♥ 36장 ♥

6.9K 566 20
                                    

Jin Hye membuka matanya perlahan-lahan. Silau. Perlahan-lahan tubuhnya diregangkan sambil menguap kecil. Dia memandang jam dinding.

'8 pagi...' dia kembali memejamkan mata. Eh, kejap. 8 pa...

"Eh! Dah lambat!" Jin Hye segera bangkit dari perbaringannya dan segera masuk ke dalam tandas. Selepas beberapa minit, dia kembali keluar dan memakai pakaian untuk dia ke universiti nanti. Ketika dia menyapu beberapa jenis pelengkap wajah di hadapan cermin, diperhatikan tempat tidur di sebelahnya yang kosong. Agak kecewa kerana Sehun langsung tidak mengejutkannya pagi ini. Jika sudah tidak dikejutkan, apatah lagi hendak menghantarnya ke universiti nanti. Dia sendiri tidak faham dengan Sehun yang berubah sejak malam semalam. Di mana salahnya? Sedangkan lelaki itu yang suka mencari salahnya. Rasa tidak patut.

Jin Hye memandang tubuhnya melalui pantulan cermin. Kurang terurus daripada biasa. Matanya sembab sedikit dan bibirnya tampak pucat walhal sudah dioles sedikit pelembap bibir berperisa oren tadi. Dia mencapai beg dan dua naskah buku yang terletak di atas katil. Baru sahaja tangan hendak memulas tombol, pintu terkuak dari luar. Jin Hye tersentak. 

'Sehun...' hanya di dalam hati. Tidak pula meniti di bibirnya. Sehun memandangnya dari atas hingga ke bawah. Dia hanya membuka pintu tetapi tidak pula masuk ke dalm membuatkan tubuhnya memenuhi muka pintu. Sukar untuk Jin Hye melangkah pergi.

"Awak kenapa?" Panggilan bertukar kepada 'awak' semula. Tidak seperti malam tadi. Tetapi tidak bermakna Jin Hye terus cair dengan perubahan ini. Hatinya masih terluka dengan kata-kata Sehun.

"Kenapa apa?" Jin Hye menyoal kembali. Dia melihat diri sendiri.

"Tak terurus. Mata tu.. cover sikit ke dengan bedak. Nampak sangat macam baru kena lepas dera. Tak pun... baru kena lepas diambil kesempatan dengan Prof. Wang kesayangan awak tu..."

"Sehun!" Jin Hye menjerit nyaring. Sehun hanya buat muka tidak tahu sahaja. Foker face. Langsung tiada perasaan yang dia tadi baru lepas menyakiti hati isterinya sendiri. 

"Kenapa dengan awak, ha? Pagi-pagi dah cuba cari gaduh dengan saya. Saya tak sukalah dengan keadaan kita macam ni. Sakit tahu tak?"

"Saya dah cakap, jangan tanya saya kalau awak sakit. Sebab saya dah rasa sakit tu dulu sebelum awak. Kalau ikutkan hati, saya nak awak tukar tempat belajar. Jangan belajar kat situ. Saya tak suka." Mendatar kata-kata Sehun sambil menyandarkan tubuhnya ke tepi muka pintu. Dia memeluk tubuh sambil memandang Jin Hye.

"Buat apa nak tukar-tukar lagi? Saya dah selesa dah kat situ."

"Ohh... kena ambil kesempatan selesalah? Macam tu? Saya ni suami awak, apa gunanya?"

"Bukan macam tu, Oh Sehun!" Jin Hye menekan geram. Dia seperti mahu menangis kerana asyik diasak begini.

"Habis macam mana? Jin Hye, saya tak nak awak bersemuka dengan Prof. Wang awak tu. Kalau sekali lagi dia cuba-cuba ambil kesempatan dekat awak... tahulah awak..." Kata Sehun. Jin Hye berdecit kecil. Dia tidak suka jika nama Prof. Wang naik. Malas hendak bercakap dengan Sehun, dia cuba untuk melepasi tubuh lelaki itu tetapi malangnya tubuhnya pula dipegang utuh dan disandarkan ke dinding.

"Saya sayang awak tau... tolong.. jaga diri awak untuk saya. Sorry pasal semalam and... sorry sebab saya bertukar semalam. Saya emosi." Bisik Sehun perlahan. Jin Hye keliru. Mana satu Oh Sehun yang dia kenal? Semalam lain, tadi lain dan sekarang lain. Mana satu yang betul?

"Dengar tak ni?" Soalnya. Jin Hye mengangguk laju. Dia cuba untuk mengalihkan wajahnya dari Sehun kerana dia tahu lelaki itu mahu apa.

"Saya dah lambat..." ditolak dada Sehun perlahan untuk menjarakkan tubuh mereka. Baru sebentar mereka berjarak, Sehun tiba-tiba menyerangnya dan mengucup bibirnya. Jin Hye agak tersentak dengan keadaan ini. Dia seperti fobia terhadap perbuatan tersebut tetapi cepat-cepat dia hilangkan perasaan itu. Ini Sehun. Bukan Prof. Wang.

"I can't breath. Let me go... saya dah lambat." Ciuman terlerai dan Jin Hye mencari nafas. Lemas apabila diperlaku sebegitu rupa oleh Sehun pagi-pagi begini.

"Okey. Segar dapat 'dua ulas oren' pagi-pagi ni." Kata Sehun dengan senyuman nipis di bibir. Jin Hye mengecilkan matanya memandang lelaki itu. Keadaan mereka nampaknya kembali berbunga. Tidak seperti tadi malam. Dingin semacam sahaja seperti ais.

"Emm... nanti petang saya tak dapat nak ambil awak. Awak balik dengan.. kawan boleh?" Pinta Sehun. Dia berjalan menyaingi isterinya. Sebentar sahaja mereka boleh berbaik.

"Boleh. Tapi awak nak ke mana?" Tanya Jin Hye pula. "Ada appoinment dengan client kat kafe. Maybe saya balik lambat kut."

"Ohh okey..."


Bersambung...

SRSLY BAB NI MENGARUT!!!! KAKAHKAHHH!! Kbyeee -.-

[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-Where stories live. Discover now