♥ 10장 ♥

9.2K 810 41
                                    

Tersentak Jin Hye apabila telinganya terdengar bunyi hempasan pintu. Fokusnya pada televisyen serta-merta 'lari' lintang-pukang. Kepalanya ditolehkan ke arah Sehun yang kelihatan sedikit serabut itu. Seperti biasa, walaupun mereka satu rumah, tetapi tidak pernah langsung bertegur. Jin Hye nak mulakan dulu? Hmm... bila perlu ajelah. Itu pun nak tak nak je Sehun menjawab. Hati Jin Hye sudah tiada darah hendak keluar. Pucat, layu. Itu je yang menghiasi hatinya sekarang.

Bertih jagung yang menjadi santapan sambilannya dimasukkan ke dalam mulut. Keluhan berat dilepaskan. Bosan. Cerita yang sedang ditayangkan ini bosan sungguh sehingga berjaya membuat dia menguap. Hendak tidur? Rasa awal sangat. Jadi, dia bangkit untuk menuju ke biliknya. Pendrive yang berada di atas meja solek dicapai lalu dibawa keluar. Ketika dia melangkah keluar, hampir sahaja dia merempuh Sehun yang melewati biliknya. Terkejut juga dia.

"Kau ni! Kalau terlanggar aku tadi, aishhh!!!" Marah Sehun dengan wajahnya yang masam. Lumrah, Jin Hye diam. Dah tak ada perasaan hendak membuka mulut atau membalas kata Sehun. Setelah mendapat jelingan maut, dia berlalu semula ke ruang tamu.

"TV tu kalau tak nak tengok, tutup. Jangan nak membazir. Yang bayar bil tu aku. Bukan kau. Jangan nak membazir." Bebel Sehun sebelum menutup pintu biliknya. Jin Hye mengeluh kesah. Kadang-kala menggerutu juga hati merungut dengan Sehun. Tetapi apakan daya. Di hati, mampulah dia mengutuk. Di luar hati? Silap-silap dia dah tak ada dah di sini. 

Pendrive di cucuk di televisyen sebelum mencapai alat kawalan jauh dah melabuhkan punggungnya di atas sofa. Mujur ada filem-filem yang terkumpul di pendrivenya itu. Tertarik matanya untuk menonton filem Death Bell, filem seram. Sesekali realesed tention dengan filem seram. Jerit-jerit sikit kan? Hahaha. 

"Jin Hye..." Sehun menyeru namanya. Jin Hye menoleh. Sehun baru selesai mandi dan hanya mengenakan... seluar pendek sahaja? Maigosss!!!

"Ya?" 

"Minggu depan... kau free tak?" Soal Sehun dengan suara yang separuh dingin, separuh lembut. Tetapi bagi Jin Hye, ianya masih lagi berdingin. 

"Emm... tak,"

"Tak kenapa?"

"Ada... ada hal."

Sehun menghempaskan tubuh di sebelah Jin Hye. Filem yang sedang berjalan ditenung dengan sedikit khusyuk.

"Batalkan hal tu..." katanya lalu mencapai mug milik Jin Hye di atas meja lalu dibawa ke bibir. Jin Hye punya ternganga. "Air saya..."

Hampir tersembur air yang ditelan Sehun tadi apabila Jin Hye menarik mug yang berada di tangan jejaka itu. "Kau ni kenapa?! Suka hati akulah. Air kau, air aku juga. Sibuk je..." 

Pegangan Jin Hye terlepas. Pulak dah...

"Hmm... pasal hal tadi tu. Kenapa awak tanya?" Dia memusingkan sedikit tubuh ke kiri untuk melihat lelaki itu di sebelahnya. Terbantut juga niat Jin Hye hendak menonton filem Death Bell ini. Ada pula 'penyoal' datang.

Sehun menjilat bibirnya yang basah. Sengaja buat aksi 'panas' di hadapan isteri sendiri. Jin Hye pula memandang dengan kedutan di dahi. 'Dah kenapa?' Tergerak hati menyoal ayat sebegitu rupa.

"Aku nak kau... ikut aku. Shopping." 

"Hah?!" Terlopong dia dibuatnya. Apa dia mimpi apa? Pipi ditampar-tampar perlahan. Sehun yang melihat isterinya begitu mengerutkan dahi. 

"Hoi! Kau kenapa? Dengar aku cakap elok-elok boleh tak? Jangan nak rosakkan mood  aku." Marah Sehun. Jin Hye menunduk, gerun.

"Bila... nak pergi?"

"Minggu depan kan aku kata tadi. Itulah kau, tak fokus aku cakap. Haishh..." Sehun menggeleng kecil. Dia menonton televisyen.

"Tengoklah macam mana nan..."

"No excuse..."

"Arghhh!!!!" Jin Hye menjerit nyaring lalu tanpa sempat Sehun memarahi gadis itu, tubuhnya dipeluk oleh Jin Hye yang separuh menggigil. Sehun terkebil-kebil campur terkejut dengan tindakan Jin Hye itu. Punyalah sejuk tangan gadis itu menyentuh kulitnya dan... yang paling mengejutkan, tangan itu berlabuh di dada kananya. Berdebar hati, Tuhan jelah yang tahu.

"Haishhh!!! Kau ni! Konon nak tengok cerita seram, tapi jerit juga. Urghh!! Tepi!" Sehun menolak tubuh Jin Hye ketepi. Dia segera ke bilik dan bunyi dentuman pintu berbunyi.

Turun naik nafas Jin Hye dibuatnya. Takut? Gila tak takut? Berdebar? Huiishhh, mampus agaknya. Dia berdebar kerana dia terpeluk Sehun dan meletakkan telapak tangannya pada dada lelaki itu. Sudahlah Sehun tidak berbaju!!! Arghh!!! Malunya!

"Gila kau Jin Hye! Gila! Gila! Gila!" Kepala diketuk-ketuk dengan tangan sendiri. Rambut dikusutkan sebelum mata beralih pada televisyen. Pada masa yang sama pula, babak-babak hantu menyergah keluar. Berderau darah Jin Hye sekali lagi. 

"Apalah nasib aku hari ni." Jin Hye menyandarkan tubuh. Keluhan, keluhan dan keluhan.


Bersambung...

Maaf pendek. Sekadar mengisi masa malam-malam ni. Tak ada benda nak dibuat. Untuk semua orang tahu, FF ni pendek je sebenarnya. Taklah panjang mana macam IAROL. Lagipun kena settle ini dulu sebelum official comeback saya publish. Harap semua suka dengan official comback nanti ya? Haha. Ok bye


[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-Where stories live. Discover now