Tiga hari sudah Jin Hye menjadi penuntut di universiti itu dan seperti pelajar lain, dia sibuk dengan assignment yang datang tidak habis-habis sejak hari pertama lagi. Namun cepat sahaja dia siapkan. Cumanya hari ini, dia banyak menangguh dan berhenti membuat kerjanya itu kerana keadaan tubuhnya yang tidak selesa dan letih. Hidungnya juga berhingus dan kepalanya pusing.
"Kenapa ni?!!" Jin Hye meletakkan kepala di atas meja dengan mata yang terpejam. Komputer riba masih menyala dan ada beberapa perenggan lagi dia perlu siapkan sebelum shut down dan tidur. Sehun pula berada di ruang tamu. Lelaki itu juga sedang menyiapkan kerjanya tetapi memerlukan kawasan yang luas. Jadi mereka tidak membuat kerja dalam satu bilik.
Jin Hye mengangkat semula kepalanya. Mata yang terpejam dibuka perlahan-lahan. Tangan kembali menari di atas papan kekunci tetapi tidak lama, dia diganggu dengan kehadiran Sehun yang sedang membawa secawan air.
"Tak habis lagi ke?" Soal lelaki itu sambil menghirup coklat panas. Jin Hye menggeleng kecil lalu menghempaskan kepalanya kembali di atas meja.
"Tidurlah dulu. Nanti bangun balik. Awak letih sangat kut. Sebab tu pening kepala." Dari pagi tadi Sehun perasan isyarat tubuh Jin Hye yang berlainan. Asyik lemah dan terhuyung-hayang sahaja. Apabila diajak ke klinik, tak mahu.
"Esok nak hantar. Nanti nak bangun susah. Ada lagi sikit lagi. Nanti jelah." Jin Hye menjawab dengan mata yang terpejam. Sehun menggeleng kecil. Diusap rambut yang menutupi wajah itu dengan perlahan.
"Nah, minum air ni dulu." Sehun menghulur coklat panasnya kepada isterinya itu tetapi ditolak lembut.
"Tak nak. Busuk." Jawab Jin Hye dengan selamba. Punyalah berkerut dahi Sehun mendengar respon Jin Hye yang mengatakan air coklat itu busuk. Pula dahh.. Kalau tak dia punya suka pada air ini. Pelik sungguh.
"Apa yang busuknya, sayang? Air coklat kut."
"Tak nak!" Jin Hye mengangkat kepala seraya mengepit hidungnya dengan jari. Reaksi wajah itu kelihatan betul-betul busuk gamaknya. Sehun menggaru kening lalu menelan lagi air yang dikata busuk itu.
"Okey, tak nak tak apa. Kalau nak apa-apa, jerit je. Okey?"
"Hmm.." Jin Hye menjawab sedikit. Dia kembali menaip beberapa lagi isi penting yang diperlukan dalam kertas kerjanya nanti.
"Saya keluar dulu."
"Hmm..."
Tetapi Sehun tidak keluar juga. Dia sebenarnya risau melihat keadaan Jin Hye begini. Sudahlah seperti sotong, jawapannya asyik 'hmm' sahaja. Pelik betul dia. Atau mungkin...
"Awak period eh?"
Jin Hye menjeling Sehun dengan mata yang betul-betul bengis. Sehun menggaru kepala sedikit. Garang betul hari ini.
"Saya tanya ni. Period ke?"
"Tak. Dah lama tak period. Kenapa?" Jawab Jin Hye tanpa merasakan apa-apa. Begitu juga dengan Sehun. Sama-sama sengal. Hukshuks.
"Tak ada apa-apa. Yelah, hormon perempuan mana nak stabil bila period. Awak ni saya tengok, pelik. Tu yang saya tanya tu." Jelas Sehun lagi. Dia menapak setapak demi setapak ke pintu bilik untuk keluar.
"Hmm.."
'Ha tengok? Hmm lagi. Haihh... tak boleh jadi ni. Esok kena paksa ke klinik.'
************
"Nak buat apa pergi klinik?!" Terjerit Jin Hye dibuatnya apabila tak ada ribut, angin, hujan, kilat, petir, tsunami, gempa bumi dan seangkatan dengannya, Sehun tiba-tiba mengajaknya ke klinik. Dia yang sedang melihat penampilan diri pada cermin terkaku sebentar jadinya.
YOU ARE READING
[COMPLETED] The Bride Change 신부 변경. (Sehun EXO) -WATTYS2K16-
Fiksi Penggemar"Luhan! Kenapa awak pergi tinggalkan saya pada hari majlis bersejarah kita?! Saya tak mampu hadapi dugaan ni seorang diri..." -Seo Jin Hye- "Disebabkan kau, aku kehilangan abang aku. Aku yang tak terlibat dalam hal ni, boleh terjebak sekali. This is...