♥ 37장 ♥

6.8K 538 9
                                    

Tajam matanya menikam melihat susuk tubuh yang keluar dari kenderaan yang dipandu oleh seorang lelaki itu. Matanya mengecil saat melihat seorang gadis yang diidam-idamkan sejak gadis itu menuntut pelajaran di sini keluar dari kereta tersebut. Sakit biji matanya melihat gadis itu dikucup oleh lelaki yang memandu kereta tersebut. Ikutkan hati, mahu sahaja dia menyerang hendap pasangan bahagia itu ke sana tetapi memikirkan reputasinya bakal terjejas, dia diam. Dia hanya memerhati dan terus memerhati sehingga gadis tersebut masuk ke dalam perut bangunan universiti ini.


**********


"Jaga diri, sayang..." Sehun memesan. Hari ini dia keluar kereta. Biasanya tidak. Keluar sahaja dia tadi, semua mata memandang. Terpegun katanya melihat Sehun berkemeja putih lengan panjang. Rambut blondenya itu pula disisir rapi. Menonjolkan kekacakan lelaki ini.

"Okey. You too..."

"And our baby..." sempat Sehun membisik romantik di telinga Jin Hye. Disentuh perlahan perut yang masih lagi tidak kelihatan itu di situ juga. Hampir terlupa sebenarnya yang dia dan Jin Hye sudah dikurniakan zuriat yang masih muda.

"Haip.. jangan kat sini. Public." Jin Hye menjauhkan dirinya dari Sehun. Mahu dia kena kecam nanti melihat aksi tempah bala mereka seperti tadi? 

"Okey, okey. Saya pergi dulu. Ya? Ingat, bila sampai rumah, call. Sorry sayang saya tak dapat nak jemput hari ni." Sehun meminta maaf. Beberapa langkah ke belakang dia sudah ambil. Tinggal masuk kereta sahaja.

"Okey. Saya okeylah. Cepat pergi kerja! Nanti jalan jammed." Kata Jin Hye. Sehun angguk. Sempat lelaki itu mengenyitkan matanya sebelum memboloskan diri ke dalam perut kereta. Laju kereta itu meluncur keluar dari kawasan universiti ini sambil diperhatikan oleh isteri tercinta.

"Ehem... hai, bahagia nampak?" Tegur Haneul apabila wajah rakan mereka, Jin Hye menghiasi mata. Lagi tadi dia, Jaerin dan Yura memerhati tindak-tanduk Jin Hye bersama Sehun. Langsung mereka tidak sangka bahawa mereka adalah suami isteri.

"Eh, bila sampai?" Jin Hye menegur. Dia menoleh ke belakang. Ketiga-tiga rakannya ada bersama. 

"Aik, dah ada suami kacak macam tu, takkan tak perasan kehadiran kawan tercinta kau ni?" Yura memerli sambil tersenyum. Dia hanya bergurau. Biasalah, kawankan?

"Korang kecil hati ke? Sorrylah... kan aku suruh cari jawapan sendiri. Sekarangkan dah tahu, so diam-diam. Jangan bising ya?" Lembut tutur kata Jin Hye untuk kawan-kawannya. Dia tidak mahu ada yang kecil hati kerana dia faham, tiga sekawan ini memang agak 'angau'kan Sehun. Setakat suka-suka gitu aje pun, takkan tak boleh?

"Haihh... nasib baiklah, dia tu husband kau. Kalau husband orang lain, tak tahulah aku gila macam mana. By the way, handsome gila kut. Aku tengok sorang kawan dia masa temankan kau kat hospital itu hari, fuhhh.. tergugat jiwa aku tengok. Dia memang dari golongan lelaki terkacak di negara ke apa?" Laju Jaerin menuturkan setiap ayatnya. Sambil berjalan beriringan, mereka berbual sakan. Kelas akaun akan bermula 15 minit lagi. Jadi masih ada beberapa minit lagi untuk mereka ber'lalala' di sini.

"Hahahaha... entahlah. Tapi apa yang aku tahu, kawan-kawan dia, memang handsome. Hot stuff jugalah kut..." hanya itu yang Jin Hye mampu katakan kerana memang rakan-rakan Sehun kacak-kacak. Tidak dinafikan langsung paras rupa mereka berada di tahap WOW.

"Jin Hye, tacklekan untuk aku. Yang... temankan husband kau time kat hospital itu hari." Jaerin sudah mula gedik sakan. Lengan Jin Hye dipeluknya lalu dijatuhkan kepala di atas bahu Jin Hye. Serupa pasangan songsang bercinta. Minta disimpangkan berpuluh-puluh simpang.

"Kau ni. Tackle sendiri! Nak suruh aku tacklekan? Memang taklah..." Jin Hye tergeleng-geleng kecil mendengar ayat Jaerin tersebut. Mereka tiba di sebuah meja batu bulat yang terdapat di taman bacaan ini. Tanpa menunggu lama, mereka berempat pun duduk di kerusi batu yang hanya cukup untuk mereka sahaja. 

"Alahh.. aku malulah..." Jaerin menggentel hujung rambut perangnya dengan hujung jari. Jin Hye seperti mahu tergelak melihat aksi gadis tersebut. Ada-ada sahaja.

"Jin Hye, macam mana erk kau dengan Sehun boleh kenal? Means.. kau kan muda lagi. Sebaya kitorang, tapi dah bersuami. Kau dengan Sehun memang dah bercinta dari sekolah eh?" Soal Haneul yang menyebabkan Jin Hye terdiam sejenak. Soalan ini... agak sukar untuk dia jawab. Kalau bukan kerana kejadian Luhan dilanggar ketika dalam perjalanan ke lokasi tempat pernikahan mereka, dia dan Sehun tidak akan dinikahkah. Sehun pula waktu itu tidak mahu menerimanya sebagai isteri. Adakah dia mahu membuka mulut di hadapan tiga rakannya ini?

"Jin Hye.. kalau kau tak nak cerita tak apa. Maybe... private bagi kau?" Haneul seakan-akan faham dengan situasi Jin Hye meskipun gadis itu sendiri tidak tahu apa cerita yang sebenar.

"Err... bukan aku tak nak cerita, tapi aku perlukan masa sebab.. aku dengan Sehun berkahwin, bukan sebab cinta..."

Terbuntang tiga pasang mata bundar itu memandangnya. 

"Bukan sebab cinta? Habis tu?!"

"Sepatutnya... abang dia yang kahwin dengan aku. Tapi... dalam perjalanan abang dia ke tempat majlis, dia kemalangan dan meninggal dunia. So, untuk ambil jalan tak nak sesiapa tanggung malu, and aku kesiankan tetamu, family kitorang dealkan untuk kami berkahwin. Tapi tu tak bermakna aku dengan dia bahagia. Kitorang mula-mula dingin. Tapi syukur, lama-lama kami bahagia. Tandanya... anak dia ada dalam badan aku sekarang." Jin Hye mengambil 'shortcut' sahaja. Senang. Mudah. Tidak perlu belit sana sini. Sentuh-sentuh sikit sahaja. Sudah cukup.

Jaerin, Yura dan Haneul khyusuk mendengar sehingga tidak sedar bahawa kelas mereka akan bermula 5 minit lagi. 

"Ohh... sorrylah kalau soalan aku tadi buat kau rasa sedih." Haneul meminta maaf. Jin Hye menggeleng kecil sambil tersenyum nipis.

"It's okay. Small matter."

"Eh no! It's a big problem, Jin. Kalau aku, maybe aku pengsan kut kat tempat kau. Bangga kau ada kawan macam kau. Cekal, even bakal suami kau yang sebenar, meninggal. Tukar pula dengan adiknya. Handsome pula tu." Sempat lagi Yura bersenda walaupun hakikat pada awal ayat kelihatan simpati.

"Diorang memang kacak. Adik-beradik kacak." Kata Jin Hye pula. Bergurau juga. Tetapi sebenarnya dia sedang mengubati hati yang luka lara ini. Setelah dikira-kira, esok rupa-rupanya dia perlu meninggalkan Sehun. Rasa terlalu.. terlalu sekejap. Dan pasti terlalu.. tiba-tiba.

"Haihh.. kau buat aku tak tenteram." Jaerin ketawa kecil. Jin Hye, Haneul dan Yura juga turut ketawa kerana melihat Jaerin yang nampaknya mula angaukan Kai. Jin Hye tidak berani mahu berikan apa-apa keputusan kerana dia sendiri tidak pasti sama ada Kai sudah berpunya atau belum. Buatnya sudah berpunya? Merana Jaerin. Dah satu hal nak memujuk kalau-kalau gadis itu duk gantung diri sendiri ke. Tak naya jawabnya?

"Emm... aku nak minta tolong korang ni. Boleh tak? Tapi kau janji, jangan tanya sebabnya kenapa. Faham?"


Bersambung...

Baca-baca. Ini tengah fikir nak buat dia pisah dengan Sehun ni. Nanti sat lagy saya sambung sbb malam ni nak tgok I Can Hear Your Voice tu. Hohoo... x saba2. Kbaiii

[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-Where stories live. Discover now