eh, Jin Hye. Kau nak ke mana bawa beg besar-besar ni?" Tegur Haneul apabila melihat rakannya sibuk menarik dua bagasi bersaiz sederhana besar menuju ke pintu utama rumah mereka.
"Aku... nak ke luar negara. Tenangkan fikiran. Lagipun, aku dah lapor kat pengetua yang aku tangguhkan pelajaran sepanjang aku pregnant ni. Tak larat rasanya. Even baru, tapi dah rasa lain macam aje. Kebas-kebas kaki dah mula rasa." Kata Jin Hye lalu berdiri tegak. Penat membongkok. Dia pun hairan sebenarnya, mengapa kandungannya baru berusia dua bulan, tetapi dia sudah rasa keadaan seperti pertengahan bulan. Perutnya juga hampir kelihatan. Kata doktor, kandungannya sihat dan tubuhnya pula kecil. Sebab itu jadi begini.
"Eh, kau tak cakap kat aku pun. Jaerin dengan Yura pun tak tahu ni. Jin, janganlah tinggalkan kitorang." Haneul sudah mula menunjukkan riak sedihnya. Dia mendekati Jin Hye. Lalu belum sempat Jin Hye hendak berkata apa-apa, tubuhnya dipeluk erat oleh gadis tinggi lampai itu.
"Han, janganlah risau. Aku pergi tak lama. Bila anak aku dah lahir, aku baliklah sini balik. Jangan risaulah, aku pergi cuma ke Melbourne je. Tak jauh.." kata Jin Hye, seakan tiada perasaan. Semalam, balik sahaja dia dari menemui Sehun, dia terus menempah tiket penerbangan dan terus membuat tempahan hotel melalui Trivago yang sedang hangat beroperasi sekarang. Dia mengambil keputusan untuk berhijrah dan menenangkan fikirannya. Cuba melupakan Sehun yang semakin hari semakin kuat pula pada ingatannya.
"Melbourne?! Jauh tu! Bahayalah, Jin. Kau kan pregnant. Ibu mengandung yang baru-baru kandungannya tak digalakkan naik flightlah. Bahaya untuk kesihatan kau." Hampir terjerit suara Haneul ketika itu dibuatnya. Jin Hye menggeleng seraya tersenyum kecil.
"Haihh... tahulah aku macam mana dalam flight nanti. Jangan risau, Haneul. Flight aku pukul 12 ni. Aku kena cepat, nanti teksi dah sampai." Jin Hye melepaskan pelukannya pada tubuh Haneul. Dia menjarakkan tubuh beberapa tapak sahaja dari Haneul. Entah kenapa, sikit pun dia tidak rasa sedih. Menangis apatah lagi. Yang penting sekarang, dia mahu cepat-cepat melangkah pergi dari bumi Korea Selatan ini. Dia mahu meninggalkan Sehun buat sementara. Apabila lahir anak yang ada di dalam kandungannya ini, dia bakal kembali dan membawa anaknya itu berjumpa Sehun. Tidak kisahlah ketika itu apa yang hendak dikatakan oleh keluarga suaminya. Janji dia mahu anaknya tahu, Sehun ialah bapa kepada anaknya itu.
"Jin Hye..." Haneul memanggil. Air matanya sudah bergenang saat Jin Hye mahu melangkah keluar dari rumah ini. Disebabkan rasa kasihan melihat kawan baiknya itu, Jin Hye kembali masuk ke dalam rumah dan memeluk tubuh Haneul seerat yang mungkin.
"Kenapa tiba-tiba, Jin? Aku akan rindukan kau tau. Kau rindu aku ya?" Jin Hye ketawa mendengar ayat itu tetapi sikit pun tidak mengusik jiwa jiwang Haneul yang memang mudah melalak ini.
"Aku bukan pergi lama pun. Nanti bila tiba masa aku baliklah. Dahlah tu, jangan nangis. Aku yang nak pergi pun taklah menangis mana." Kata Jin Hye dengan sisa ketawanya yang masih ada. Pelukan dileraikan. Dia memandang anak mata Haneul dalam-dalam.
"Kalau ada antara ahli keluarga suami aku datang sini, cari aku, jangan cakap aku ke Melbourne tau. Jangan sesekali cakap! Cakap je, yang aku... pergi jauh. Faham?"
"Tapi kenapa?"
"Haneul, please. Anggaplah ni permintaan terakhir aku sebelum pergi. Okey?"
Haneul tiada kuasa hendak menggeleng lantas dia mengangguk. Jin Hye senyum lagi. Dia kembali ke muka pintu. Bagasi ditarik.
"Jaga diri!" Jerit Haneul apabila Jin Hye sudah tiba di pintu pagar. Jin Hye memandang rakan baiknya itu dari jauh.
"Okey. Kau pun!" Jin Hye membalas. Dia menarik nafas panjang. Kemudian dia melepaskannya dengan berat sekali. Ya, berat untuk dia meninggalkan rumah ini, dan paling dia rasa sedih apabila hendak meninggalkan Sehun sendirian di bumi Korea ini. Tanpa khabar, tanpa berita dia pergi. Dia pasti, selepas lelaki itu kembali pulih, pasti lelaki itu akan membencinya dan... mungkin juga menghantar surat penceraian. Ah! Dia tidak sanggup. Dia terlalu sayangkan Sehun. Sangat cintakan lelaki itu. Tiada tolak bandingnya lagi.
YOU ARE READING
[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-
Fanfiction"Luhan! Kenapa awak pergi tinggalkan saya pada hari majlis bersejarah kita?! Saya tak mampu hadapi dugaan ni seorang diri..." -Seo Jin Hye- "Disebabkan kau, aku kehilangan abang aku. Aku yang tak terlibat dalam hal ni, boleh terjebak sekali. This is...