"Apa?!"
Puan Kim Juna benar-benar kaget mendengar respon anak lelaki keduanya yang baru sahaja tiba dari Jepun ini. Anak lelakinya ini menetap di Jepun tetapi berjanji akan pulang setelah majlis perkahiwnan abangnya selesai. Tetapi disebabkan Luhan sudah tiada, terpaksalah dia terbang ke Korea meskipun dia tidak sempat hendak menatap jasad Luhan buat kali yang terakhir.
"Sehun sayang... tolonglah. Kahwin dengan Jin Hye. Selamatkan maruah keluarga kita. Ini je jalan yang kita ada. Takkan omma, appa, Ahjumma Dahye dengan Ahjusshi Kang Jun nak batalkan pulak? Kamu pun tak mahukan berita Luhan hyung kamu tersebar? Tolonglah, sayang. Omma merayu..." Puan Kim Juna memegang tangan Sehun yang sedang berdiri termenung menghadap ibunya itu. Dia berada di hotel, lokasi yang di mana majlis perkahwinan akan berlangsung nanti. Dia sendiri kebuntuan. Dia tidak mahu berita kematian abangnya dihebahkan tetapi dalam masa yang sama keluarganya juga turut akan menimpa satu risiko yang besar. Sehun berdecit.
"Dari dulu lagi Hun dah cakap, Hun tak suka, Luhan hyung kahwin dengan budak mentah tu. Tapi tak nak dengar. Baru lepas sekolah dah gatal nak kahwin. Sekarang? Apa jadi? Hun pula yang jadi mangsa keadaan? Omma, Hun akan selamatkan maruah keluarga kita, tapi Hun janji, lepas je Hun kahwin dengan budak 19 tahun tu, Hun ceraikan dia!"
"Sehun!" Puan Kim Juna terjerit nama anak keduanya dengan begitu kuat sehingga membuatkan Sehun sedikit tersentak. Air mata ibunya sudah bertakung ditubir. Tinggal tungguh tumpah aje.
"Janganlah macam tu, sayang. Omma tahu pasal tu, tapi dah Luhan nak kahwin dengan dia. Takkan omma nak halang?"
"Omma, punyalah banyak perempuan kat dunia ni, yang dia pilih si budak Jin Hye tu nak buat apa? Omma, Jin Hye tu baru lepas sekolah tau! Tak ada lagi peringkat pelajaran dia. Sijil keputusan peperiksaan sekolah tinggi pun tak dapat lagi. Haih... omma, omma. Hun memang sejak Luhan hyung kenalkan ke keluarga kita, Hun reject dia awal-awal. Muka macam budak-budak, omma! Oh my God!!!" Puas Sehun meluahkan segala isi hatinya yang terbuku selama ini. Dia memang tak berkenan langsung dengan Jin Hye. Sejak dia dengar berita abangnya mahu kahwin dengan gadis yang digelar budak mentah tu, dia terus menetap di Jepun. Abangnya dan Jin Hye bercinta dalam setahun macam tu. Entah macam mana boleh kenal, tak tahulah. Luhan, 25 tahun. Dia, 23 tahun. Jin Hye pulak, 19 tahun. Betapa jauhnya beza. Tengok muka aje pun, nampak sangat Jin Hye masih kebudak-budakkan. Senang kata, dia dan Sehun serta Luhan berpangkat abang. Bukan kekasih.
"Sehun sayang... tu biarlah dulu. Sekarang kita fikir pasal majlis. Sekejap lagi dah nak mula ni. Terima ya?" Pujuk Puan Kim Juna lagi. Bahu anaknya dipegang dan diusap perlahan. Disebabkan Sehun tinggi, Puan Kim Juna mendongak sedikit.
Sehun mengeluh panjang. Adakah dia perlu menerima? Atau... biarkan sahaja?
"Okey. Hun buat. Janji dengan Hun, omma jangan nangis. Ya?" Sehun memegang bahu ibunya. Pecah juga tangisan Puan Juna. Tangisan kelegaan. Lantas, tubuh sasa Sehun dirangkul erat. Sehun membalas pelukan.
'Apa sahaja untuk keluarga kita omma. Apa sahaja. Tapi bukan untuk budak mentah tu.'
Bersambung...
How? Best ke ff ni? Harap best ^^
YOU ARE READING
[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-
Fanfiction"Luhan! Kenapa awak pergi tinggalkan saya pada hari majlis bersejarah kita?! Saya tak mampu hadapi dugaan ni seorang diri..." -Seo Jin Hye- "Disebabkan kau, aku kehilangan abang aku. Aku yang tak terlibat dalam hal ni, boleh terjebak sekali. This is...