♥ 12장 ♥

9.4K 799 33
                                    

10 pagi. Jin Hye melihat tubuh Sehun masih dalam keadaan yang sama. Dia risau sebenarnya dengan keadaan Sehun seperti itu. Dia pula, tak reti memandu hendak membawa lelaki itu ke klinik. Nak telefon doktor peribadinya, kebetulan pula bil telefonnya tidak dapat berfungsi sehingga jam 12 malam nanti kerana ada masalah teknikal daripada pelan. Baru sahaja dia menerima mesej selepas sarapan tadi. Mujur sempat mendail Chanyeol tadi. Telefon rumah? Serasanya Sehun memang tidak memasang khidmat telefon rumah. Parah. Dia dalam kebuntuan sekarang. Tidak tahu hendak bantu Sehun bagaimana lagi.

Jin Hye berjalan perlahan menuju ke arah Sehun. Dia perlu menyuruh lelaki ini makan dahulu sebelum makan panadol yang terbekal di dalam kotak first aid tadi ketika dia selongkar stor mencari kotak kecemasan itu.

"Sehun... Sehun ah... bangun. Awak demam ni. Makan dulu ya? Lepas tu makan ubat," lembut sungguh tutur katanya terhadap Sehun. Bimbang ditengking herdik, itu sudah sebati di dalam hatinya.

"Hmm... tak nak. Aku peninglah. Nak tidur..." gumam Sehun dengan lembut, tidak sekasar biasa. Jin Hye... dia agak terpana mendengar nada suara Sehun yang begitu lembut, seakan berjaya menggetarkan jantungnya.

"Ya tahu. Tapi kenalah makan dulu, ya? Nanti kalau tak perut awak kosong. Lepas makan, awak makan ubat. Then saya letakkan tuala lembab kat dahi ya?" Pujuk Jin Hye. Adalah juga semangat yang ada untuk terus memujuk. Perlahan-lahan tangannya menarik comforter supaya beralih dari tubuh Sehun.

"Jin Hye..."

"Ya?"

"Kau urutkan kepala aku boleh? Aku pening." Pinta Sehun dengan wajah kasihannya. Kali ini, ego memang dah luput dah. Langsung tak ada walau secebis pun.

Jin Hye senyum. 'Kalau macam ni je hari-hari kan bagus.'

"Erk... boleh. Apa salahnya. So sekarang, makan ya? Saya ada masakkan bubur tadi."

"Bubur?!" Sehun membuntangkan matanya memandang Jin Hye. Jin Hye angguk.

"Kenapa?"

"Tak nak. Tak sedap," Sehun memejamkan kembali matanya. Pada waktu itu, sedaya upaya Jin Hye cuba untuk menahan gelak kerana sikap Sehun memang berubah 100 peratus. Macam budak-budak pun ada juga. Senyuman tidak lekang di bibir Jin Hye.

"Kenapa senyum? Tak lawak ya..." Sehun menegur sedikit. Walaupun dia tidak mampu hendak bersuara dingin seperti biasa, tetapi cukuplah sekadar dia menegur kelakuan Jin Hye yang tersenyum-senyum tadi.

Jin Hye terkedu sebentar. Alamak, nampak ke?

"Err... mana ada. Awak bangunlah dulu."

"Aku dah tak mampu nak tampung badan sendiri ni. Tolonglah..." pinta Sehun lalu tanpa sedar, tangan lelaki itu menyentuh kulit lengannya menyebabkan mata Jin Hye membulat. Sudahlah terkejut kerana Sehun memegangnya, terkejut kerana suhu badan Sehun yang tinggi tak kira lagi.

"Okey, okey." Jin Hye bangkit sedikit untuk menolak belakang tubuh Sehun. Disebabkan Sehun menyerahkan tenagannya semua kepada Jin Hye, si gadis itu tidak dapat hendak membantu terlalu kuat dan seperti apa yang terjadi dalam drama-drama, bukan Sehun yang bangun, Jin Hye yang turut terbaring sekali di atas tubuh Sehun.

"Arghh!!!" Jin Hye terjerit kecil. Dia kini berada di atas tubuh Sehun sehingga haba panas tubuh lelaki itu melekat ke tubuhnya.

"Kau nak bunuh aku ke?" Sehun bersuara di lehernya disebabkan wajah lelaki itu tersembam di lehernya. Jin Hye seakan-akan baru tersedar dari beradunya. Segera dia bangkit semula. Bengang? Gila tak bengang?! Cuma yang buat dia rasa agak lebih bengang apabila Sehun langsung tidak meninggikan suara. Lihat? Bila lelaki itu tinggikan suara, dia takut. Ini bila dah baik bagaikan malaikat, dia pula yang panasaran. Aduhaii... tak fahamlah.

"Maaf..."

"Dahlah tu. Aku tengah tak sihat ni, bolehlah kau ber'manja-manja' dengan aku. Cuba kalau aku sihat. Jadi kurus kau aku kerjakan." Ujar Sehun. Walaupun nada mengugut, tetapi tetap lembut. Jin Hye sedikit kalut. Dia menarik tangan Sehun semula untuk dudukkan lelaki itu. Tidak seperti tadi, Jin Hye mudah hendak membantu Sehun. Entah kenapa tadi boleh pula tersembam pada Sehun. Malu betul!

"Saya pergi ambil bubur kejap."

"Hmm..."

Jin Hye memegang kepala yang ikut berpusing. Walaupun Sehun nampak lembut, tetapi kadang-kala ayat pedasnya itu keluar juga. Namun dia sangat berharap agar kerana sebab Sehun demam begini, dia dapat mengenali hati budi Sehun dan seterusnya dapat menghilangkan rasa sayangnya terhadap Chanyeol. Ya, itu tujuan dia.

Bersambung...

Nahh bonus sikit. Ingat nak sambung lagi tadi tapi tak apalah. Baca ni dulu, nanti esok lusa saya bagi lagi. Okey? Have a nice day, dude. Tata~~


[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-Where stories live. Discover now