"Awak macam mana? Sihat dah ke?"
Terbeliak mata Jin Hye mendengar soalan Sehun itu. Terkebil-kebil matanya melihat wajah Sehun. Buang tabiat ke apa ni? Ke... kena sampuk hantu raya?
"Awak cakap apa? Saya... tak berapa dengar." Soal Jin Hye. Tak pasal je kena tanya soalan yang boleh katakan agak bangang juga itu. Kuat apa Sehun menanya. Dia boleh tanya lagi disebabkan tidak percaya. Panggilan... ya panggilan.
Sehun ketawa kecil. Lagilah Jin Hye pelik. Mana pernah lelaki itu ketawa gedik-gedik macam ni? Tak adanya nak gelak, senyum dan... berawak saya segala. Hilang ingatankah?
"Saya tanya, awak sihat ke? Kenapa? Pelik?" Sehun mengulang lagi. Dia kena menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Hatinya tekad untuk belajar menerima Jin Hye. Meskipun agak sukar, tetapi dia cuba. Kalau boleh, bercakap dari hati ke hati.
"Taklah... cuma saya..."
"Jawab aje, sihat, atau tidak?" Sehun memotong dengan nada sedikit tegas. Tersentak, Jin Hye mengangguk laju. Tangannya yang bertindih dengan tangan Sehun perlahan-lahan dia alihkan tangannya. Tak sedar pula tanganya bersentuhan dengan tangan Sehun.
"Awak? Okey dah ke? Masih demam lagi?" Jin Hye menyoal kembali. Takkan nak diam pulak? Rasa makin kekoklah dia.
"Okey sikitlah. Badan sakit-sakit." Adu Sehun. Jin Hye diam. Sumpah, melihat Sehun seperti ini punya perangai, dia macam nak sorok muka bawah baju je. Selalunya Sehun melayannya tidak ubah seperti hamba. Sekarang? Dah macam isteri yang sebenar. Aduh, kenapa pulak dia berubah tiba-tiba?
"Sehun ah..." Jin Hye memberanikan diri memanggil nama Sehun. Sehun mengangkat kepalanya.
"Mi... mianhae..."
Sehun mengerutkan dahinya. Disebabkan dia masih baring, dia mengiring.
"Waeyo?"
"Sebab saya... awak masuk hospital. Kena jangkitan pula tu. Mianhaeyo..." Jin Hye menundukkan kepalanya. Sehun senyum nipis. Dia bagaikan sudah sebati dengan perubahan dirinya sendiri.
"Jin Hye ah..." Sehun menyentuh tangan Jin Hye menyebabkan gadis muda itu bagaikan terkena renjatan elektrik menerima sentuhan tangan Sehun. Segera dia mengangkat wajahnya.
"Ya... ya?"
"Saya nak belajar..."
"Belajar?"
Sehun angguk sambil meramas perlahan tangan Jin Hye. "Ya, belajar."
"Be... belajar apa?"
"Belajar untuk terima awak dalam hidup saya."
Dah pula. Jin Hye seperti ditampar beberapa kali oleh bidadari cinta yang datang lalu melabuhkan tubuh di sudut hatinya. Dia... dia tidak tahu hendak memberikan reaksi apa kerana baginya ini seperti... tiba-tiba. Pelik, bukan?
Jin Hye menarik tangannya dari terus berada di tangan Sehun. Lelaki itu sedikit tersentak dengan tindakan gadis itu. Wajahnya seakan bertukar riak. Terkejut.
"Kenapa?"
"Kenapa tiba-tiba?" Terlahir juga pertanyaannya itu untuk Sehun. Dia bukannya apa, dia rasa ragu-ragu. Yelah, kalau ya pun Sehun mahu menjaga hati semua pihak, janganlah memainkan perasaanya. Seolah memberi harapan. Dia tidak sanggup jika hal tersebut berlaku.
"Kenapa tiba-tiba apa pula?" Sehun tidak faham. Niatnya telah disalah ertikan oleh Jin Hye.
"Yelah. Sebelum ni, awak tak macam ni. Sekarang kenapa boleh ja..."
"I need time. Salah ke kalau saya nak... nak cuba berbaik dengan awak? Saya... saya cuba untuk betulkan niat saya. Salah ke?"
Kali ini Jin Hye pula yang terdiam. Dia menunduk sebentar. Cuba untuk mentafsir setiap butir kata Sehun sebentar tadi. Dia bukan tidak percaya, tapi takut. Jika dia sudah sayang, dia akan sayang. Tetapi baginya, Sehun seperti... seperti entahlah! Dia sendiri pun tidak tahu hendak tafsirkan macam mana. Sukar. Sangat sukar.
"Boleh ke awak bagi saya masa... untuk kenali awak dengan lebih jauh?"
Bersambung...
Nah extra. Lepas dengar lagu My Baby You, terus dpt idea. Nak smbung bebnyk ah! Tapi x jnji nak update malam ni juga. Hehehheh... okey, enjoy kay?
YOU ARE READING
[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-
Fanfiction"Luhan! Kenapa awak pergi tinggalkan saya pada hari majlis bersejarah kita?! Saya tak mampu hadapi dugaan ni seorang diri..." -Seo Jin Hye- "Disebabkan kau, aku kehilangan abang aku. Aku yang tak terlibat dalam hal ni, boleh terjebak sekali. This is...